penat semalam tak habis lagi,
tapi update tetap update :P
kalau tak, sampai ke sudah tak berupdate blog ni. lolx
alhamdulillah, semalam kitorang selesai buat majlis kesyukuran kecil-kecilan sempena akikah untuk anaqi.
sekali la dengan doa selamat and tahlil, tapi yang tu buat kat masjid dekat dengan rumah (my parents').
lepas tu baru sambung kenduri makan kat rumah.
planning nak buat kenduri akikah ni ada la dalam seminggu je.
bincang dengan husband nak buat kenduri,
then mama terus cari katerer semua.
sementara tu kita buat invitation card.
sy memang suka design-design ni.. wihihi.
buat simple-simple je. untuk post kat fb and jugak invite kat whatsapp. |
sorrylah tak dapat nak jemput semua,
sebab buat pun kecil-kecilan kan.
mana yang sempat, dekat and rapat dijemput. *thanks for coming!* :)
biasa kan orang buat dengan cukur jambul semua.
ada pelamin baby siap.
kitorang tak de buat, just kenduri biasa je.
plus ada terbaca yang upacara cukur jambul ni tak de dalam islam.
prolly adat je kan. maka kita skip kan aje :D
majlis start petang, pukul 2.
sebab right after solat zohor and doa selamat tu.
risau jugak sebab sekarang ni memang everyday, petang, hujan.
hujan pulak bukan main-main, hujan lebat siap dengan stok guruh. haha
tapi tempo dia biasanya dalam lewat petang time asar tu baru hujan.
so tak pe la kita proceed.
nasi beriyani yiehha. |
sy cadangkan kat mama,
nak dengan ayam masak merah.
sebab orang pergi kenduri memang suka ayam masak merah ni *siapa tak suka sila masuk kelab ayam goreng. yiahaha*
then ada gulai daging jugak.
then biasalah dalca, sayur campur, acar buah, kuih, buah semua.
air pulak husband request nak oren sunquick.
so tukar daripada kordial (dalam set dia) to sunquick.
mama jugak ada tempah mini creampuff sedap. memang 'sold out' la sy tak sempat nak capai sebiji pun. lolx
my husband (isz) and anaqi. |
anaqi ni pakat tidur pengsan the whole day.
actually pagi tu dia jumpa doktor.. check up sebulan.
biasalah kena cucuk. tu yang pengsan agaknya tu. haha
gigih cari baju warna sedondon dengan babah dia.
it's a cotton baju melayu romper.. memang untuk baby.
nampak macam cute, so belilah online. RM29 je.
while baju ariana warna sedondon dengan tudung sy.
kira ok la tu. blue team and yellow gold team. haha
orang masjid sampai dulu before 2pm, then baru makan-makan untuk family & friends. |
nak elakkan kesesakan, kitorang buat timing macam tu.
biar orang masjid datang makan dulu right after doa selamat,
then baru family and friends datang pukul 2 petang.
yang mana sampai awal boleh lepak kat dalam rumah dulu.
tok (nenek & atuk) sy pun ada datang dari terengganu.
kebetulan datang untuk monthly check up kat KL.
so diorang pun singgah :)
tok yam & anaqi. |
biasa kan orang tua-tua ni kalau part pantang bersalin memang disiplin habis.
sy sesaja la tanya tok yam, boleh tak makan ni, makan tu.
"makan je lah." tok yam cakap.
hahaha. sempoii.
actually semalam tu dah hari ke-36.
i have eight more days to go.
tapi dah serupa tak berdisiplin sangat la.
coklat semua dah makan awal-awal. haha
my tok ki. gambar dia tengah makan ni je ada. haha |
ye. sibuk sikitlah tak sempat nak snap gambar-gambar secara proper.
mana yang ada je :P
mama & ariana. |
tok yam & sy. |
untuk anak lelaki, akikah sama ada bahagian lembu atau 2 ekor kambing.
husband pilih nak akikahkan kambing.
dua-dua buat golek. haha
kan orang sekarang ni suka sangat makan kambing golek.
kalau ada je kambing golek harus beratur nak ambik :P
tapi time kenduri ni memang convenient la nampak.
orang boleh ambik dengan selesa, tak de la beratur panjang.
sebab ada yang ambik kambing, ada yang ambik nasi dulu.
bro2 daripada 7 barakah catering sedang menggolek2kan kambing. haha |
sedap ok kambing golek dia.
lembut, juicy, tak de bau kambing.
and sos blackpepper dia pun sedap.
selain tu ada mushroom soup, garlic bread, mashed potato dengan coleslaw.
brown sauce pun ada bagi yang tak makan sos pedas.
alhamdulillah 2 ekor ni cukup untuk semua.
time majlis habis ada tinggal sikit.
kitorang simpan sikit, the rest lewat maghrib tu ada family datang lagi and jamu diorang.
so memang cukup-cukup, just nice.
cuma ada tulang-tulang tu, mama cakap lupa nak minta caterer buat sup.
sebab daging akikah ni semua bahagian kena makan.
tak boleh buang.
kalau tak kena tanam.
macam daging korban biasa tu la.
husband yang ceria dapat kambing golek. lolx |
family belah husband. |
kemain muncung si anaqi ni :P |
gambar ni tak cukup korum, sebab ariana dah tidur kat tepi. haha |
ni ha budaknya. lena tidur. lolx |
my plate.. cangg! |
sorrylah, yesterday was my confinement-cheat-day. hahahaa
main makan je apa.
dapat la makan ayam masak merah hoihh heavennyaaa~~~
dan di bawah ni adalah antara gambar family & friends yang datang :
(thanks korang!!)
while for goodies, sy sediakan. haha
bukanlah sy buat, tapi tempah aje.
sticker je buat sendiri then hantar kedai print (faliq tolong hantarkan).
so siaplah nut in a jar ni untuk tetamu yang datang.
buah tangan kecil untuk tetamu. |
kacang-kacang dia memang rangup.
yang ni memang habis tak de lebih.
may be ada 2-3 yang tak dapat, mana yang datang lambat lepas majlis habis.
sebab sy tempah memang cukup-cukup je (ada la extra, tapi tu pun habis).
rezeki mana yang dapat.
minta maaf mana yang tak dapat tu. :)
thanks jugak kepada yang bagi duit, bagi hadiah untuk anaqi and ariana.
may Allah bless you all.
No comments:
Post a Comment