Friday, March 17, 2023

trip ke cameron highlands 2023 - day 2 (opah strawberries, m cafe steamboat & grill)

assalamualaikum. heyyoo! 🍓
bersiaran lagi kita (throwback) di cameron highlands. hohoo

macam biasa, kat cameron ni kita akan pergi ke tempat-tempat baru dan jugak tempat-tempat 'wajib'.

one of tempat wajibs adalah opah strawberries & jams kat kampung taman sedia.
skang diorang kata tutup pukul 4 petang.
so sila la ke sana awal sikit.

time kitorang sampai kat opah, around 2pm sebab dok ngadap jem 'turun' ke bawah, dari lavender.
tu hari khamis tau. kalau hari jumaat nak dekat weekend, tak tau la camne tahap jem.

disebabkan jenuh mengadap jem, kitorang pun nak pergi makan JEM 🍓 sebenar. hahaha 

hahh sampai dah. parking penuh, so parking tempat biasa kat marina homestay. bayar le RM5. apa kao ingat semua percuma di dunia ini, wani??! ekkeke.



nahh ni a yang kita cari-cari. skon sedap!! 😍


opah ni pada sy skon dia terpaling sedap kat cameron.
kalau kategori skon berperisa la.
rasa dia ngam, sedap di tekak.
tempat lain rasa plain atau rasa baking soda. ayahman pun ok.
cuma ada a few tempat lain lagi tak pergi rasa lagi. macam abang strawberry dengan aidilbadri.
yang tu next time nak try lah.

btw kalau korang tengok gambar skon/scones kat atas ni,
ada macam-macam flavour macam lemon (fave!), butterscotch (fave!), red velvet, rainbow cheese, cheese, coffee, matcha tak de sold out kot, strawberry pun ada.


dalam tu area baking. pekerja-pekerja opah tengah buat skon. bolehlah tengok kalau nak.
nak order skon, pi je kat kaunter (bukan kat house of scones, tapi kaunter utama dia). ambik resit and tunggu turn korang ambik skon. sistem dia memang dah bersambung dengan rumah skon ni. hihi



nak order makanan pun pakai QR code atas meja. scan, order & nak bayar sesiap online pun boleh.
kalau tak, bayar kat kaunter.



rombongan kali ni. berlima.



my plate. ambik plate kanak-kanak je, cukup untuk portion sy.
tambah sepiring sambal strawberi, sebab plate kanak-kanak tak de sambal.
untung lagi gini.. sambal strawberi dia melambak. RM4 kot harga. (tak check, sebab husb order n bayar. rasanya RM4 last time. kalau naik harga, ampunn ye. hihi)


sebelum ni kan sy ada kata tak makan sambal nasi lemak lain.
lupa pulak ai makan sambal strawberi opah ni. excluded. haha


skon ambik 2 je, sebab nasi lemak pun dah cukup mengenyangkan. ni skon butterscotch and satu lagi lemon. kongsi beramai-ramai. dia bagi fresh cream dengan jem 🍓. tapi kalau tapau/bungkus, krim tu digantikan dengan butter cap buttercup. ye la, krim mana tahan lama nak tapau.



bukti hadir 🤣



ni kat satu lagi kedai deret-deret opah.. tapi lupa la pulak nak snap nama kedai.
kemain landing lagi korang kat strawberi tu ye.
anaqi sejuk, tak bawak baju, pakai baju sejuk kakaknya. gedebo beso.



makan lagiii. test-test rasa skon kedai ni pulak. husb beli. kitorang tumpang. kehkeh.


settle makan, gerak 'naik' balik ke hotel.

singgah casa de la rosa tumpang toitoi.
sebab menganggarkan jem nak naik atas.
singgah bergambar sekali, sebab cantik hotelnya.


jagung! 🌽😁



betul dah tu jem. waktu-waktu ni orang naik nak check in hotel, pergi kea semua.



sampai-sampai, lepak hotel dulu. view menenangkan dari balkoni.


hajatnya nak cari port dekat-dekat, makan steamboat malam tu.
sebab kebanyakan restoran steamboat belah tanah rata, so malas nak turun bawah sangat.
dok search sana sini, tetiba timbul iklan restoran M cafe steamboat and grill.
so apa lagiiii.

ikutkan kalau tak jumpa, nak makan kat puncak cafe dekat-dekat hotel copthorne tu je.
tapi Allah rezekikan ke M cafe kali ni. bolehlah try tempat steamboat baru.

sampai-sampai je owner ajak bergambar.
memang diorang akan ajak customers bergambar dulu, sebagai salah satu promosi kot. since kedai ni baru lagi. so sy pun promote jugaklah ni.. haha


lokasi restoran adalah di area-area nak ke smurf's inn.
search je M cafe steamboat, insyaAllah ada.
dia dalam kawasan tempat makan besar macam food court terbuka.
tapi bukan food court. korang jalan depan sikit dalam area food court tu,
nanti jumpa dengan M cafe ni kat hujung.
trademark dia adalah lampu-lampu kecik and port yang instagrammable.



pada harga harga masih ok, iaitu
RM40 dewasa, RM25 kanak-kanak dan RM35 warga emas.
+RM10 kalau nak sebekas cheese.
+RM10 kalau nak satu lagi hotpot.

tempat lain mostly harga RM35. tapi RM40 ok sangat dah kot, ada macam-macam jugak makanannya.
and tempat pun tenang, besar, tak sesak.

sampai kat area dessert dulu.



mesin popcorn, mesin ais krim semua ada. (mesin ais krim belah sana, tak de dalam gambar)



mama tengah ambik ayam & daging.



banyak jugaklah jenis perapan dia. rasanya ada black pepper, spicy, sate, korean, ntah apa lagi tak sure HAHAA. sebab tak de tanda nama. may be sebab kedai baru. harap nanti diorang letak labelling lepas ni. kalau tak tu, dok tenung-tenung mana satu daging lembu, mana satu kamben 😆



ni area seafood. macam-macam ada. tu yang kata RM40 sekepala agak berbaloi jugak la.
dari segi fresh tak fresh, campur-campur. at least for ketam, sebab sy ambik ketam. lain sy tak makan sangat. scallop fresh. so korang pilih la yang terbaik. tapi ok je.



stesen bubur. sy ambik bubur lambuk je. verdict, boleh ditambah baik. tekstur masih terasa nasi-nasinya dan kurang berperisa. tapi may be memang gitu untuk compliment dengan lauk-lauk lain kot. sama macam nasi goreng, mi goreng dan mi hun goreng. boleh 'up' sikit lagi. pandangan personal tanpa prejudis. untuk penambahbaikan.



bahagian sayur mayur dan dipping sauce. ada juga nugget dan sosej untuk anak-anak. sos dipping ada banyak pilihan. sedap-sedap insyaAllah. at least yang sy ambik la. sy ambik sos macam thai tu.. yang style danok gitu. sos cheese pun ada buat penggemar cheese.



seafood tadi.



time ni kitorang ambik 2 pots. senang sikit nak memasak.



nek yah and banano.



time ni minta tolong pekerja dia sebab dapur macam tak panas. habis gas kot.
dengan pantasnya beliau mengambil tindakan.


lepas dah kenyang-kenyang tu, bolehlah kita bergambar sekejap hihi


banyak port untuk bergambar. cantik tempat ni malam-malam.



ni salah satu contoh bergambar dalam kegelapan malam, disinari lampu-lampu. hahaa



kiddos.



suasana M cafe.

 

maka kitorang pun baliklah ke hotel kekenyangan. alhamdulillah.

bersambunggg bung bunggg 🤩🦀

No comments: