how's your ramadan? hope you have a great one :)
alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-19, malam ke-20.
esok sabtu dah bermula malam ke-21.
semoga panjang usia kita untuk menemukan 10 malam terakhir ramadan.
bulan ramadan ni memang bulan yang selalu kita dengar kisah-kisah ujian, dugaan orang di sekeliling yang sakit, masuk hospital dan sebagainya.
syafakallah and syafakillah.
semoga menemui kesembuhan atau mana-mana yang terbaik yang Allah beri.
juga berita-berita pemergian insan-insan menemui Ilahi.
baru-baru ni kita dengar berita pemergian usahawan kosmetik dnars, faizani rohban ahmad dan chef selebriti, adamdidam (which i follow on ig!).
kedua-duanya diceritakan oleh yang terdekat as a very nice persons.
pemergian sebegini sebenarnya pemergian yang indah, dan bila sy dengar (walaupun tak kenal mereka as a family member or friend), i felt less sadden, just because it's always come with a hope insyaAllah, that they're at a better place.
orang baik-baik kan.
kita pun kalau boleh, selalu berniat dan berharap untuk pergi menemuiNya dalam husnul khotimah.
kalau Allah izinkan, di bulan ramadan.
if not, di hari-hari yang baik dan tempat yang baik.
dan ketika sedang melakukan kebaikan dalam penuh rasa keimanan dan ketaqwaan. *aamiinn*
insan-insan sebegini wajar dijadikan inspirasi untuk kita hidup dengan baik, dan pergi juga dengan baik.
another of this wonderful insan; is of course, my abah.
always inspired me while he's alive or when he's gone (still in our heart).
his amalan semasa hidup, truly inspires me. and his strong faith too.
in three days, marked one year (hijriah) since abah's passing. al-Fatihah to him :')
so!
panjang berjela mukadimah hui :P
ceritanya, terinspire bulan-bulan romadon ni.. hihi.
so sambungan cerita diri sendiri.
biasanya kitorang akan berterawih kat surau dekat dengan rumah tu.
surau al-jabbar namanya.
oklah surau tu, selesa.
awal-awal ramadan hari tu, bahagian perempuan was divided into two sections.
satu kat luar, satu kat dalam.
yang dalam ada aircond.
awal-awal tu memang tak merasa la hang nak masuk dalam rasa angin-angin aircond, selagi tak settle 8 rakaat. haha
tapi betullah ustaz kata, dah lama-lama, makin kurang kan saf tu.
so lepas-lepas tu, before 8 rakaat habis pun dah boleh masuk dalam *hoora hoorei!*
yang kat luar tu tinggal anak-anak berlari-lari ke sana ke mari je :P
ni dah dekat seminggu lebih tak pergi, sebab cuti.
so tunggu habis cuti pulaknya.
but ada sekali tu,
sempatlah berterawih kat seksyen 19.. area rumah ma parents.
masjid al-ubudiyah.
kenangan sungguh time ada kucing nama carpet dulu.
sebab dia rajin hantar kita pi masjid, tunggu kat luar.
lepas tu time kita balik, dia follow balik rumah. haha
begitulah everyday.
lama dah tu.
so wherever carpet is now, hope she's okay (meninggal dah rasanya hihi. but yeah).
ariana balik rumah nenek tak bawak tudung. pakailah dikau tudung gigantic mama. HAHA. sampai terjempol-jempol jambulnya :DD |
ni bukan gambar hashtag 'done terawih' ye. tak ada makna. ni gambar for memories je. bukan ramai mana pun orang baca blog ni. kira untuk bacaan sendiri and family je. hihi (at majis al-ubudiyah) |
nowwww
kita akan ke seksyen makan-makan pulak! haha
seperti yang tuan/puan sedia maklum *haha gilalah ayat surat formal :D*,
kami cuba sedaya upaya untuk lebihkan memasak di bulan romadon ini.
kecuali time makan kat luar lah.
atau hari jumaat yang sy isytihatkan sebagai hari tutup dapur. hoahaha
kwey teow goreng kering. |
kari ayam modified (beli and modified), ikan kerisi goreng garing dan sayur tumis bayam. |
asam podeh ikan pari. |
asam podeh tu memang version malaslah,
sebab beli je cili kisar kat pasar.
malas nak potong cili kering satu-satu. HAHA
lama kot tak masak asam pedas.
and this one, versi tak ada belacan, harap mak long :P
teksturnya pekat, rasanya masam podeh secukupnya.
ada jugak terung kat dalam tu.
daging goreng kunyit untuk AAs (anak-anak), ikan selar kuning goreng dan sayur tumis bayam. |
ni semalam punya. try masak ayam goreng mamak. rentunglah sikit tapi. kihkih |
ada jugak sup sayur dengan ikan jaket goreng belah belakang kiri-kanan. |
ye tak faham kenapa orang kat kedai belah ikan jaket tu sebelah je.
lagi sebelah tu tak ada bumbu. mana sedap.
kena belah kiri kanan hui, letak bawang kunyit cili kat both sides.
baru adil saksama :DD
sudah.
haha. i guess that's all for now.
bulan ni rajin pulak sy tengok ig dato' rizalman masak.
dia masak memang teratur, i mean bahan-bahan yang meriah macam chef wan masak.
bak kata komen orang kat ig dia; masak bertokoh.
hari-hari dok tunggu ig story masak-masaknya.
kahirulaming pun ada jugak.
and a few ig cooks.
so yeah. get ur inspiration in cooking.
kalau tak masak lauk yang sama pun,
dapatkan semangat memasak tu yang penting :D
till then ya!
tataaa!
No comments:
Post a Comment