Tuesday, November 27, 2012

terlanjur cinta

ahha! minggu ni dah start siri drama baru kat tv9.. 'terlanjur cinta'. semalam baru episod 1. tapi yang tak bestnya cerita ni ada dua kali seminggu je; isnin dan selasa. cuba kalau masuk slot tv3 pukul 7petang tu. mesti dapat tengok isnin-khamis *bersyukurlah woii wani* :P korang boleh nonton di tv9, isnin-selasa, 8.30malam.


siri drama ni adalah karya erma fatima.. so kalau korang tengok, memang style dia macam cerita 'dejavu di kinabalu' dan 'kau yang terindah'. then pelakon harus la aqasha, pastu nazim othman dengan pelakon wanita yang selalu jadi kawan kepada heroin tu (alah tak tau nama. sorry. hehe). oh heroin dia adalah siti saleha.

cerita dia so far memang ok la. aqasha dalam cerita ni jadi sorang playa. suka kacau orang, suka main-main. siti saleha pulak minat kat dia, tapi dalam diam je la. daripada apa yang sy baca kat internet, nanti diorang ni akan terkahwin paksa sebab tertangkap khalwat (aqasha/fareth punya hal la ni). so nanti dia akan ignore wife dia and all. pastu ada marsha. marsha agaknya jadi watak penggoda la kot.. setakat episod 1 ni dia belum muncul tiba lagi. nazim othman pun belum muncul. katanya episod 5 karang baru dia ada.. haha

so tu je la sy nak iklankan (secara percuma HAHA) di sini. siapa yang stok-stok minat 'dejavu' or 'kau yang terindah' tu bolehlah try tengok. best.


p/s: tengok siri drama yang betul-betul best je.

No comments: