tak faham betul la apsal makin over pulak (kat fb mostly) group mak-mak ni nak pertikaikan tahap kesakitan deliver baby secara normal or caesarean (c-sect = operation).
yang normal dengan 'oh seronok boleh rasa nikmat sakit bersalin normal.'
yang c-sect pulak dengan 'hoi c-sect lagi sakit ok.'
tu belum yang dua-dua pun dia kena 'hey aku atas sakit, bawah sakit. kau ada??'
then sampai ke sudah tak habis-habis.
recently sy ada baca jugak entry dalam blog green apple yang cakap pasal isu ni,
and sy sangat-sangat setuju dengan pendapat dia.
most of her entries, topik apa pun lah,
mostly i can get her points and pandangan sy pun biasanya lebih kurang sama atas isu-isu tu.
ni sebab semalam tang tengah buka fb lah,
adaaa pulak fb friends yang share wall post sorang fb user ni pasal c-sect.
ok la dia kata nak menyedarkan mak-mak pesalin normal (abaikan vocab, saja panggil 'pesalin'.. boleh? hoahaha), supaya tak memandang rendah pesalin c-sect.
sy sedar jugak ada golongan pesalin normal dalam fb yang bangga habis bersalin normal. tak de masalah ko bersalin normal, cuma kalau kita sendiri baca ayat diorang pun rasa nak puke.
'oh indahnya boleh merasa sakit contraction berjam-jam.. yang c-sect tak rasa tu semua.'
walaupun sy deliver normal, tapi sy tidaklah menyokong aktiviti-aktiviti lagha seperti ini. kahkah
mana yang tah apa-apa tu tetap tah apa-apa.
so back to our story;
panjang ok wall post yang sy baca tu.
diceritakan details kesakitan seorang pesalin c-sect (yang tukang tulis tu punya experience la tu).
tang kena bius, tang kena 'lapah' katanya.
tak boleh bersin, tak boleh baring sebarangan. macam-macam la.
ok fine. dia tulis macam tu supaya (again i repeat :P) supaya pesalin normal tak pandang rendah c-sect.
ok baca pulak komen. mostly yang komen tu ramai yang c-sect.
hamboiinya. sy rasa sama je diorang ni 2 kali 5.
marahkan orang bersalin normal bangga-bangga sakit normal,
yang c-sect pun samaa menegakkan fakta yang diorang lah lagi sakit. compare ok. COMPARE. jahitan lagi panjang la, sakit sepanjang zaman la. watdehell.
so apa motif nak cerita kesakitan-kesakitan yang diorang tanggung? nak bagi kesedaran kat semua?
rasa kalau diorang ni dapat deliver normal sekalipun instead of c-sect, jadi benda yang sama jugakk. bangga-bangga jugak pasal bersalin dia yang paling sakit di alam semesta.
aiyo. sape lagi sakit pun nak jadikan pertandingan ke?
pening aku macam ni. hahaha
truth is, apa cara pun deliver baby,
yang penting semua ok, semua selamat, semua happy.
dah. tu je pun.
sy tak kisahlah ko deliver normal ke c-sect ke.
ko hidup sihat walafiat tu dah kira nikmat lah tu.
perasan tak kalau kita deliver baby, tetiba akan ada (kalau tak banyak pun, sikit la) yang tanya.. 'bersalin normal ke operate?'
like apa relevance nak tanya kekdah bersalin? dia nak tolong bagi tips ke? macam tak de pulak. sekadar berbasa-basi? ok lah basa-basi lah kamu.
see. of how sesetengah orang terasa pentingnya sangat nak comparekan kaedah bersalin masing-masing and tahap endurance masing-masing menahan kesakitan. padahal tak perlu pun tu. lolx
setiap ibu yang go through the pregnancy experience; be it our mothers, our friends, siapa-siapa la pun, harus diraikan.
tak perlu gaduh-gaduh siapa paling sakit.
kadang rasa kelakar nak tergelak pun ada.
tu belum masuk bab breastfeed (bf) lagi.
hahaa don't get me start on that.
macam berdosa sangat kalau tak fully breastfeed or if totally guna formula milk.
tak semua, but yang fully bf ada pride sendiri. dia fully, jadi kalau boleh nak semua orang pun fully macam dia. kalau tak sama macam dia tu yang jadi 'berdosa'. lolx
hai macam-macam lah.
yes actually macam-macam perangai boleh jumpa kat fb and alam nyata ni.
patutnya endurance yang perlu ada dalam cerita ni is not about bragging siapa lagi sakit siapa lagi hebat dalam arena motherhood,
tapi endurance nak melayankan perangai sorang-sorang yang kita akan jumpa macam ni lah. hahaha
ok. till then! :)
1 comment:
Hye wani total agree wif u. Bkn setakat normal n c-sec je yg compare. Yg sesame normal pon compare gak. Kalo norml compare sape yg bukak cepat, ank kuar senang, luke cpat baik or lebih bagus tkde jahit lgsung. Eihh belagak sgt ok. Mkin moden pemikiran mkin mundur kot. Or compare bsalin kt mna..oh my. BF? Hihi mmg jgn start, lah..ckp mngalahkn dokter ok.
Post a Comment