Friday, October 26, 2012

selamat hari raya korban


haha. simbolik sungguh letak gambar lembu pulak hari ni kan :P

this is a scheduled entry. maknanya sy dah taip awal-awal, lepas tu sy jadualkan entry ni untuk dipublish pada hari raya haji. bagus tak bagus. hahaha

sy ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!! atau raya haji. atau raya korban. mana-mana yang korang rasa selesa :) so tahun ni korang balik kampung ke tak? cuti tiga hari, beb. tu belum campur cuti rehat yang diapply. bolehlah sambut, ye tak.

tahun ni sy raya di banting dengan in laws. husband sampai sini malam semalam, ambik kat airport lepas tu shoot ke banting. tahun ni first time bapa mertuaku nak buat korban. jadi mari kita mensupport beliau. hihi. my family pulak drive ke terengganu, beraya kat sana. lepas tu turun ke negeri sembilan pulak, sebab ada pakcik bapakku nak buat korban. kira dijangka meriah la.

yoshh tahun ni sy ada baju raya haji. ikiki. nanti dah snap, sy post tepek sini.

oh oh. nak share bagi yang tak tahu. sebenarnya lembu yang kita buat korban ni, lembu itulah yang akan bawak kita esok kat akhirat masa nak meniti titian tu nanti. so kalau kita korban sebahagian lembu, kita share naik ramai-ramai la dengan orang lain. kalau slowly kita buat tahun ni sebahagian, tahun depan sebahagian dan seterusnya sampai cukup seekor, kita dapatlah seekor lembu untuk bawa kita. cool, ay? :)

till then. selamat hari raya aidiladha, semua! masak sedap-sedap, makan enak-enak dan selamat beramal ibadah!

1 comment:

Web Scents said...

Semoga kita mendapatkan petunjuk atas pengorbanan yang kita lakukan setiap sa’at sehingga kita terbimbing pada ridhoNya. Amin