assalamualaikum and hi! :)
wuhh tak sangka hari ni dah 30 disember and tak lama lagi nak masuk new year.
tahun makin bertambah, kita makin menua dan begitu jugaklah usia dunia.
apapun persiapan ke negeri abadi jangan dilupa, seiring dengan peningkatan usia dan tahun kita.
done reminder. wihhihi
so!
entry ni KHUSUSS untuk mengimbau momen2 hebakk sepanjang tahun 2022.
siap dengan gambar lagi tau!
kita mulakan!! 👏🏻🤩
hahhaa ni lah dia keadaan rumah kitorang selepas banjir tahun 2021. simplisiti to the core gitu. gambar ni ditangkap pada 3 jan 2022. |
walaupun rumah ala2 virgin ghopenya, Allah bagi kitorang holiday free. hihhi. thank you, Allah. ni time duduk di tamu hotel, ikut husband outstation. bilik suite mengadap view KL yang cantik. |
lepas sofa illek, sy beli beanbags berempat ni. saiz gergasi. husband kata penuh ruang tamu HAHAA |
birthday mak bedah (ibu mertuaku) pada 27 jan. HB, mak! lebiuu! (HB tu bukan high blood tau). makan-makan di banting. |
majlis birthday pertama naim haikal (anak sedaraku) pada 6 feb 2022 di kediaman mama, shah alam. HB, naim! (HB tu bukan hotel bajet) |
me on top of dorsett KL dengan view kubah istana negara. bila nampak kubah IN tu, tau la yang gwe sedang bertugas ye anak2. tahun ni hari pingat buat pada 7-8 feb, sebab ada CNY awal feb. |
celebrating a wedding anniversary. ourslah, sape lagi. takkan nak nyambut anniv jiran sebelah. bahaha. |
kejadian pokok tumbang di sana sini akibat ribut pada 21 feb. depan tadika/pusat transit AAs. |
legoland trip dengan family faliq, 27 feb 2022. first time ai sampai legoland. hujan renyai2 hari tu. |
lepak genting pada 4 mac dengan family in laws. ni rombongan kenduri kahwin cousin kepada husband di pahang (5 mac). |
balik daripada kenduri kahwin kat pahang 5 mac, kitorang singgah le colmar tropicale bukit tinggi sekejap. beza bethol cuaca dulu and skang. colmar dah tak sesejuk dulu. |
tahun 2022 jugak AAs start kelas swimming. tapi sangkut di tengah jalan time cuti raya. sampai skang tak sambung2. cc: babahnya 🤣 |
6 mac pi ambik vaksin booster. lepas 2021 (tahun gemilang covid), kesihatan chestku tak sama sihat macam dulu. mujur survive sampai la ni, alhamdulillah. |
innalillah. 9 mac, tokki ku kembali menghadap Allah azzawajalla. balik kampung di felda jerangau. |
gambar dengan tokyam time balik kampung tu. |
sebagai nota, jebat jugak dah meninggal tahun 2022 (dalam hujung bulan oktober kot).
sebab sakit. ai suspek kecacingan atau batu karang. you will be missed, jebat. (but not ur big poop. ihhihi)
gambar jebat paling latest dalam phone sy, bertarikh 12 julai. |
9 april 2022, sambutan birthdays anak2 sedara kat banting. dah lost count sebab sy tak pandai mengira😆. yang penting ada birthdays dan makan2. hahah |
ramadan punya vibe memang best. sampai bila2 pun pada sy best. |
raya aidilfitri tahun ni jatuh pada 2 mei 2022. husband and i, depan sejid. tahun ni raya kat banting dulu. |
lepas beraya kat banting, kita ke terengganu pulak. dengan tok kesayangan ai. ni je la tok yang tinggal. huhuu |
open house di sana dan di sini sepanjang bulan mei. sila baca mesin penimbang anda secara berkala 😆 |
lawatan raya sedara mara. ni kat kampung sri kendong, tampin, kampung arwah abah den. with our beloved mak lang. |
jamuan raya PPTD pun kitorang pergi jugak kat PICC. |
ni gambar raya ofis. dah siap2 bulatkan wajah sendiri. lolx |
dapatlah jugak berwefie dengan PM dan YB menteri WP di jamuan raya tahun ni. kenangan sebelum PRU15 dan kerajaan bertukar. apapun jasa semua PM tetap kita kenang. |
selebrasi birthday ariana pada 4 jun di kediaman mama (nek yah). HB, ariana! (HB tu bukan hari bapa, okek). |
semasa birthday sediri, menerima jambangan coklat daripada husband yang once in a blue moon jugaklah bagi2 bouquet ni.. kihkih. sudahnya dak2 AAs dok habiskan coklatnya. dasarrr AAs 🤣 |
event floria diRaja. tahun ni 2 kali pergi. dua2 masuk percuma. ni first masuk ikut program puspanita. ai kan penolong setiausaha.. kira AJK dapatlah join. alhamdulillah. |
time floria tu, berpeluang bergambar dengan wife PM and wife YB menteri. ni wife PM that time, DS muhaini. gorgeous ya dan witty pula tu. |
tahun 2022 juga menyaksikan diri ini pergi membuat trip ke KL semata-mata nak makan shawarma HAHAHA. foodie katanya kan. |
8-10 september, kitorang ke cameronnn yiehha. memang best pergi cameron ni. this time pergi musim panas la.. tak de kalut2 macam tahun lepas yang banjir tu. hihi |
sy ni suka melukis. tapi sejak dah 'tua' ni jarang beno melukis.. occasionally, katanya. so ni la antara lukisan di birthday card yang ai sempat buat. |
29 september tetiba 'ter'jadi emcee APC ofis. ai ni emcee ganti je tau, sebab emcee asal tolak, katanya nak diraikan sebab beliau terima APC tahun ni. sebab tu la tetiba muka ni dok kat depan tu. lolx |
20 oktober tu ofis ada buat karnival mega. semorang dipulun dan terpulun bekerja. hahah
but seriously, ai harap kerja2 last minute macam ni dapat berakhir la. kesian tengok yang bekerja pagi petang siang malam. nak decide apa2 pun tolong plan awal.
hah, ni sambut birthday anaqi pulak. HB, qiqi!! (HB tu bukan hanbing kedai korea. kahh) |
sempena birthday anaqi, kitorang bawak AAs main kat the parenthood, mytown KL.. selepas berbulan2 diorang dok mengulang2 nak pi parenthood. |
19 november hari mengundi (PRU15). sy pengundi shah alam. ini buktinya. hahah |
as everyone knows, PH menang banyak kawasan parlimen,
tapi bergabung pulak dengan BN musuh ketatnya (hihi maaf kalau salah term) dan jugak beberapa parti lain.. sebab PN pun tak nak gabung dengan PH demi prinsip diorang (tak geng dengan PH).
jadinya skang ni tertubuhlah kerajaan perpaduan.
PM10; DS anwar ibrahim.
yang bestnya PM10 kata tak boleh buat event besar2an.. membazir duit.
sy setuju tu.
gambar kenangan di kubur abah. ada la time2 kami ke sini. biasanya pagi ahad. |
jadi itulah dia rangkuman kisah 2022 sy dalam satu entry.. hahah.
insyaAllah semoga penutup tahun ni berakhir dengan baik dan tahun2 akan datang juga, semuanya baik2.
al-Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita pada tahun 2022.
for us, tok ki (9 mac), mak ngah belah abah (9 jun) dan tok nun tok sedara (15 disember). semuanya orang baik2 dan semuanya Allah sayang.
sy mohon maaf kepada semua kalau2 sepanjang tahun ni dan tahun2 sudah ada terkasar bahasa, terkecikkan hati dan apa jua kesalahan yang pernah dibuat.. maafkanlah diriku ini.
and insyaAllah sy maafkanlah semua jugak selagimana tak melibatkan kesalahan2 gigantic. hihhi
anddd thank you to all yang selama 2022 ni banyak memberikan momen2 manis dalam hidup sy.
sampai jumpa lagi insyaAllah, kalau sampai umurnya.
2023, here we comee.
No comments:
Post a Comment