Saturday, December 12, 2015

day 43 yang tak berapa nak confinement

happy sabtu!

cerita hari ni tak de la sangat.
malam ni ada piala malaysia; selangor vs kedah.
sebagai sorang shah alam citizen (dulu la. hometown ai niiii. haha), harus la support selangor.
menang ke kalah ke kita tetap support.
ni tengok dah 2-0 dengan kedah. :D
untunglah kalau menang, rakyat selangor boleh cuti isnin ni.
sy tak pe, sy cuti je hari-hari. kahkah

today hari pantang yang ke-43.
wuah tak sangka nak habis dah.
tapi tengah hari tadi dah keluar pergi kenduri kahwin. #jangankecamsaya LOL!
dekat je berapa langkah dari rumah pun.
anaqi, husband jaga kejap.
sy pulak time tu memang dah tahap kebuluran tak makan dari pagi.
pagi minum horlicks je.
so pergilah kenduri.
turned out tu kenduri kawan time tadika and sekolah dulu.
naik van sekolah sama-sama.
kalau tak jenguk ke tingkap, memang tak tau ada kenduri ke apa.
kalau ribut apa pun tak tau kot sebab orang pantang kan.. duduk terperuk je dalam rumah.
ni keluar baru la nampak matahari sikit :P
so makan nasi putih lauk ayam rempah, kuah lemak daging (ambik kuah je dengan kentang), sayur sambal jawa dengan ulam. buah oren jangan dilupa ;)
air pulak memang tak la ambik yang ais.
minum air kosong je. nasib baik ada air kosong atas meja.
tetiba jadi orang yang jaga kesihatan sangat, minum air kosong
*tangan di bahu mata ke atas* :'DDD

so kepada yang tak berpantang, tak breastfeed, tak tua, tak de condition yang menghalang,
makanlah ais krim dan minuman-minuman sejuk selagi ada masa ni.
haha apa punya nasihat la ni.
ye la, sedap kot ais krim.
selagi sempat tu makanlah korang ye.

dahlah nak sambung tengok bola.
esok boleh celebrate hari ke-44. hoyeah!!

tata!

No comments: