Sunday, November 11, 2012

my bestie's engagement

helo delo!
ahad dah? cepatnya!! hihi.

semalam 10.11.12 tarikh yang lawa, ye tak? makanya memang ramai yang berkahwin semalam. jalan raya pun penuh. serious tak tipu ni. haha.

semalam sy tak ke wedding, sy ke majlis pertunangan bestie sy, azra! :) oh before that. semalam pun kawan batch univ sy; ziti & hizami berkahwin. tapi majlisnya di kemaman. sorry guys i couldn't make it. tak dapat nak berjalan jauh sekarang. wish you guys a blessed happy  marriage!


azra. congratz, bestie!!

went there with mardia, my good friend. dia dari klang. kitorang meet up kat masjid putra, lepas tu shoot ke rumah azra. kawan-kawan univ azra pun ada situ. jadi havoc la. ai nak havoc-havoc tapi tak dapat sebab tetiba rasa nausea *hampas ko tekak nak loya-loya time tak sesuai!! lolx* next time kena letak kismis ke apa dalam beg. ni agaknya sebab lapar, tu yang jadi macam tu. haha.


azra, me, mardia.



mardia and i.



dulang hantaran. 9-7.



ni time dah lepas sarung cincin. kalau tak silap, acik yang tudung hijau tu la bakal mak mertua azra :)

family tunang dia dari kedah. abang kakak tunangnya memang duduk area sini.. kat bangi i think. oklah tu dekat kan.


harus la bergambar kat pelamin! haha. nak ambik aura tunang tu tak de la, mungkin ambik aura kecantikan. hehe

siap sy sy kena interview dengan family tunangnya azra tu. tanya dah kahwin ke belum. wah kak, nak buat menantu ke? kehkeh. tapi kalau bitau orang tak kenal, diorang memang tak percaya budak ini is happily married. gaya ai budak sangat ke?! *cekak pinggang* :P


hidangan kenduri. sedap nak pengsan (atau bak kata kawan kat twitter, sedap nak arwah HAHA).. especially ayam merah dia.

sy siap menambah, ok. dasar lapar. ye la, dari pukul 1 menahan lapar. dah dapat makanan, sedap pulak tu.. apa lagi.. kihkihkih. tapi memang serious sedap. menangis makan sebab sedap. lolx. alhamdulillah untuk rezeki :)

sooooooo
tahniah tidak terhingga kepada azra dan tunangnya, fauzi! korang dah darah manis sekarang, hati-hati semut menghurung!! wahah. semoga cinta you guys utuh sehingga ke akhirnya. diorang ni tunang sekejap je.. insyaAllah bulan mac tahun depan bersatulah mereka. hehe. ayat nak novel aje kan.

ok fine. lepas ni tak buat ayat novel dah. lolx

No comments: