Sunday, November 18, 2012

abu the kitten

yosh sebab sy pemalas nak update blog 2-3 hari ni, sy telah bercadang untuk qada' entries sebanyak yang mugkin (ok fine tak de la banyak sangat.. tapi akan cover past stories yang tak sempat nak dicover sebelum ni). bahaha. like.. ada ke orang nak baca kann :P tak de yang baca pun tak pe, ai sendiri baca pun ok whatt. goshh so narcissistic :P

sekarang sy nak bercerita tentang seekor anak kucing ni.
namanya abu. asalnya sy panggil dia nyek (daripada 'penyek'? erk.) sebab muka dia flat face. bahaha. tapi nama asal dia yang dibagi oleh family husband adalah abu.. so kita panggil abu ok :P

husband bought him for RM500.. (harga asal RM600 sebelum nego). beli kat area rumah sy je. kebetulan pakcik makcik tu jual sebab kucing diorang dah banyak sangat. abu ni pendiam.. susah betul nak dengar suara dia. tapi kakinya berlari kencang. pantang lepas sangkar, mesti nak lari sana sini.

(pst kucing flat flat macam ni susah nak dilepaskan tanpa sangkar sebab orang suka mencuri. ni la susahnya kalau ramai pencuri-pencuri kucing di sekitar. kucing pun terpaksa masuk sangkar T_T)


time ni baru lepas mandi. redha je muka dia. husband tolong pegangkan.



ololo comelness kau, abu :P



kalau dah besar ni confirm muka macam garfield. muah haha.



isz & abu. together forever. eh. haha



lepas dah nampak macam nak kering sikit tu, kitorang bukak balutan tuala dia. so biarkan dia jilat-jilat badan sendiri.

abu di samping buku yang baru dibeli oleh husband, 'a street cat named bob'. sy baru baca sampai chapter 4. best weh. tapi tak dapat nak habiskan sebab husband dah bawak balik buku ni ke KTcity. boohoo. buku yang amat awesome untuk pencinta-pencinta kucing.




ok babai, abu! :)

No comments: