Monday, May 13, 2019

welcoming a new member in the house : aquahijaz water dispenser/filter


assalamualaikum and hi!

hari ni nak welcoming ahli baharu (tak baharu sangat la. haha) kat dapur rumah kitorang.
dalam bulan lepas jugaklah baru pasang mesin ni.. sekali dengan penapis air kat tepi paip dapur.
tapi sampai 'la' ni penapis tu tak kotor-kotor.
then rupanya sebab kitorang memang dah pasang pun penapis kat luar rumah! haha
penapis luar tu yang biasanya keluarkan air kotor warna teh susu :DD
so mungkin boleh dijadikan pedoman kepada yang lain
if nak beli penapis air, bolehlah decide sama ada nak pakai kat luar saja,
atau sekali letak kat dapur.

sebabnya,
kat luar tu walaupun bertapis,
masih tinggalkan sikit saki baki klorin untuk bersihkan air tu daripada kuman.
untuk mandi, basuh baju dll.
tapi kat dapur, kita biasanya akan guna air tu untuk minum dan masak.
so penapis yang kat dapur ni tapis klorin.

so back to our water dispenser here.
kitorang pakai local product; aquahijaz.
ambik terus yang 3 suhu air; panas, normal dan sejuk.
so far setakat pakai sampai hari ni, ok je. pH air alkali.

design wise, looks modern and chic.
sesuai untuk dapur-dapur moden.
warna pun hitam putih (black and white bukan warna boring! haha)
harga pun ok, RM900 untuk 3 suhu.
bayar sekaligus, tak perlu bulan-bulan.

kalau water dispenser yang berjenama, harga pun dah dekat 3 ribu atau lebih.
mahalnya sebab branding, import and bayar komisyen agen.
kami ni tak kisah jenama, asalkan function, kualiti dengan design tu ok.


being very very convenient to me.

memang sangat membantu mesin ni.
sebabnya sebelum ni, dok usung air minum berbotol-botol,
beli kat speedmart.
dulu tuang air tu dalam jug.
air habis je, kena top up.
air panas pun sama.
pakai thermopot.
bila air dah habis, kena refill dari sink, masuk ke dalam thermoport.
tunggu boil semua, then pakai.
agak banyak prosesnya di situ.
so kali ni pakai mesin, ok la.
kurang sikit kerja.


duduk di sisi dapur bersama geng-geng kuali haha

so kalau ada yang berkenan nak beli, boleh check out website aquahijaz.
:)

No comments: