Wednesday, October 20, 2021

pakej ke sana ke sini ke sunway - day 1 : menginap di hotel sunway pyramid

assalamualaikum and hi!

16 oktober 2021 hari tu, birthday husband.
tetiba ada baucer sunway 'ke sana ke sini' yang tak sempat-sempat redeem since 2020 (lama tu! haha) disebabkan PKP.
ngam-ngam time tu dah rancang nak pergi, tetiba kes naik melantun-lantun (rasanya time PRN sabah dulu).
sunway dengan baik hatinya telah bagi extension masa sampai hujung tahun ni untuk redeem.
alhamdulillah syukurr.
jadi sebelum apa-apa di luar jangka berlaku, baiklah kita redeem laju-laju :P
i contacted sunway via e-mail untuk book date, 3 hari 2 malam seperti dalam pakej.
memang mudah berurusan dengan hotel sunway pyramid ni,
pakai e-mel pun laju je diorang reply.
untuk pakej ni, selain penginapan, ada macam-macam perks lagi (nanti cerita kat bawah).

since it's husband's birthday,
sy e-mel sekali untuk set up balloons kat bilik.
konon-konon surprise la. haha.

on 16th,
macam biasa asal birthday je, husband selalunya ada kerja. hahaa
memang takdir dia gitu :P
tahun ni pun, pagi-pagi tu dia pergi event makanan malaysia nasi ambeng macam tu.. event habis tengah hari. (16hb = hari sabtu)
so tunggu husband balik event, baru gerak pergi.

waktu check in pada 3pm, tapi bilik dah siap 2.30pm rupanya.
sy dok sibuk-sibuk kemas rumah, kemas barang, tak perasan ms. ziela from hotel sunway pyramid ada mesej.. kata dah ready.
ms. ziela ni banyak attend kitorang sepanjang kat hotel sunway pyramid. memang terbaik.
tapi sebab kemas-kemas semua, dalam 3.30pm jugak kitorang sampai hotel.


the kiddos, dengan gaya super sempoinya di lobi hotel.
kelibat hotel guests lain yang ramai, menandakan industri pelancongan malaysia kini kembali rancak, post-pandemic.


ye lah, sempadan baru buka.
selain balik kampung, orang ramai rindu kot nak pergi bercuti.
setahun lebih tak dapat bercuti.
time kitorang check in tu pun, ada ramai stewards and stewardess daripada penerbangan luar negara yang datang menginap kat hotel sunway pyramid ni.
so meriah la.
yang penting SOP tetap on
dan hanya yang lengkap 2 dos dibenarkan masuk ke hotel, mahupun ke mall.
(ye, hotel ni bersambung dengan sunway pyramid mall kat sebelah. jalan kaki dari lobi hotel, dah sampai. hahaa).


time ni tunggu husb cari parking kat basement.
sy dah settle check in.


time check in tu, sempat jumpa ms. ziela from guests relation kat kaunter reception.
dia serahkan baucer-baucer lain yang dah siap sedia termasuk dalam pakej ni.
sambil-sambil berpakat, dia kata nak datang hantar complimentary cake as a surprise (thank youuu).
selain tu, parking kitorang jugak dapat waive (free) and late check out.
kalau tak, kena bayar parking RM24 untuk 2 hari.
thank you jugak kepada ms. cherryl yang sambut di kaunter reception,
mr. tommy di lobby yang sanggup turun ke parking B6 sebab husb ai sesat ahahaa & dia tunjukkan jalan ke lif.
tq also to mr. ariff concierge yang dua kali datang bilik nak hantar beg.
1st time tak de orang katanya, sebab time tu kan husb sesat kat parking. ahahaa

memang terbaik hospitality sunway pyramid hotel ni. ai bagi minilove satuuu :)


balloons deco yang disediakan oleh pihak hotel.
happiest birthday, mi amor! aicewah.


yang terlebih happy dengan balloons ni semua of course la budak-budak ni.
tak de yang lain. haha



ni view ruang depan bilik hotel king deluxe ni.
ada smart tv, ada 1 armchair dan lampu, sekali dengan reading lights.



heyloooo. with ariana.
nampak tu sy pakai baju, seluar kaler cerah.
sebab tengah musim panas lit-lit kat luar. haha


lepas tu mesej-mesej dengan ms. ziela.
husb cakap nak keluar kejap beli air kat mall sebelah,
so kena trick sikit supaya dia tak keluar lagi. hahaa

selepas beberapa ketika, ms. ziela pun sampai di muka pintu dan personally hantar kek & kad birthday kepada husb ai.
kita ni yang tengah menyorok dalam bilik air, serta-merta menyerbu keluar sambil ambil video. hahaha





kasi snap satuu untuk kenang-kenangan.




tqsm, ms. ziela and sunway pyramid hotel!
kami sangat-sangat hargai.



upacara potong kek. anaqi dah aim siap-siap.
nampak tu sudu di tangannya :DDD


disebabkan sekarang ni musim squid game,
lagu birthday pun tukar kepada lagu 'mugunghwa kochi pieotsumnida' (red light, green light) hahaha

selamat hari lahir.
semoga Allah berkati dan rahmati.




sekarang marilah kita tour bilik air hotel pulak. hahaha



ni ruangan sink.
ada hair dryer juga, selain face towel & lapik kaki bergetah.



ini toiletries yang ada di tepi sink.
berus gigi pun ada. jadi kalau terlupa bawa berus gigi, jangan bimbang :P



tempat pancuran mandi (shower).
hotel ni tak de bath tub.
may be sebab dah ada water park semua, buat apa nak bath tub ye tak :D

 

tiga sekawan ini disediakan di sebelah shower.




toilet dipisahkan di ruang belakang shower.
tak de pili air, tapi ada air yang keluar melalui bahagian dalam mangkuk tandas dia.
caution: air laju. lolx


macam mana dengan swimming pool?
fyi swimming pool tidak disediakan di hotel sunway pyramid,
tapi boleh ke swimming pool di hotel resort and spa kat sebelah.
pernah tengok gambar poolnya, memang besar dan cantik, sesuai as pool sebuah resort.
cumanya, musim-musim post-COVID ni, pool masih ditutup.


ahhaha i call this as party packs.
bawak sendiri dari rumah untuk berpartay sempena birthday husb.
beli kat speedmart je weh. speedmart dekat dengan rumah.


lepas settle makan kek, solat semua,
kitorang pun gerak ke sunway pyramid mall kat sebelah untuk dinner.


mercu tanda sunway pyramid semestinya.. ice skate rink dia!!


buat yang pertama kali menginap di hotel sunway pyramid,
laluan ke mall adalah melalui lobi.
hang jalan luruihhhh je dari kaunter reception tu ke belakang.
kena check lengkap 2nd dose, scan mysejahtera dan suhu sebelum masuk.

memang lama tak ke sunway pyramid.
salah satu mall kegemaran ai di malaysia. haha
pernah main ice skating kat sini dengan husb dulu, zaman-zaman muda :DD

fikir punya fikir nak makan kat mana.
mula-mula tu husb kata nak makan steamboat.
tapi set steamboat macam mahal je.
yang kedai shabu2 kat sini bila call, katanya non-halal.
so kita ke johnnys je, makan ala carte. haha


birthday guy.



ai punya pad kra pow. sedap!



empat beranak lapar. HAHAHA



habis makan, singgah kedai boba 'tiger sugar' untuk redeem salah satu baucer,
iaitu dapat 2 cups of boba milk tea.

sempat pulak tu snap gambar tin milo vintage kat kedai tiger sugar ni. nice!



motif gambar ni adalah nak suruh budak-budak ni pose ala-ala berenang.
kan kat belakang tu laut. ahhahaa
korang layankan je mama korang ni.


sebelum pi makan tu,
ada nampak promo squid game series by netflix kat tengah-tengah mall.
tak sempat nak tangkap gambar sebab tengok ramai orang
and orang queue nak bergambar dengan guard squid game tu.

balik makan, terserempak lagi.
nampak macam ada kosong,
kita terus chipped in!

yang pakai baju guard tu pun kemain lawak laa dia posing.







ahahaa anaqiii :'D


then sebelum balik hotel,
singgah 7E beli air,
(seperti yang dihajati oleh husb awal-awal tadi. lolx)
ai ambik air ribena je.
tapi kat hotel, kena rembat dengan anaqi.
dia kata kenapa tak beritahu dia ada air ribena.
ya Allah, dah ekau pusing-pusing satu 7E tu, tak jumpa ke ribenanya??
hahaha

7E ni berada di kawasan luar pintu masuk sunway pyramid mall.
keluar sikit, belok kiri kat lorong tepi tu.



budak berdua bergambar dengan sphynx yang memakai mask sempena menjaga SOP.
sila contohi. ahaha


kitorang dah kepenatan jalan sana sini kat mall.
balik bilik hotel tu, rest je sambil tengok movie.
ada bawak USB movie, cucuk je kat tv.
channel tv banyak jugak.
untuk yang suka movie, ada HBO.
untuk kids, ada jugak channel. disney kot. tak ingat. hihi

nak cerita pasal pakej ke sana ke sini sunway yang sy beli ni.
time beli tu harganya RM499. harga musim PKP.
memang berbaloi-baloi, sebab bayar RM499, tapi semua ni worth RM1,599.

apa yang dapat dalam pakej ni:

1. penginapan 3 hari 2 malam di bilik king deluxe. boleh naik taraf ke bilik eksekutif dengan tambahan RM70 sahaja.
2. 4 tiket ke sunway lagoon. boleh gunakan sepanjang tempoh penginapan. (2 dewasa, 2 kanak-kanak)
3. 4 tiket ice skating
4. 2 game di futureland (main VR)
5. 2 game boling
6. 2 croissant
7. 2 boba milk tea



banyak kan!
masuk sunway lagoon je dah seratus lebih seorang.
bilik hotel je dah 3ratus lebih untuk satu malam.
jadi pada sy, pembelian pakej ni memang antara yang terbaik.

kalau nak beli sekarang, rasanya tak de dah pakej ni.
tapi ada pakej lain pulak.
boleh check out website sunway ^^

end of day 1 at sunway pyramid hotel.

nanti sambung pulak cerita day 2.
pergi ke sunway lagoon di musim-musim fasa 4 pelan pemulihan negara.

toodles!

16 oct - birthday husband

cupcakes sempena birthday

 

selamat ulangtahun ke-17 (sweet 17) buat husband, isz.

hihii

(this is a belated entry)

entry akan bersambung dengan kisah percutian sempena birthday di sunway.

tata!

home, where the heart is

assalamualaikum and hi!


 hey! my name is wani, and this is memok (tun teja)


basically, this post today is just about me and our home.

our small, cozy bathroom.


ahhaha i didn't do it on purpose, the fairy lights.
tho i really love warm, fairy lights like this.
the bathroom's light won't turn on and my fairy lights parcel delivery just arrived (i bought 5 boxes! lolx)
so i just used one of em, temporarily.
who knows a bathroom looks so light up with these lights. love them.




pigeons at our neighbourhood.
our neighbours love to feed the birds.





sometimes i went brisk walk outside.
this is one of the view i got to see.
my neighbours love planting too.
(though i hope to see more elegant landscape-ish view, lolx. but yeah, this is not putrajaya :P there are more fruit plants here than the decorative ones. but hey, more oxygens for us!




me, hoping to do more decorative plants setup. lolx
but the left plant on the photo already dried up. the other two,
are still surviving themselves outside.
i mean the weather is too hot now and some of my plants already died (dry). poor them.



this is our home too; hometown. hihi
went meeting mak and families in banting, after no more roadblocks within klang valley, few weeks ago. yay!
mak is still on iddah period (islamic term in mourning), if you guys didn't informed before this, my FIL passed away on 6 july 2021. al-Fatihah.


**and starting 11 october 2021, the roadblocks throughout malaysia are removed too. means balik kampung and holidays for everyone! (with SOPs adherence, of course).


this cute little kiddo is naim haikal. he's my awesome nephew ^^
at home, in shah alam, malaysia.



seems like naim haikal chaired a dining meeting over here :P


andd just a while ago,
after government removed all the road blocks due to COVID-19 pandemic,
my family also came to our home in dengkil:

cousies for lyfe; anaqi, tuah & ariana.. eating. haha



faliq, ain & mama :)



ain, faliq and i.



these three cousins again. lolx



us four.



with my husb, mama, myself,
anaqi, tuah and ariana. happy day!


yerp.
that's all about our home(s).
toodles!

Saturday, October 02, 2021

klang valley di fasa 3

assalamualaikum and hi! :)

yep, you heard it.
klang valley dah masuk fasa 3 PPN (pelan pemulihan negara).

means banyak kedai dah bukak,
budak-budak pun dah boleh masuk kedai, etc etc.

sy skang berada dalam situasi..
nak menangis tak dapat, ketawa je la mampu.

1. semalam pergi IOI, ariana jalan terpijak my sandal. terus putus sebelah. dan dan tu pergi BATA beli sandal baru T_Tv harga hangus: RM90++

2. dah book hotel hari ni, konon nak pergi short city vacay selepas lengkap 14 hari 2 dos. tetiba KPSU husband positif covid & letak nama husb as kontak rapat dia T_Tv. ni ntah refundable ntahkan tidak. harga hangus: RM260+. (nak claim balik kat KPSU tu ke camne?)

3. ariana dok beli robux sesuka hati pakai kad kredit ai. harga hangus: RM1.3k+ (ye korang tak silap tengok).


anggap la duit tu bukan portion kita & semoga bahagialah duit-duit di sana. ahhahaa
alhamdulillah ala kulli hal.
(sambil2 tu nak share, phrase ni sesuai disebut ketika dilanda ujian. ada nampak orang sebut untuk mengucapkan rasa syukur happy. kalau happy, just ucap alhamdulillah biasa. wallahu a'lam).

so weekend ni kita bergolek dan brisk walk kat rumah je la.

Friday, September 10, 2021

an update on september

assalamualaikum and hi! :)

entry edisi september, tapi cerita bulan ogos. haha

anywhoo, selamat hari merdeka!
merdeka, merdeka, merdeka! *nak jugak :P*

tahun ni pandemik masih melanda.
kes harian baharu dalam 20k lagi, kejap turun kejap naik.
vaksin dah semakin banyak yang ambik, syukur alhamdulillah.
anti-vacc pun ada jugak. atas diorang la tu.

oraito! mari kita update life! :D


si berempat. dari depan ke belakang; dang anum, tupai, nunu, yuki.
rasanya si tun teja dalam sangkar lagi, sebab selsema. kena asing.
diorang ni kalau dapat wet food, bahagia la tu. tak pandang kiri kanan dah :P


untuk kucing-kucing di rumah no. 1,
kitorang biasanya bagi wetfood sekali sehari.
and biasanya diberikan pada waktu pagi (atau pada waktu lain kalau pagi tak sempat).
satu kali makan untuk diorang berlima, dalam setengah tin 400g. kira 200g la kot.

sekarang campur la jugak wet food tu dengan kibbles (makanan kering),
supaya nutriennya seimbang.
kalau nak harap wetfood je, kopaklah kerajaan. haha


tun teja tengah makan wetfood campuran kibbles.
budak kecik ni membesar dengan wetfood.
sampai di rumah no. 1, kita ajar pelan2 makan sekali dengan kibbles.
alhamdulillah dah boleh la terima kibbles tu.
lagipun dia ni agak kuat makan (pelahap pun ye :P), jadi macam tak de masalah nak makan, alhamdulillah.



ni petang hari, beriadah di luar rumah je.

musim-musim pandemik ni,
tak boleh keluar jauh-jauh.

ni la nak cerita, sekarang kan tengah Pelan Pemulihan Negara.

update terkini jugak: kita dah ada PM baharu!
TS muhyiddin yasin --> DS ismail sabri (or as they call it; bapa dafi)

berbalik kepada PPN ni.. sekarang, siapa-siapa yang dah lengkap 2 dos,
after 14 days of the 2nd dose,
boleh dah makan di kedai makan, boleh dah masuk beberapa kedai yang dibuka,
pasar pun boleh,
anak-anak mereka pun boleh join masuk jugak.

tetapi sebaliknya untuk kami-kami #teamAZ #AZclanz ni.. haha
yang 'bercinta' nak menunggu 2nd dose.
fyi, vaksin bernama astra zeneca ni akan mengambil selang masa paling lama antara 1st and 2nd dose,
tidak seperti vaksin pfizer (kayangan) dan sinovac (china, cakap china :P or #KJclanz)

my next appointment, insyaAllah 12 september.
hari ni dah 7 september.
kira ok la kan. ada yang menunggu date oktober ke? silalah ye. hihi

oh, and start 10 september, sekatan jalan raya (road block) dah tamat! yiehha!
so bolehlah korang berhu-ha di jalanan.
at least for KL, putrajaya and klang valley.
kasi polis restlah pulak.


cucur sayur yum2.
resipi dia: tepung, bawang putih tumbuk/serbuk bawang putih, bawang merah, kucai, daun bawang, togeh. air. garam. serbuk kunyit sikit. yosh. goreng sampai golden.


baru-baru ni agak hype jugak menonton lego masters.
baik versi US, atau australia.
dah habis tengok sampai final dah. haha

jadi memang semangat lebih la nak buat lego tu.
maka beli la lego inspired (LARI :P) yang ala2 minecraft.
suka la budak-budak ni.. dapat 'lego' minecraft. lagi-lagi anaqi. he is so me :'D




lego ori pun ada juga.
sy beli yang classic and minifigs bawah lego city.
got it at a very good price.
plus, nak reward diri sendiri lepas bekerja keras sebelum ni.



hasil separa siap 'menara' minecraft yang anaqi buat.
cayalah, anaqi! *sep sikit*



oh, perkenalkan! ini jebat. hang jebat.
kalau nama-nama klasik ni, memang husb ai yang bagi nama.
dia geng-geng nama teja and anum la ni.
jebat is 10 months young.


dia kucing baru.
badan dia super besar.
tapi dia agak baik la.
ok je kalau kita peluk dan angkat.
kucing BSH kan biasanya kekwat :'DD
macam si yuki tu, orang angkat pun, sikit-sikit nak keluar kuku la,
menggeliat sana sini. hahaa
plus, biasa kan kalau kucing umur atas 6 bulan rehome ke rumah baharu,
dia akan murung, tak nak makan berhari-hari la macam tu (just because cats have emotions.. macam manusia la)
tapi si jebat ni, walaupun hari pertama tak berapa nak makan,
dia tetap makan dan minum jugak.
pee and poo dia besar gedabak ok. sesuai dengan saiz dia.
tapi bau pee diaaa fuhhh hancing sangat, walaupun dah dalam pasir.
jadi memang kena rajin-rajin scoop.


gambar bukti pergi berjogging/berjalan di sekitar kawasan rumah. lolx


kalau ikutkan kemalasan diri sendiri,
jarang sekali nak keluar jog macam ni.
jadi paksakan diri jugak, masuk virtual run dengan count steps semua tu.
walaupun suam-suam kuku je, kena la masuk untuk pergi bersenam.
sampai tercabut tapak kasut tu, tahu :'DD


muka bangga berjogging. ahhahaa



penyokong di sisi tatkala ai berjogging.
terima kasih, cintaku. aicewah.



anaqi dok buat skuter pulak dengan lego classic. kudos, anaqi! terrerlah awak.



siap dah. sebab tak boleh berdiri dengan sendiri, kita sendal dengan brick lego sebiji. haha



orang-orangan lego.
awat lego ni mahal sungguh.
segerombolan orang macam ni, dah makan harga seratus lebih.
demi minat, kuturutkan jua :P



ye, anaqi yang buat semua ni. rajin kan dia :DD


dan marilah kita mengenang si tupai dengan gambar-gambar beliau!


tupai tengah pejam mata.



tupai tengah beramah mesra dengan yuki.



tupai di samping pinggan-pinggan wet food yang tersusun indah. bahaha



wani e sedang berjalan-jalan dekat area PoJ untuk breakfast hunting.



yuki yang suka duduk atas bumbung.



dia memang suka berjalan and duduk atas bumbung ni.. tak tau kenapa.



merdeka spirit sungguh la. haha. ariana and her mom (me).



andd last but not least.
untuk penggambaran merdeka.


dahhh. tamatlah sudah update kali ni.

bertemu lagi di update akan datang, insyaAllah.

ciao cin cau!