assalamualaikum and heyy! :)
hokehh final entry of CH trip!
last day atau hari ketiga bercuti di cameron highlands.
biasanya hari last ni kita kemas-kemas,
beli baki2 barang yang belum sempat beli
dan makan-makan aje.
so bangun pagi-pagi tu nampak view yang cantik:
masyaAllah. tapi tetiba kat tengah-tengah bukit tu ada batas-batas sayur pulak tetiba. haha |
kali ni ada healthy plate ye. hihii. buah, keju, yoghurt, salad, telur rebus. memang bethol healthy ni. |
naslem repeat oleh babahnya. |
ai repeat lagi american breakfast. makan ni kenyang wehh. |
kitorang pun check out dan terus ke kea.
malas nak parking kat agro sebab nampak jem je pagi-pagi jumaat.
parking biasa kat sebelah deretan kedai tu pulak dah tutup,
macam ada construction nak bukak hotel baru ke apantah.
kitorang pusing ke belakang kea tu.. ada parking turun bawah.
so keluar ikut kea garden guest house dengan mnini chalet.
chalet dia betul-betul 'mini' ye.
orang kata dalam tu ada la tilam seketui, ngam-ngam tidur je haha.
comel sangat ni. haha |
kea garden guest house di belakang. macam ada taman mini dan arca-arca macam ni. cute la. |
sapa-sapa dok sini senang kot nak bershopping. dekat kalau nak bawa balik hasil buruan. haha. cuma jenuh nak naik turun bukit dan tangga la. |
ke pasar agro sekali lagi. |
huggy wuggy kegemaran AAs. diborongnya HW kali ni. |
jagung pun banyak. kami beli jagung susu.. sebab ternyata lebih manis daripada jagung mutiara. |
strobs pun ada. tapi nak beli kat s'corner je nanti. |
bunga.. banyak baby's breath macam ni. |
deretan jagung rebus dan jagung bakar. |
hasil pembelian. HAHAHA |
trying this purple corn. tak la manis mana. kaler dia di luar purple tau, tapi bila gigit, dalam tu kuning. |
ingat nak ke KHM makan char kwey teow sedap.
sampai-sampai, habis pulakkk.
orang dah start ramai kan hari jumaat cuti sekolah.
so kitorang g makan kat kedai seberang jalan berdepan dengan KHM.
situ ada jual goreng-goreng. malam ada steamboat.
6 ketul skon harga RM20. ni yang ada perisa. tak de perisa harga RM10 je. tapi tak sama dengan opah punya la. |
bergambar sementara tunggu makanan yang diorder. |
ada macam tempat duduk berpondok kecik macam ni. nice kan. |
mama order nasi putih dengan daging goreng kunyit. dapp. |
mine.. kwey teow goreng. dapp jugak. |
balik tu singgah s'corner beli strawberi buat makan sendiri. merah, RM30. putih (pineberi), RM25. murah and sedap. |
tips makan.. pilih straberi yang merah gelap. dan pineberi putih merah (instead of hijau merah). insyaAllah lebih manis. |
lepas tu kitorang balik shah alam hantar mama,
pi seksyen 18 ambik memok (our cat),
and headed back to our home. pukul 12 tengah malam kot baru sampai bahahaa
[end!]
No comments:
Post a Comment