pejam celik dah hari ke-8 kita beramadan tahun ni.
alhamdulillah.
start semalam dah derhaka sahur, dah tak makan oat dah *gelak berjemaah*
semalam ai makan bubur nasi dengan ikan bilis goreng.
pagi tadi sahur pulak makan roti canai mak lang dengan kari ayam beli-tapi-modified.
haha
so random kan.
entry ni tak de apa, pasal makananlah jua.
harap korang baca ni selepas kenyang buka puasa.
siang-siang tak yah la bukak kalau sejenis yang tak tahan tengok gambar makanan :P
ni semua gambar recap je.
daripada hari-hari yang sebelum ni punya buka puasa (sahur tak de maknanya nak snap gambar :DD)
nasi goreng ikan bilis dengan ayam goreng kunyit. sedap gils. ke sebab dah lapar. haha |
ayam goreng kunyit close up. |
biasanya sy buat ayam kunyit ni siap masak tumis dalam kuali.
tapi sebab bulan puasa, nak jimat masa,
sy goreng je semua deep-fry dalam kuali.
siap, gaul-gaul je ramai-ramai. settle.
jimat masa ai. lolx
- ayam gaul dengan bahan tumbuk (kunyit hidup, bawang putih, halia), garam, tepung beras/ubi kayu
- sayur gaul sikit kunyit garam.
- goreng semua
husband suka telur goyang. so ni dia masak sendiri telurnya. sunny side up. |
sy punya version tak de telur goyang. tapi sayur dengan ikan bilis lebih. baru selera makan untuk berbuka. haha |
the next day tu tak masak.
hari jumaat tak silapnya.
sebab fikir macam.. hari jumaat nak tutup dapur.
so ke bazar ramadan dengkil la kita.
sini best, tak besar, makanan banyak. senang nak jalan.
kejap je dah habis membeli.
jimat masa jugak la :D
bazar ramadan dengkil. dekat-dekat area uitm dengkil. |
hasil tangkapan kat bazar:
memang tak makan nasi hari tu.
rojak, sate, popia.
tu pun popia berlebih.
kesimpulannya kalau masak sendiri lagi tak membazir kot.
kalau beli bazar tu ada je pembaziran.
next time mungkin kena bajet lebih berhemah.
haa yang ni habis. rojak kuah kacang :D |
then hari sabtu, balik shah alam (rumah my mom).
ingat nak belanja serai sempena hari ibu.
tapi sebab nak mengejar masa and last minute pun decide nak makan (full house serai ni kalau time bulan puasa),
maka kita order take away je.
makan serai ramai-ramai kat rumah. sedap gils.
cuma ada tambahan lauk lain la.
serai punya lauk, habis licin.
tiada pembaziran. lololx
cucur tu harith suka makan. dia tu mcm abah sikit. abah kalau bulan puasa, suka benor makan cucur udang ni. hihi. al-Fatihah to abah. i know he's in a good place, insyaAllah. |
oklah tu je kisah makan-makan kita kali ni.
tak berfaedah sungguh la entry ni kan. haha
tapi sy share untuk memories la.
cherish present for the memories in the future.
gitu :P
hope you have a great ramadan!
makan, makan jugak. solat terawih jangan tinggal. rugi beso tu.
toodles!
No comments:
Post a Comment