memandangkan hari-hari balik rumah dari ofis asyik tidur awal je (tak sempat nak blogging sebab mengantuk), time subuh ni je la mampu nak blogging. haha
sebenarnya nak cerita perihal semalam. tapi tak pe lah. yang tu kena taip banyak-banyak.
itu kita KIV.
sekarang sila jamu mata dengan (kebanyakannya) photos makanan. koleksi makanan sepanjang minggu. termasuk minggu lepas jugak. ahaha
hidangan hari sabtu; teringin nak makan ketam goreng. gigih pergi pasar seksyen 6 bershopping itu ini. |
luckily pengambilan ketam kali ini tidak menghasilkan sebarang zits. kehehe
i call that lucky :P or i call that 'thanky ai ambik vitamin C?' lolx! *alah zits ni kalau nak keluar, dia keluar je. hampeh je kan*
takkan ketam je. kita add up sekali, semangkuk kacang buncis telur berkunyit. memang sedap yang ni. |
meal hari ahad. kerapu sam rot. |
kebetulan makcik sy datang dari KL, kita masak yang meriah-meriah sikit. haha. lagipun memang plan dah nak try masak sam rot hari ahad tu.
sam rot ni sebenarnya masak tiga rasa.. itu bahasa thai. sebab tu nampak kuahnya merah. kalau tiga rasa malay style kan kuah cair sikit, ada potongan bawang serai cili nenas semua tu. yang resipi sam rot memang macam ni. sebenarnya ada macam-macam resipi, but this time i tried this. rasa sedap la. (wani ni semua sedap. semua ditelannya. ahaha)
tapi yang kelakar tu konon nak potong butterfly, tapi tak jadi masa goreng :P tergolek dog isinya. LOL. tak pe lepas ni kita memahirkan diri dengan teknik potongan butterfly pulak. tak pun suruh orang pasar tu je potongkan. kalau dia tau.
ikan tu berkawan pulak dengan tomyam goong & gai (udang & ayam). sayur pun ada sekali. |
yang ni pun luckily tak menghasilkan sebarang zits :P
ye sebab sy tak makan udangnyaaaaa. HAHA. but still air udang dalam kuah tu masih tak berkemampuan untuk menyebabkan zits. screw you, toksik dalam udang-yang menghasilkan zits!! *tembak*
makan malam masak simple sudehh.kejadah semangat masak rendang pulak, esok nak pi kerja :P |
makcik bawak nasi lemak ke rumah kitorang, so my parents makan nasi lemak.
sy goreng sardin cili api dengan bawang. sekali dengan telur dadar as companion. wallah. sardin memang sedap!
nasi lemak mereka ;) |
isnin makan apa ye.. nak fikir kejap.
oh. isnin my mom goreng ikan. makan dengan gulai daging.
selasa sy masak tomyam lagi.. tomyam ayam & sayur sebab bahan-bahan masih ada. nanti simpan lama, rosak pulak. masak sekali dengan daging goreng kering berempah.
malam semalam buat nasi goreng ikan je sebab bahan banyak yang dah habis. makan dengan keropok keping. hahaha. hari ni tak tau dinner makan apa lagi.. my mom masak kot. (pagi lagi ni waniii dah fikir pasal dinner. PANGG!!)
ai lapar lah wehhhh.
hah ni. gambar selingan. masing-masing main samsung S3. |
samsung saman apple pulak eh.
rasakan apple. hehe :P
4 comments:
lepas apple kalah, apple pulak saman samsung. lepas samsung kalah, samsung saman apple... and the circle move on....
kan. mmg rival selama2nya tu. haha
Oits!
Apple FTW selamanya! -____-"
**tetibe**
tetiba ko ben! ahaha. ben mn ni?! ben adlizan ke??
Post a Comment