Tuesday, November 06, 2012

lady driver?

sy memang tak puas hati betul bila baca wallpost seorang kawan di fb *siapa pun suruh ko baca, wani? teehee* pasal lady drivers. dia cakap gini.. kepada pemandu wanita tolonglah berperikemanusiaan sikit kat penunggang motosikal. lebih kurang.

ai memang tak seronok dengar kalau ada orang yang suka menyalahkan gender, race dan sebagainya (labelling) untuk sesuatu yang tak elok. pada sy, reckless nya seorang driver adalah kerana sikap dirinya sendiri.. bukan sebab labelnya sebagai seorang pemandu wanita atau pemandu lelaki.

menurut kawan tu, lady drivers tak pedulikan penunggang motosikal. main jalan je, menyebabkan yang naik motor tu di ambang bahaya. lepas tu pulak disokong dengan hebatnya oleh kawan-kawan lelakinya (what do you expect?). katanya semua yang cuai tu adalah pemandu wanita.

hangin jugak ni sebab selama ni sy si lady driver ni punyalah fikirkan permasalahan cyclists semua. ye, bukan setakat motorcyclists.. bicyclists pun sama. bila diorang lalu kat tepi kereta masa traffic slow, sy sanggup la pusing stereng sikit ke tepi supaya laluan diorang luas. kat bulatan, sy pandang kiri kanan untuk pastikan tak membahayakan penunggang motosikal bila nak masuk. adakah usahaku ini sia-sia belaka kerana selepas ke-concern-an yang daku lakukan, daku dilabel pulak tak berperikemanusiaan kepada penunggang?? *tiba-tiba nak sentap wani, apa kes :P* (sentap bagi pihak semua orang HAHA)

to top things off, sy yang berapa kali eksiden di jalan raya (dan bukan jalan raya ni).. akibat keretaku dilanggar.. bukannya yang langgar tu pemandu wanita, tapi pemandu lelaki! all of them! ambik la yang langgar lari ke, yang langgar tak nak mengaku salah, yang langgar lepas tu duduk dalam rumah diam-diam.. semuanya guys! but no.. sy tak salahkan semua guys sebagai pemandu cuai bila kereta sy dilanggar. yang salah cuma si pelanggar itu, yang kebetulan adalah guys. it's the individual.

hahhaa sy tau korang nak kata.. "heleh entah-entah si wani ni yang cuai.. bawak slow sangat, sebab tu kena langgar!" *gila buruk sangka kahkah* dah tu.. kalau kereta sy duduk diam-diam kat parking, masih dilanggar oleh hilux di sebelah.. when i myself was not at the scene.. adakah si lady driver ini yang salah jugak? sy tak de sana pun tapi kereta masih dilanggar? itu namanya kurang bernasib baik. haha. tapi sy tak point kat pakcik tu dan cakap, "kau! lelaki! kaum lelaki semua memang teruk memandu!!" tak ada ok. pada sy, ada yang berhemah. cuma pakcik tu je yang silap pusing stereng.. ntah? or wife dia? ntah..?!

and sepanjang-panjang kita tengok reckless drivers on the road, pernahkah kita kira berapa ramai yang pandu teruk tu adalah lelaki, perempuan, orang muda, orang tak muda, orang kaya, orang biasa.. dan semua faktor-faktor lain? tak sempat nak kira, kan? sebab memanglahhh kat malaysia ni ramai pemandu yang memandu secara gila. tak kira guys/ladies. jadi please lah hentikan pemikiran sempit dan cakap semua ni salah lady drivers. yang kemalangan maut penunggang motor kena gilis gilis dengan kereta, lori, treler, bas semua tu.. nak tengok jugak ke jantina pemandu yang melanggar? kalau dah salah tu tetap salah.

cuma sekarang sy tak tahu macam mana kita dapat mengubah pandangan sesetengah orang yang selalu buat statement macam ini. yang penting marilah kita memandu dengan berhemah di jalan raya. jangan hanya fikirkan diri sendiri yang dah lambat nak punch in kat ofis, ingatlah jugak orang lain yang sama-sama berkongsi jalan raya dengan kita, dan yang sama-sama membayar road tax setiap tahun.

akhir kata, drive safe and don't label too much aight. takut esok kena kat batang hidung sendiri je.
peace, yaw :)

2 comments:

Anonymous said...

saya perempuan..nama nadia bawa motor g keje..byk kali dh saya hampir2 accident sbb pemandu perempuan..selalu dorang xbg signal,main redah je..keluar dr rumah depan gate tuh pun sbaik xkena langgar..perempuan gak yg bawak kete..sapa yg bawak motor tau laa mcm mana rasa dia bila duk kt atas jalan..yg kecik gak deme nk sondol...

wani ezryl * said...

mungkin awak kurang bernasib baik, nadia. tetapi labelling seperti ini harus dihentikan. :)