Saturday, October 13, 2012

pergi pasar beli ikan naik myvi

wuhou! hari sabtu kegemaranku telah tiba! *lompat bintang dua tiga kali*

tak tau kenapa, hari-hari pergi kerja memang la kena bangun awal kan. punyalah malas nak bangun. tapi hari sabtu je boleh bangun awal dan pergi sini sana. itulah namanya di mana ada kemahuan di situ ada sy. HAHA

awal-awal pagi tadi pukul 6 gigih siapkan kerja ofis (sebab nak enjoy hari sabtu punya pasal :P).. lepas tu pergi pasar. ajak faliq sekali. biasa sy tak letak gambar pasar kan. haa nah gambar pasar.

bagi warga shah alam, inilah tempatnya kami membeli barang-barang dapur segar. xD



tu pintu masuk dia. orang pun ramai. belah kiri tu ada gerai-gerai. so boleh breakfast sekali.

sy dah makan nasi sebelum tu kat rumah (makan nasi pukul 7.00pagi, ok.. tak boleh blah :P) still lapar lagi. memang dasar perut raksasa. balik dari pasar tu paksa adik-adik *that's what brothers for LOL* pergi belikan mc d drive thru.

niii kedai jual ayam. sederet kedai ayam. sederet kedai daging. sederet kedai ikan. setempat. senang nak beli.




kedai sayur. ah gambar kabur arcktttt!! *renjatan letrik sebab tak dapat menerima kualiti gambar yang tidak memberangsangkan*


kedai rempah, kedai magazine. macam-macam kedai ada sini. tapi tak snap semua. kejadah. ai nak pergi shopping, ok :P



ahha my fave; kedai ikan! :P tapi bukan kedai ni sy pergi, sy ke kedai sebelahnya. sebab kedai sebelah murah seringgit daripada mana-mana kedai.

"alah seringgit je beza pun." kata faliq.
ehh tu kalau sekilo. kalau ko beli ikan berkilo-kilo. tak ke dah jimat beringgit-ringgit tu.
dah la ikan fresh. baru turun bot ok. kalau picit pun melantun balik ke dinding. betapa freshnya. AHAHA *over ko, wani*


tapi tu la.. beratur ko nak menunggu dia siang iakn. eh terkantoi orang pasar siangkan ikan. mahaha

ye. memang sy suruh orang pasar je siangkan ikan sebab i have other better things to do at home. tapi korang pun tau, kalau siang kat pasar tu tak 100% bersih perutnya. ko balik rumah nanti ko kena kuis sikit-sikit jugak isi perut dia kan. lepas tu basuh lagi. letak dalam bekas lagi. but at least tak lah lama sangat ambik masa, berbanding dengan ko nak potong, korek insang semua tu. dia siap buang sisik semua tak payah nak suruh. haha

paling mengagumkan sy adalah orang kedai ikan ni ingat muka kita dan ikan apa yang kita beli. sebab lepas bayar tu, kita akan tinggalkan ikan kat situ untuk disiang. jalan-jalan la kejap kat kedai lain. beli sayur ke buah ke. setengah jam lepas tu gi datang ambik.. dia masih ingat ikan tu kita punya. padahal berpuluh tu bakul ikan beratur untuk disiang. hebatlah.


nak tunjuk kerang gergasi di sebelah kiri, dalam plastik. yang kanan tu saiz normal. besar kan!



dua-dua tak mandi lagi. HAHA. kejadah pergi pasar nak mandi. balik karang la mandi :P



bagi yang kurang pasti ini ikan apa, ni adalah ikan kerapu. tapi dalam gambar ni tak nampak sangat. di alam nyata, ikan kerapu adalah ikan yang ada bintik-bintik kat badan dia. ikan polka dot haha.


balik tu bersihkan ikan, potong-potong, rebus sikit untuk keju. stok seminggu.
haha


ni keju. eh. ni bontot keju. dia suka main dalam bangku purple ni. bukan kitorang aniaya dia tau :P dia yang masuk sendiri.



konon ada rumah lah tu. ko tak tahu harga rumah mahal sekarang ni, kejuuu. ahaha (duduklah ko dalam rumah bangku tu. harga pun tak mahal) lolx


huahh bestnya hujan turun pada pagi sabtu yang nyaman ini! ^^
oklah signing off. nak keluar jalan. bye!

No comments: