kesian kat ariana la, kita 'berpantang' tak keluar, dia pun sama.
boringlah dia kan.
so memang niat dah dulu, nanti habis pantang semua, nak bawak dia tengok lampu kat ICT.
pergi pulak peak time.. iaitu time cuti.
merasalah kereta berderet semua ahaha
kereta-kereta menuju ke ICT shah alam. |
ICT shah alam ni dulu kini dan selamanya memang costly.
jadi kalau nak main permainan kat fun fair dia, masuk rumah salji ke rumah hantu ke rumah apa-apa pun, siap sedialah duit banyak-banyak.
bayaran untuk permainan semua adalah dalam bentuk reload card.
so kalau kredit habis, boleh top up je kat kaunter-kaunter yang disediakan.
kitorang tak main banyak pun.
sebab ariana kan tak lepas 90 cm.. so games limited.. especially kat fun fair.
kalau naik ride yang slow mo bolehlah. haha
tapi budak-budak bawah 90 cm dikira free kalau per entry untuk ride etc.
first kitorang naik ferris wheel.
ai cakap mahal sebab per head RM10, pusing sekali je. hahahaa
tapi faham la pun kenapa mahal.
nak bayar bil letrik lampu-lampu mengerlip-ngerlip kat situ. :P
tu tak masuk bergambar. kalau nak beli dah kena charge RM30.
dah naik ferris wheel ni. ariana muka confuse je dia. lolx |
tangkap gambar dengan mama pulak! |
serun jugak tengok ke bawah.
sebab tinggi kot! (ferris wheel gergasi haha)
peace yo. ke sudah peace. haha |
view dari atas. |
view dari atas nombor 2. xD |
then lalu la jugak kat ice world dia.
orang beratur.. mak aih!
may be next time la kalau nak pergi rumah salji ni.
sy masih mode berpantang 100 hari (ke 6 bulan??) so tak boleh kena sejuk-sejuk ni.
tengok dari luar je lah ye. haha
kalau nak banding dari first time datang sini awal-awal pembukaan dulu,
dah banyak la games yang ada sekarang.
lengkap la.
kalau dulu setakat ride kat luar dengan rumah salji.
now ada fun fair, rumah hantu, rumah cinema and banyak lagi.
jenuh jugak nak berjalan sana sini.
tempat jauh-jauh.
so kalau nak datang, set kan nak pergi ke mana.
tak larat kalau sekali datang nak main kat semua tempat.
nak membayarnya lagi. sebab mostly 1 games, seorang kena RM10.
dah la kejap je main.
RM5 pun ada, tapi games yang biasa-biasa je la.
hah gelap gelemat gambar HAHAHA |
balik tu lapar, dahaga semua ada.
i'm more to thirsty la.
singgah kedai makan thai kat seksyen 7.
ingat nak makan tomyam, telur dadar dengan nasi je pun dah ok.
sekali husband order meriah-meriah dengan ikannya sayurnya telur lagi.
time tu dah pukul 10 ke 11 pm macam tu.
haha kemain lagi supper kami-kami ni :DDD
lepas makan tu balik.
plan nak pergi makan durian tak jadi.
satu sebab dah kenyang.
dua sebab dah tengah malam.
lolx.
No comments:
Post a Comment