Thursday, December 15, 2022

jalan-jalan sungai petani

assalamualaikum and hi! :)

diri sendiri ni biasanya jarang2 sekali ke 2 kawasan dalam malaysia iaitu;
johor and utagha.
sebabnya kitorang tak de kampung atau sedara mara kat area tu.
kalau pergi pun, boleh jadi atas alasan melancong je. bahaha

tapi baru-baru ni, kitorang buat trip ke sungai petani, kedah.
sebab nak attend kenduri kahwin sahabat to my husb.

asal-usul cerita, tak plan pun nak ikut beliau.
sebab katanya dah plan dengan kawannya nak pi sana. plus, kenduri tu hari isnin *ai keje u ols. selangor je la cuti umum hihi*

tapi lepas tu kawan husb tak dapat follow.
memikirkan husb kang sorang2 drive jauh, me and the kids pun meneman la beliau ke sana.
last minute apply cuti hari isnin. nasib bos ok kan aje.


on the way tu, tau2 dah sampai menara eiffel malaysia. haha



sapa2 nk ferfeeling lovey dovey, bolehlah snap gambar kat sini. HAHA


perjalanan pada hari ahad tu agak clear.
sampai2 sana je, husb nak g makan nasi kandaq.
tanya la kat kawan dia hasan, kedai mana yang best.

hasan kata ada sau restoran ni memang famous la kat sungai petani,
namanya hussain nasi kandar. so let's lah.


memang menarik. banyak gile menu. puyuh pun adaaa. queue pun panjang sampai keluaq. haha


bila baca papan iklan gergasi restoran ni kat luar,
baru tau yang hussain nasi kandar ni terkenal dengan ayam bawangnya. hehhehee


kedainya bersih dan makanan dalam tray sentiasa di top up dengan garnish macam bawang goreng, dedaunan dan kekacang.


jangan tanya harga berapa, sebab husb yang bayar. lolx
kita pun ambiklah ayam goreng bawang dia. memang surrr weh.
nampak pulak peria goreng dia mengancam semacam, hah, ai ambik jugak. hihi

tapi this time sy tak makan nasi, sebab kenyang lagi. makan lauk je.


ni ha pinggan2 kitorang.



sy punya ayam goreng bawang dengan peria goreng. sedap gile weh.
tak tau nak cakap macam mana sedap dia. masyaAllah, super sedappppp.



plate husband banyak tulur. haha
telur ayam, telur ikan, telur sotong.



AAs pun kita bagi ayam bawang. tapi ayam ni pedas sikit rupanya.
berdesit2 lidah dak2 makan. haha



lepas makan tu, bergambar dengan burung2 merpati kat luar kedai.


lepas semua orang dah kenyang, kita gerak la ke tempat penginapan.
kali ni kitorang stay di hotel jerai.
yang ni stay for free, tajaan family hasan *tenkiu!*
katanya ada tetamu yang patutnya dok situ tapi tak dapat hadir.
kira rezeki kamilah. alhamdulillah.


ginilah biliknya. ada 2 katil.



ada basic stuff macam dressing table, kerusi, terendak lampu *lolx semua ai nak explain ka :P* dan tv.


wifi tak berapa kuat, so most of the time pakai data telefon je wehh.

tv pulak ada 3 channel je. bahaha. yang sy ingat, salah satu tu rtm. lepas tu ada la channel bola (piala dunia). ingatkan nak la tengok Netflix ke apa, tapi wifi tak ok. nak tengok tv, tv pulak ada 3 channel je *yang langsung tak menarik*. hahahaa


mini bar, iron semua ada.



ni pulak bilik air dia. sabun2 disediakan, tapi biasanya kitorang akan bawak sabun dan syampu sendiri.


esoknya time breakfast,
ada sekumpulan group ni chinese and indian kot,
nak check out pagi. sebab nampak beg bersusun2 banyak kat lobi.
so bayangkan pukul 7.30 pagi tu dah penuh semua meja kat coffee house. lolx

menggagau kitorang carik meja.
dah dapat meja, cari makanan pulak.
makanan dia tak la banyak sangat, bolehlah.
rasa pun ok2 je tak la super sedap.
disebabkan itu, tidaklah sy snap apa2 gambar dek kerana foodie ini agak kecewa dengan makanan yang dihidangkan ahahaa

ye la, nak gi makan bubur. bukak2 tutup periuk, sup rupanya. untuk kwey teow sup yang kwey teow dia pun tinggal cebisan2 je di dalam mangkuk *understood may be sebab ramai sangat guests pagi tu serbu serentak*

nak order omelette (telur), chef kebizian mula2 tu. tak de staff kat station telur.
ai tunggu le jugak. chef tu dok biar dapur dia terbukak, sampai staff situ tegur dia pi mana and kenapa biarkan dapur on je tak de orang. bahaya la kot kan *tapi diorang pakai api infra red aje*

lepas tu kan biasanya omelette ada bahan2 macam bawang, cheese, pepper tu semua.
time tu, ada la tinggal 4, 5 cebisan sosej dalam mangkuk bahan2 dia.
chef tu tak top up pun and pakai je apa yang ada ye.
next telur dia goreng lagi la, tak de bahan apa and kosong je.

ended up rasa telur omelette tu, bland (rasa kosong) habis.
tu yang nak pi makan bubur pulak untuk mengubati ketakpuasan hati makan telur bland HAHA
tapi rupanya bubur nasi pun tak deee *tak tau nak nangis ke nak gelak*


ni lah gambar keesokan harinya ketika ke kenduri kahwin hasan & najwa, kat hotel yang sama jugak.





the newlyweds. congrats, hasan dan najwa!



bergambar dengan pasangan pengantin baharu.
sebelum ni pernah jumpa dengan diorang kat genting dan kat wedding di side najwa.
sy suka couple ni, sebab gabungan nama diorang = nama sy. bahaha



lepas tu kitorang pun gerak la balik rumah.
ni saja snap nak tunjukkan kekamcengan AAs walaupun most of the time diorang ni selalu gaduh je. haha






gambar2 di bawah ni adalah bukti jalan jem gile2.
kitorang menempuh 11 jam perjalanan dari kedah ke selangor ye. hahaha

first time jem dari utagha macam ni.
may be sebab cuti sekolah and isnin tu pun selangor cuti am.
so mana2 yang balik utagha on saturday, balik semula ke selangor on monday. BERJEMAAH.

jem melekat rapat, tak de tanda2 nak surut. haha







kitorang sampai rumah around 1am.
lepas kemas2 semua, dapatlah tidur sekitar jam 2am. gile tak gile. hahaa

oklah tu je kisah kami ke sungai petani.

again, happy wedding's day to hasan and najwa.
semoga berbahagia sampai ke syurgaaa.

No comments: