Wednesday, December 30, 2015

food mega festival, shah alam

sejak kebelakangan ni banyak jugak food fest ala hipster di sekitar klang valley kan.
walaupun ai bukan remaja lagi *hahaha*, tapi pergi jugak sebab food lover katanya :D

food fest ala hipster =
1. ada foodtruck, ada gerai.
2. makanan tak pelik tapi innovated.
3. bekas letak makanan yang menarik.
4. hiasan and susur atur kreatif.
5. ada jugak nama makanan yang pelik2.
6. ada tempat and deco-deco untuk snap gambar.




this time ada food mega festival kat depan stadium malawati, seksyen 13, shah alam.
2 hari je; sabtu dan ahad.
mula-mula sabtu tu harith pergi.
then dia bawak balik makanan.
ahad tu sy join pulak. bawak ariana sekali.

disebabkan ada budak kecik si anaqi kat rumah,
pemergian sy ke food fest adalah sangat pantas.
in an hour pergi dan balik semula ke rumah. haha
keluar pun time dia tidur. bagi dia minum kenyang-kenyang dulu.
balik dia bangun, mama tolong jagakan.


tudung pinjam namanya. main sarung je. sebab nak cepat. haha


sempat snap few gerai yang pada sy nampak menarik la.
tapi gambar kekaburan.
phone camera je, mana nak canggih. malam pulak tu. lolx

yang ni siap ada kartun. comel kan!



ramai la jugak, tapi still selesa nak jalan.

parking ada, jalan pun selesa.
may be sebab cuti panjang, so ramai balik kampung or holiday.
cuaca pun mendung-mendung nak hujan.
angin bertiup kencang. sejuk la. best.


yang ni deco-deco pinggan. lolx



peminat cheese cake. nah! gila gegar gambar ni!!

snap gambar sambil berjalan, macam tu la *ketawa menangis*


me laf ketam!! tapi mengenangkan pantang makan seafood, so sy skip.

bukanlah tak boleh makan seafood,
cuma rasa terlalu awal untuk mentoksikkan diri. hahaha
may be after few months i'll be back makan ketam.
sementara tu belanja gambar je la.


sila order pasta anda di sini! :D



eh nampak pulak dinding food mega festival ni. snappp!



churros dengan ais krim. donut dengan ais krim.

nasib baik bukan churros dengan cheese.
kalau tak, sini cheese sana cheese.
muka dah serupa cheese rakyat malaysia ni hahaha *no offense. cheese itu lazat*


jumpa pulakk orang jual belon. ariana ni bukan boleh. mamanya pun bukan boleh. mesti nak belikan :P

kelas tak,
belon elsa bagai dia tak nak.
dia nak belon plane ok. orang mekanikal dia ni. hahaha


tempat orang duduk-duduk menikmati makanan yang dibeli.

tempat duduk pun dihiasi deco lampu-lampu dan flags kecil.
supercomel.
hipster juga.
tapi yang datang bukanlah remaja hipster semata..
young adults dengan anak-anak pun ramai.
alah pakcik makcik pun ada jugak. hihi


harith beli spaghetti carbonara kat sini.

before sambung entry ni,
nak cerita.
hari tu first time sy makan churros.
mama and harith belikan time keluar kat bangsar.
try la makan.
tak sedap ok! rasa and bau pelik semacam.
tak tau nak explain rasa apakah itu.
tepung semalam? ntah.
walaupun first time makan and tak tau rasa sebenar churros tu patutnya macam mana,
tapi yang ini memang tak masuk dek tekak. lolx

my first churros yang berperisa pelik.


then sabtu tu kan harith pergi food mega festival ni.
sy tak pergi lagi time tu.
dia bawak balik churros dari food fest.
yang ni rupa tak semenggah pulak, nampak longlai je hahaha
tapi rasa ok!
cuma nak kena saring gula tu banyak sangat.

yay! dapat pun rasa churros yang sedap! xD



with chocolate dip.

kat food fest tu memang ada la few gerai/food truck yang jual churros.
yang lain harith bawak balik :


pizza.



kambing bakar. sedap ni! lembut and smoky.

kat food fest ni jugak banyak orang jual kopi.
kopi hispter lah yang berperisa macam-macam tu.
since ai tak minum kopi, so tak singgah lah. haha

jadi ni lah hasil buruan untuk hari tu :





slurp de jelly namanya.

kan. jenama and nama adalah canggih.
sebenarnya dadih je. kikiki
sedap ok. sedapppp. sy memang suka pun dadih.
lebih kurang sama rasa dengan dadih yang faliq buat kat rumah.
cuma yang ni letak dalam bekas kaca, sedut pakai straw.
harga 3 botol RM10 saja.


spaghetti carbonara, harith punya. RM8.

oklah. rasa spaghetti lah. lolx
sebab sy kalau pasta, ada certain je yang sy suka.
creamy2 macam ni kurang sikit. cepat muak.
kalau aglio olio tu memang my fave!
tak letak apa, letak minyak dengan bawang putih (and chilli flakes + parsley) pun jadi. yum2.
tapi biasa masak sendiri je kat rumah sebab kejap je nak masaknya.


ayam cucuk. yang ni perasa serai. beli jugak perasa madu.

ayam cucuk ni rasa biasa je.
macam bau hangus pun ada.
ni pun 3 cucuk RM10.


marilah beli 1 burrito.

burrito ni serupa kebab kot.. sebab letak dalam roti.
roti gulunglah tapi (roti tortilla. sebut dia 'tortiya' ye :D).
ayam dah habis. tinggal daging je.
memalam macam tu, last day food fest pulak, memang ayam la yang cepat habis.
rasa? daging tu macam daging kat burger bakar. haha
then ada sayur, sauce semua.
ramailah kot suka.
sy tak de la suka sangat sebab tak suka sos kan. hahaha
kalau dia letak home made sauce fresh tomato, chilli oil semua may be lagi best.
yang ni rasa macam burger malaysia biasa.
tak tau la, lain orang lain kegemaran dia kan. :D

ye.
semua tu tapau je bawak balik.
sebab lepas-lepas tu hujan lebat.
nasib baik ada payung.
angin pun punyalah kencang.
so lepas beli spaghetti, kitorang terus naik kereta, balik rumah. haha

sekianlah kisah 'pengembaraan' di food fest.
lolx

1 comment:

Anonymous said...

Amboi... meriahnya Mak Ngah eh Mak Long... Wani dan makanan berpisah tiada... jangan lupa baca Bismillah sebelum makan. hahahaah