rasanya dah sebulan dah kisah kat KTcity ni.
photos kat bawah ni pun dah lama upload,
tinggal nak post dalam blog je (tapi asyik lupa) :P
semasa stay kat KTcity hari tu,
kitorang bawaklah budak-budak main layang-layang kat pantai.
disebabkan time tu cuti sekolah kot,
agak penuh jugaklah sepanjang tepi jalan kat area pantai batu burok.
lepas tu ada karnival superbike ke apa ntah kat belah-belah A&W sana.
so kitorang tak ke sana la, sebab jalan tutup.
main belah-belah tempat makan ICT tu je.
![]() |
si ariana ni yang paling excited nak main layang-layang. |
![]() |
anaqi pun sama. lolx |
![]() |
lama weh tak pergi pantai batu burok!! |
![]() |
kalau dulu, pantai ni la tempat ai melepak melepaskan stress. haha. siap beli pizza lagi makan kat sini. kadang malam pun datang jugak. |
![]() |
babahnya tolong terbangkan layang-layang. |
![]() |
aman damai kan tengok. |
![]() |
wani ezryl on the sand. |
![]() |
selfshot dengan husband sekaliii. eh banyak kali sebenarnya! |
then malam tu pergi cari dinner.
tak tau nak pergi mana, buntu.
last-last pergi satu kedai tomyam ni.. aiseh lupa nama.
fasya tomyam ke macam tu.
tapi zaman kerja kat terengganu dulu, pernah jugak pergi makan kat situ.
![]() |
ariana dok mengeja and suruh babah dia dengar :P |
so tu je lah kisahnya kat terengganu.
the next daynya kitorang balik dah.
singgah kampung tok lagi sekali, then balik.
till we meet again, terengganu :)
No comments:
Post a Comment