Wednesday, March 15, 2023

trip ke cameron highlands 2023 - day 1

assalamualaikum and hi!

yoshh cuti sekolah menjelma lagi! (18 feb - 19 mac)
lama jugak tu kan.
so cuti kali ni kita repeat pi cameron highlands, sebab mama ai suka pi sana hahah

kitorang ke CH 8-10 mac (rabu-jumaat).
tak pernah lagi pi CH hari rabu hahaha.
ni semua sebab nak elak jem menggila cuti sekolah.

jadinya betul la tu, jalan tak berapa jem dan nak naik atas pun clear je alhamdulillah.

ni bukan jem, ni namanya dok beratur belakang bas. HAHA



pemandangan di seat belakang. anaqi layan tidur. nak muntah katanya.
asal naik keta je nak muntah. lolx



disebabkan tak ramai orang, kali ni kita singgah tengok view ladang teh kat cameron valley no. 2.



singgah untuk bergambar je, tak de makan2 skon or anything. konon lepas ni nak gi makan kat opah strawberry. sekali opah tutup pukul 4 daaa. kitorang sampai dah rembang petang. hahaa



ariana dan nek yah.



babahnya and mamanya.



disebabkan opah tutup, restoran ceria maju cameron highlands yang sedap kat kampung taman sedia pun dah tutup terus sebab tukang masak balik siam, kitorang pun meneruskan perjalanan mencari alternatif seterusnya.



cangg! maka sampailah ke port nik ikan bakar tomyam 1. ada kedai dia no 2 kat centrum.. kedai baru. tapi kitorang biasa ke sini. so ke sinilah kita.



ni lauk pauknya. haritu most lauk masin sangat and air manis sangat. aduiyai.
tukang masak baru kah.



layankan je makanan masin ni semua hahaa. masih tersenyum depan kamera ðŸ¤£


lepas makan2 tu, singgah kea farm kejap.
ada a few kedai masih buka dekat-dekat pukul 6 petang.
tapi kebanyakan dah start tutup.

just beli sayur goreng ubi rebus macam tu.

lepas tu pi check in hotel.

kali ni kitorang menginap di hotel copthorne, cameron highlands.


ambik dua bilik triple. agak luas la biliknya. selesa nak bergerak.
macam biasa, tak de aircond. tapi dah cukup sejuk, berkelubung berstoking bagai. lolx



lemari nyangkut baju dan tempat masak air.



tandas tak de bath tub, ada shower je tapi ok.
air panas keluar pantas tuntas. haha



barang2 dalam toilet. patut bilik triple bagi tiga set la kan.
second day pun dia bagi 2 je towel.



ada je peminat nak enterframe. hahah



view daripada balkoni.


setakat stay kat copthorne, ok la.
location wise, dekat dengan kea farm, jadi tak payah hadap jem teruk nak mendaki bila pagi2 tu. terus je ke kea.
depan2 tu ada kedai2.
dekat jugak dengan nova kalau nak ke mall beli barang.

so next visit boleh la repeat copthorne. insyaAllah.

ok habis cerita hari pertama. sambung di entry seterusnya!

No comments: