welcome, to grand puteri hotel :) |
sooooo
biasanya sebelum pergi holiday dan tengah-tengah nak book hotel,
sy suka baca review orang kat blogs.
masalahnya blogging era is dying.
kalau kita google je, berapa kerat sangatlah blogs yang buat review penginapan secara peribadi (tak termasuk laman-laman macam trivago, tripadvisor semua tu yang lebih komersil).
sebab sy suka baca pengalaman orang kat tempat ni, tempat tu.
so pleaseeee bloggers or former-bloggers,
banyakkanlah balik blog entries tu.
walaupun sekarang dah ada fb, insta where people find it's easier to upload photos and tell stories there,
tapi percayalah.
kalau kita nak cari sesuatu,
kita akan google.
dan google akan ke websites dan blogsites dulu sebelum ke socmed sites.
dan untuk tu,
sy buat entry ni untuk sesiapa yang mencari penginapan di KTcity (kuala terengganu).
KTcity ni banyak hotel sebenarnya.
tapi hotel-hotel macam primula, grand con, tanjung vista kadang cepat sold out, lagi-lagi time cuti sekolah atau cuti perayaan.
kali ni kitorang stay di grand puteri hotel, kuala terengganu.
hotel ni adalah di bawah pemilikan JAWHAR-MAIDAM (majlis agama di terengganu)
jadi hotelnya berkonsep islamik, dari segi reka bentuk and kolam renang pun seperate lelaki-perempuan.
yang lain, sama je macam hotel-hotel lain.
harga sangat-sangat mampu-bayar dengan kemudahan yang banyak.
kedai-kedai pun sangat dekat, boleh jalan kaki je.
sebab lokasi betul-betul kat pusat bandar (dekat area masjid ladang & stesen bas. KFC pun dekat).
di pintu masuk. |
parking disediakan di depan hotel.
ruang parking pun banyak.. no wories.
sampai-sampai, budak bell boy bersongkok siap datang ambikkan beg.
walaupun kitorang parking kat depan tu.
dia turun dari lobi and ambikkan beg kitorang *thumbs up!*
the building. |
kali ni untuk 2 malam, kitorang book bilik junior suite.
ambik suite sebab nak ruang yang lebih besar.
bolehlah AAs berlari-lari kat dalam.. hihi.
harga memang sangat ok.. dalam RM500+ je untuk 2 malam.
deco bunga. |
tempat beradu :D |
yang extra dalam bilik ni adalah ada meja makan 3 kerusi. |
kaunter top pun ada.. dapur je tak de. haha. |
bilik air tak de bath tub ye.. just shower.
shower ada air panas-sejuk.. air panas cepat keluarnya (ni penting. sebab ada hotel yang kena tunggu 10 minit baru air panas keluar. lolx)
sabun yang banyak disediakan dalam dispenser.
sabun syampu dalam bentuk botol pun ada.
hotel ni jugak ada menyediakan al-Quran, sejadah.
ada satu dalam laci, satu lagi kat dalam wadrobe di bahagian atas.
bagus kan.
jadi yang memang rutin mengaji hari-hari tu,
jangan gusar dan risau.
tak perlu bawa dari rumah, sebab hotel ada sediakan.
malam pertama penginapan, kitorang order in-room dining je (room service).
sebabnya terengganu ni kalau malam dah menjelma, dia macam tidur bersama-sama dengan penghuninya *tidur awal.. haha*
so kedai banyak tutup.
pulak tu hari tu hari jumaat (hari cuti).
kitorang keluar jugak mula-mula tu nak cari kedai makan.
kesimpulannya kedai makan yang bukak kat tengah-tengah bandar, tak banyak choice.
kalau ada pun mesti kedai tu penuh gile (sebab tak banyak choice tadi) :P
harga in-room dining adalah murah ye compared to harga kat hotel lain.
nasi goreng kat menu RM18.. tapi naik harga sikit to RM20 kot.
tak ingat weh tak bawak balik resit. hahaha
tapi agak murahlah jugak harganya.
sarapan pagi juga adalah complimentary (percuma).
sarapan bagi bilik junior suite adalah percuma untuk 3 orang.
di coffee house. |
tengah breakfast. |
grand puteri hotel ni menyajikan nasi dagang pada waktu sarapan, setiap hari.
since nasi dagang adalah makanan utama negeri terengganu kan, di samping makanan-makanan lain yang famous.
selain nasi dagang, pulut kelapa dengan ikan masin dan ubi-ubian juga dihidangkan pada setiap pagi.
one with ariana bariana. |
kepala anaqi yang tersorok tu. tengah merajuk ke apa tu. hahaha |
with ariana again. dia je la yang rajin melayan tangkap gambar. anaqi dok menyorok pah ceroh.. lolx |
seperti yang dinyatakan tadi,
kolam renang kat hotel ni dibahagikan kepada dua; lelaki-perempuan.
tapi since semua orang pun datang dengan family,
nampaknya ada je lelaki yang duduk kat tempat perempuan.
yang jenis ayah-ayah yang tunggu anak-anak dia mandi la.
belah lelaki pun sama.. campur je.
tapi mak bapak biasanya duduk tepi la tengok.
time ni tak ada orang. ada kitorang je. haha |
budak berdua ni yang paling seronok mandi. |
swimmm swimmm |
channel tv boleh tahan.
banyak tak banyak, tapi tak jugak sikit.
yang penting channel-channel macam movie, berita, sukan tu semua ada.
astro ria pun ada. kartun tak ingat pulak.
so begitulah cerita kitorang kat grand puteri hotel, kuala terengganu.
acik bagi 4 bintang, kecuali time ambik pinggan room service.. ambik masa satu hari untuk clearkan depan pintu bilik tu.. kuat bau belacan.
(mungkin sebab bilik kitorang nun di hujung sekali?) lolx. tapi bilik depan-depan tu pun tak diambik pinggannya.
yang lain semua ok.
staff semua mesra-pelanggan dan murah senyuman (bukan staff je. i think all terengganu-ians semua macam tu. ramah mesra. kat KL tak denya orang nak beramah mesra dengan ko macam family kalau baru-baru kenal. haha. but that's what i like about terengganu ^^)
nanti kita sambung cerita kat pasar payang pulaknya.
till then!
4 comments:
terbaik kak..ada jgk org review hotel ni.terima kasih
terima kasih kerana sudi membaca :)
terima kasih buat review..dptlah sket ilham..haha
sama2. semoga dapat membantu untuk pergi melancong nanti :D
Post a Comment