Friday, November 02, 2012

jeng

heylohh!! *wave*
si pemalas blogging ini muncul kembali! yiah haha

bukan malas apa. tak sempat nak blogging, yaw.
balik rumah (dari ofis) dah penat, mengantuk, tido depan tv. ala macam tak biasa :P

well hari ni sy nak cerita pasal JENG. jeng is 'jam' in terengganu mother tongue.

pagi tadi SUPER JAM GILE rasa nak terpengsan di situ juga.
sempat main game, tangkap gambar dan sebagainya. tahi sungguh jam ini.


jam bermula bila keluar dari kawasan seksyen. beratur. depan ada roundabout.
hari biasa pun macam ni. tapi pagi tadi melampau slow jam nya.

punca : polis trafik jaga bulatan.

yeah. bukan semakin lancar, malah bahaya pulak tu. sebab polis tahan belah sini (pukul 6), so belah sana (pukul 12) berleluasa nak masuk. bila polis lepaskan pukul 6, pukul 12 punya kereta masih berpusu-pusu nak masuk. BOLEH BERTEMBUNG.. BAHAYA TAU TAK!!

kesimpulannya, tak payah la jaga bulatan. bahaya.

i honked one car.


next!

lepas tu jam tak habis lagi.

ni kalau straight pergi puchong, LDP. ai nak masuk kiri, KESAS.

sila perhatikan anak panah di kiri. ye.. kereta-kereta tak sabar dari belakang memotong dari kawasan dalam, lepas tu mengada-ngada nak keluar balik. kalau diorang nak terus ke kiri tak apa, ini diorang nak ke kanan!! sy nak ke kiri.. jadi jalan kena blocked. GREAT.

(pertemuan dua anak panah berlainan arah menunjukkan macam mana kereta-kereta melawan arus satu sama lain. PUNCA JAM). oh. depan tu ada traffic light. boleh kata tiga kali traffic light baru sy dapat lepas.


*whistling*


ok next!


dah lepas masuk ke kiri (KESAS) tu.. jam lagiiii.
laa awat jam ni?!


akibat jam, berpuluh-puluh kenderaan memotong barisan lagi dengan menggunakan jalan dalam (patutnya orang nak isi minyak je lalu sini)

lagilah slow, sebab diorang potong barisan!! grr.

anak panah : kenderaan super bodoh (no, pemandu super tak sabar) (pemandu yang isi minyak dikecualikan).. yang potong queue ikut jalan dalam. keji kan. yeah, jam survival 101.


lepas dah potong queue dari jalan dalam, diorang masuk balik ke main road. yang belah kiri tu semua kereta-kereta dari jalan dalam. banyak gile.


dah la potong queue kan, masuk pulak nak menghimpit.. macam itu jalan dia. padahal kita ni kasi belas ehsan kat dia untuk masuk balik ke main road. seriously menyakitkan hati.

rupanya.

punca jam : eksiden di depan.

eksiden dah tamat pun. dah bersih pun. tinggal ada motor kaler hitam (terbakar ke apa) kat tepi tu. then ada polis lambai-lambai suh bergerak ke depan. dah lepas kawasan tu, smooth je.


KESIMPULAN : sy habiskan satu jam setengah kat jalan raya hari ni sebab sikap selfish sesetengah driver yang nak cepat, tapi tak fikirkan orang lain. tahniah. moral korang 'amat baik' hari ni.

*bow*

2 comments:

Anonymous said...

kadang-kadang perangai dorang mencelah, menyelit, menghimpit, memotong queue lah yang menyebabkan jem. And plus ada driver lembab kot menyebabkan semakin slow and slow.... tak paham... ;D

wani ezryl * said...

setuju. sbb nk cpt, xpeduli dah org lain. such a low attitude.