Thursday, March 16, 2023

trip ke cameron highlands 2023 - day 2 (sheep sanctuary, lavender garden, s corner strawberi murah sedap)

assalamualaikum and hi! :)

hari ni birthday mama ai. happy birthday, ma!! 🎈🎁🎂 moga dalam rahmat Allah selalu ^^

ok kita sambung cerita cameron highlands haritu.
kan kitorang stay kat hotel copthorne.
pagi2 tu pergi coffee house hotel, nak breakfast.
sekali dia kata, breakfast kitorang ni kat cafe lagi satu.. 18 celcius cafe.
tapi kat sana tak de buffet, ada ala carte. order je pilihan sama ada nak nasi lemak, western, mac n cheese atau healthy plate. 4 tu la choice. hahaaa
kalau nak makan buffet kat coffee house, kena tambah RM7 seorang.
maka kitorang pun.. "alah, ambik ala carte ni je. sedap jugak." selepas ai dok pusing tengok apa ada dalam tray-tray buffet. hihi


tu diaaa birthday girl kita. tapi time ni belum birthday lagi la. ni kan entry throwback percutian gitu. haha



fyi si danial anaqi ni baru lepas jahit dagu ye pada 6 mac (isnin). ni 9 mac (khamis). steady je.
dia jatuh main dengan kakaknya.



gambar kitorang sesambil tunggu makanan sampai. kafe ni bukak jam 8.
kitorang memang seminit sebelum 8 dah tercongok depan tu.. sebab awal-awal dah jengah coffee house, tapi tak dapat makan kat situ 😂



nin diaa. eh sedap ok. baik ambik ala carte ni, memang sedap and dihidangkan panas-panas.



sy ambik set western ni atau orang panggil american breakfast.
sy suka breakfast gini. ada scramble egg, hash brown dengan cendawan tu.



mac n cheese untuk banano (ariana). haha. sy rasa sedap. tapi ariana dok kata banyak bawang. dia kan tak suka bawang. bawang le sedap, hoi!



nasi lemak dengan ayam goreng. ni sy tak rasa. plate milik hjh zakiah (mama) and isz (husb). sy mana makan sambal naslem lain. sambal masakan sendiri je makan. mengada bethol 🤣



air ni tak de dalam set. order sendiri je tambah RM5, sebab dah order set makanan tadi.
kalau tak, belas-belas jugak harganya. sekali, dibaginya seteko gini. 3, 4 orang pun boleh minum.
teh lemon madu. sedap sangat wehhhhh.



nak kata sedap sangat tu, siap ambik gambar air.




lepas settle makan, naik bilik balik tukar baju dengan tudung.
siap-siap untuk keluar!



gini la pagi di cameron, hari khamis. trafik ok la.
jalan kat kea farm ni je kereta berderet sebab nak masuk parking.



singgah jap pasar agro beli barang2an.



time ni baru keluar kereta. bergambar girls only.



anaqi. kuruih kaki. haha



buat kesekian kalinya, pergi sheep sanctuary. berdua je dengan anaqi.
dia memang suka gi sini. orang lain dah tak larat nak pergi. hahaa
so yang lain-lain pi bershopping kat kea dulu, sementara kitorang masuk dalam.



bahagiaaaa pergi sheep sanctuary tak ramai orang. bahagiaaaa. ekekee



hahaa masuk2 dah kena sodok 🤣



biri-biri ni semua tengah kebulur. haha



kitorang masuk 2 orang, tapi dapat 1 kotak je. dulu tak silap sorang sekotak.



comel kambing belakang ni. bulat-bulat.



pandai posing pulak tu 🤣



betapa relaxnya bebiri sebab tak ramai orang HAHA siap duduk lunjur kaki lagi.



ni pulak area kandang kambing biri-biri. semua pun tengah relax.
belah kanan tu ada jual daun untuk bagi kambing makan. RM4 seikat. beli 2 ikat.
sebab kotak kecik makanan kambing tu mana la cukup.



betul tips ai share dengan orang ramai sebelum ni,
kalau nak bergambar, minta tolong anak2 muda ambilkan.
ni haa kemain lonjong kaki kitorang. ahahaha



pet sikit biri ni. rasa macam bulu karpet.



anaqi pun dok bagi la makanan kat depa. dia kegelian tengok bebiri kencing and berak sambil jalan. tapi pekerja kat sini pantas la, terus je sapu tetahi yang jatuh. part air kencing tu je la kena tengok2 sikit, jangan pijak pulak.



ni sekor lagi kambing pandai berposing. haha. ni siap ada tanduk, tapi tanduk dia dah potong sikit kot hujung tu.. jadi tumpul la. may be tak nak bagi bahaya kat pengunjung.



last sekali redeem kupon, dapat diskaun seringgit.
ais krim RM7 jadi RM6. padahal rasanya kat luar macam sama je harga tu. kihkih
anaqi pilih ais krim vanilla.


dah puas hati lepak-lepak kat sheep sanctuary,
kitorang keluar balik cari ahli keluarga lain.
sambung shopping area kea farm, pasar agro tu semua.

beli la souvenir comel-comel kat sini.



budak-budak AAs ni pun rambang mata dok beli punya la banyak huggy wuggy (sejenis mainan anak patung berbentuk muka monster).



sy aim dok cari bendalah ni.. gelang manik. sy suka gelang/bracelet.
tahun lepas harga RM10, tahun ni naik RM13. over betul tau korang ni menjual. setahun sampai naik RM3. ni bukannya telur atau ayam. naik2 harga. aiyoh *tapi beli jugak 🤣*


lepas tu kitorang gerak 'ke atas' untuk ke lavender garden.
lavender garden ni masuk kena bayar.
RM20 dewasa, RM10 kanak-kanak.
tapi memang nak pergi pun sebab tak pernah masuk.
so bayar je la. sekali-sekala.

kitorang parking tepi jalan, sebab kat area parking ni nampak macam dah penuh.
 


gambar with my mama! lebiu, mama!



babahnya lah jadi photog. hihi



dok bergambar sana sini. korang readers bertabahlah tengok spam gambar ni. hahaha *tak nak tengok boleh skip je. apa ada hal* 🤭



basically bila masuk lavender garden, kita akan disambut oleh 'selautan' bunga-bungaan, dimulai dengan bunga lavender yang berwarna purple. ni bunga lain pulak.



hah tu yang bertenggek berdua kat bahu anaqi tu la huggy wuggy.
time ni dia baru beli 2. tapi tunggu la.. entry hari esok. dia rembat lagi beli banyak-banyak.
pelbagai warna ye. ai is pening hahaa *tak pe la asalkan ko bahagia, nak*



anak beranak muka sama. ye ke? hahaa. iyeee.
ariana atas bawah stroberi.



kat lavender garden ni banyak port bergambar ye.
pilih je yang mana.



ada juga love locks ni. tak ingat la harga.. RM8 ke RM9 gitu.
boleh tulis nama, mematrikan cinta hati korang kat daun-daun ni and kuncikan kat pagar.
dah merimbun pagarnya. kitorang tak beli. baca je. ada yang tulis nama sendiri 'hensem' kat situ hahaha. gituh.



ni baru hensem. tak yah tulis kat daun. ekkkekeke 😸



ni tak berapa nak hensem, tapi acah-acah kawaii nak kena pangg! 🤣
btw laluan ni cantik, ada pagar berdaun. kalau tak de manusia-manusia kat background tu lagi cantik kot. hahahaaa



berguna la jugak bawak tripod murahan ku. haha
tapi tripod ni pendek, dapat la hasil gambar begini.
alah jadilah daripada tak de. nasib baik kitorang gorgeous.
gambar senget pun tetap gorgeous. kahh *head desk*



tripod berjasa jugak digunakan semasa ferfeeling tepi jambatan mini.



..jugak semasa ferfeeling kat lokasi winter sonata 🤣



ada buaian jugak. kalau ai naik ni, mau runtuh. jadi biarlah budak-budak je naik.



cukup suka bunga-bunga gini as background yang full.
kena cari angle bagi nampak ada bunga je, tak de batang. hihhi



one with my mama.



isz pun nak jadi mat taman kejap. haha. ai la yang cadangkan dia dok tengah-tengah gini. konon dilatari oleh bunga-bungaan. 🌸🌸🌸



amboih kemain. mat2 salleh sebelum tu dok bergambar bagai kat sini,
korang berdua pun sama naik ye! ni elok simpan leklok gambar ni.
time budak berdua ni gaduh, tunjuk balik gambarnya. "suatu masa dulu korang amat kamceng..." 😂



serius macam-macam lokasi 'hotspot' (bukan hotpot) bergambar ada sini.
Malaysia jugalah pujaan hati kami.



brazil pun diorang nak jugakkk. pencinta bola sepak la katakan.



lepas tu ada jugak port bergambar ala-ala menara istana ni.
bolehlah rasa-rasa seperti di alam fairytale.



daughtah and mamah. aicehh.



asal nampak bunga je, nak bergambar! habis filem 🤣



burung apakah berkepak turun ke dunia iniii hihhii



ni saja suh dia pose pandang atas. kekonon nak terbang naik la. haha



kitorang ni xbanyak sangat gambar cringy2. maka. hahahaha



paneh sobonanya. tu yg menyepet je masing2.



ai-rasa-gambar-ni-cantik (sebab tukang tangkap dia terrer kot. fuahaha~ *petir* 🤣



bunga hydrangea. oo gini rupanya bentuk dia tumbuh, seketul2 macam kobis. comel je. 



habis berposing kat lavender garden, 'turun' ke bawah balik.
jem yeee nak turun je pun around waktu 1-2 petang gitu.
jem sebab sebelum sampai hotel copthorne tu.. area tringkap kot.. ada simpang dari mossy forest and ladang teh. lepas tu bersambung jem ke kea. meleret-leret sampai ke kampung taman sedia. hambikk.
tertido dalam kereta. kesian dreba 🤭



on the way ke kampung taman sedia, singgah s'corner. sini kalau nak beli strawberi and pineberi, orang kata murah la sikit.



ni ha. pineberi RM25 sekotak. tapi acik chinese yang jual tu kasi beli bekas kecik untuk test rasa. RM12 je sebekas. dia tolong basuhkan sekali kalau nak makan terus.
dia pesan kalau tak nak makan terus, jangan basuh air. nanti buah tak elok.



buah sini besar-besar and cantik-cantik. besar gini kalau tempat lain, RM30.
so boleh beli sini. gred AAA besar gini. manis pulak tu.
tapi kalau nak saiz sedang-sedang dan murah, boleh beli kat kampung taman sedia. banyak jual tepi jalan. atau kedai macam KHM.



ok sambung layan jem lepas membeli kat s'corner. turun ke kampung taman sedia...



bersambhong! 🍓🍓🍓

No comments: