Wednesday, December 14, 2022

genting skyworlds themepark

assalamualaikum and hi! :)

seperti yang dijanjikan, kelibatku di blog muncul kembali 🤭
ni sambungan cerita pergi genting daripada entry yang lepas.

so pada hari sabtu, 8 oktober 2022 haritu,
kitorang naik kereta kabel dari skycentral (dekat GPO) untuk ke genting skyworlds themepark.
taman tema ni baru2 jugak la dibuka februari tahun ni. punya la lama tunggu kan. akhirnya. haha
tak silap sy, tiket masih harga promo RM151 (kalau tak, RM189 kot kan).
kitorang beli online, pakai kod DEDAGANG, dapat la diskaun 10%.
banyak jugak tu 10% untuk tiket 4 orang. boleh save buat beli makanan lagi.

entry dimulakan dengan gambar anaqi naik kereta kabel. lolx



babahnya and anaqi.



ariana dan sweater strawberi beliau. hihih. tengok tu, kasut seasoned yang dipakai buat main bola pun dibawaknya. (lepas2 tu kita dah belikan dia kasut baharu. dibuat main bola jugak 🤣)



dan akhirnyaaa.. yang dinanti-nantikan oleh para peminat (yang tak berapa nak ada).
terimalahh!! *tepukan halilintar* 😂



ai memang suka snap gambar pelancongan ye.
korang tabahlah dengan gambar-gambar yang banyak ini. haha
ni kitorang berempat, tengah menuju ke atas.



us again. tang kereta kabel lalu kat gear dia.. ketika hampir sampai ke satu-satu stesen, yang bergegar satu kereta, i'm not into it. haha



boleh nampak kereta-kereta kabel yang lain.


harga tiket awana skyway (kereta kabel genting highlands) adalah RM10 seorang, sehala.
nak kata murah tu, tak la murah.
sebab naik 4 orang, pergi balik. sila calculate berapa 😂


pemandangan awesome ketika naik cable car.
sambil melihat ciptaan Allah yang perfect.



bolehlah nampak genting skyworlds themepark dari atas ni.
besar jugak tempatnya. sila la pakai kasut sneakers atau kasut sukan kalau nak ke sini.



lagi satu gambar pemandangan genting syworlds themepark dari atas.


lepas kereta kabel sampai kat stesen atas,
kitorg pun masuk melalui shopping mall dia untuk ke taman tema.
just ikut je papan tanda dalam mall tu.
nanti kena turun beberapa tingkat escalator ke bawah.
kalau ada warga emas ke, baby/kids dalam stroller, OKU, wheel chair, bolehlah ambik lif untuk turun. 


sampai kat pintu masuk!
memang ramai umat manusia. tak boleh kata apa la bila uncle aunty tu semua nak join masuk frame sekali 😂



gambar bukti check in. bahaha
ni masih di bahagian luar. belakang tu ada kaunter tiket, untuk yang nak beli secara walk in atau tebus tiket yang dibeli online.


awal-awal sebelum sampai tu sila la download aplikasi SkyWorlds daripada google playstore atau apple store korang tu.
lebih mudah pakai app. ada peta taman tema, waktu persembahan dan macam-macam lagi.
even kalau kita nak booking ke satu-satu game/ride (virtual queue - VQ), kita akan book guna app ni.
maknanya tak yah bazir masa beratur panjang untuk masuk. booking siap2, datang pada waktu yang kita dah book dan nanti ada satu laluan khas untuk yang book secara VQ.
tapi diingatkan, sorang dapat free 6 VQ sahaja.
so pandai-pandai la pilih game/ride yang korang nak book.
kalau boleh, biarlah tempat yang queue dia panjang gile.
atau game/ride yang hanya boleh masuk secara tempahan VQ (ye ada tempat yang tak boleh walk in). yang tu nanti sy share mana sy tau.


mula-mula kitorang masuk ikut entrance ni.



lepas masuk tu, kitorang berada di satu laluan yang serba keemasan.
ada kedai souvenir di kiri dan kanan. kena jalan depan sikit lagi untuk ke outdoor theme park.


genting skyworlds themepark ni buka jam 11 pagi.
so kitorang memang datang awal. masuk-masuk je belum ramai sangat orang tahap berlaga bahu (but still, ramai la. haha)

our first ride; permainan/ride 'blue sky carousel' di taman tema RIO.
marry go round la ni. ada 2 tingkat.


untuk pengetahuan semua,
ada 8 taman/tempat bertemakan produk/siri animasi 20th century fox di GST (hahaha ingat nak pakai akronim/nama pendek, senang nak menaip. jadi GST pulak genting skyworlds themepark ni 😂). taman/tempat dengan tema adalah macam kat bawah ni:

1. RIO
2. EPIC
3. ICE AGE
4. ANDROMEDA BASE
5. ROBOTS RIVET TOWN
6. CENTRAL PARK
7. LIBERTY LANE
8. EAGLE MOUNTAIN

so setiap tempat ni ada la games/rides dia yang tersendiri.


kitorang pilih carousel di tingkat 2. ini anaqi. bahaha



memang penuh la seats semua.
apa2 pun sila la datang awal. pukul 6 petang nak tutup dah. haha




us.


dari blue sky carousel tu, kitorang berjalan ke taman ICE AGE (sebelah dia je).

kat sini memang terasa la macam kita masuk dalam zaman ice age tu.
'gunung' dan 'gua' batu dia.. fuhh. dengan air terjun lagi. fuhhh.
me and the kiddos (AAs).




di ICE AGE.


ok kalau korang nak pakai VQ booking kat area ICE AGE ni,
sy suggest korang pakai untuk ride 'acorn adventure'.
sebab time kitorang datang tu, dia tak terima walk in, cuma VQ.
slot VQ pulak dah penuh untuk haritu. so tak merasa la nak naik.. rezeki di lain masa, mungkin.
acorn adventure ni macam train/roller coaster yang selamat la. nampak cambest.

pekerja kat pintu masuk tu suggest kitorang VQ 'sid's playhouse'.
sebenarnya sid's playhouse ni adalah performance nyanyian dan tarian oleh watak-watak ice age. budak-budak kecik akan enjoy insyaAllah. boleh walk in jugak.
so tak yah VQ untuk tempat ni. pakai VQ untuk acorn.


disebabkan tak dapat naik acorn, kitorang bergerak ke 'ice age: expedition thin ice'.
yang ni kena jalan kat dalam dulu macam maze, lepas tu naik la ride ni. enjoyable jugak.




satu yang sy nak puji tentang GST ni adalah diorang memang memberi keutamaan kepada golongan yang perlu diberi keutamaan. LIF disediakan di kebanyakan tempat game/ride. so jangan risau kalau korang bawak atuk korang naik kerusi roda ke, tetap boleh enjoy the ride.




belakang sy tu, 'samba gliders' di taman RIO.


tak naik, sebab AAs penakut nak naik hahaa. kena bebel dengan babahnya, cakap rugi sebab tak naik.
ye la, experience kot kan.
fyi kebanyakan ride sini kena ukur ketinggian. boleh check had ketinggian dalam app dia jugak. tapi budak-budak sekolah rendah mostly dah boleh naik. macam samba gliders ni, had ketinggian minimum 95 cm je.


ni kat ANDROMEDA BASE. konsep angkasa lepas la kot.


ok ada lagi info nak share.
dalam app skyworlds jugak ada kemudahan photo+ by storibox.
katakan korang nak enjoy main macam-macam kat sini and malas la nak tangkap gambar sendiri.
pakai je function photo+ ni.
ada ramai photographers dengan tripod dah standby di kebanyakan tempat-tempat utama di dalam GST.
just approach them and tangkaplah gambar.
semua gambar akan masuk dalam app.
korang boleh pilih nanti. kalau berkenan, boleh beli. haa gitu la.
next time may be nak try photo+ ni.


kat ANDROMEDA BASE ni kita banyak snap gambar aje. most rides are too thrilled bahaha


tapiii kitorang ada masuk dalam 'boot camp training', ANDROMEDA BASE.
boot camp ni kena book pakai VQ, dia tak terima walk in.
kamera semua simpan dalam locker (free je untuk sejam tak silap).
sebabnyaaa dalam ni kena pakai harness and manjat sana sini. konsep dia macam kat district 21 la (kalau korang tau. kalau tak tau, sila google kejap).
so merasa la naik zip lining tu semua. memang enjoy la ai and husb.. hahaa (AAs tunggu kat bawah je time zip lining tu).


husb and AAs di LIBERTY LANE.


kat LIBERTY LANE ni ada game 'invasion of the planet of the apes'.
tapi time kami datang tu, game tak bukak lagi.
yoshh ada beberapa games/rides yang dalam kategori 'technical rehearsal'. means tengah tempoh percubaan la.. insyaAllah selamat dimain.
so ada game2 dalam tempoh percubaan yang dibuka, ada yang tak dibuka.
sebab tu kot harga tiket masih RM151. tunggu full complete semua games/rides GST ni, agaknya harga tiket akan meroket naik kot. oh tidak! 🤣


konon2 buat ombak la tiga beranak ni. aicett 🤣
LIBERTY LANE.




masih naik sheikh di LIBERTY LANE. hihhii




ni pulak dah sampai area CENTRAL PARK dari LIBERTY LANE tadi.
tempat ni cantik and colourful kan. sini ada sorang photographer photo+ tunggu.
nak makan pun, ada kat sini. well most tempat ada stalls/kedai makan masing-masing.




bergambar di hadapan 'night at the museum: midnight mayhem'', CENTRAL PARK.


time sampai tu, pekerja GST kata tak buka lagi.
so kitorang datang balik petangnya tu untuk tengok balik. still tak buka.
bila check2, sampai sekarang bulan 12, tempat ni masih 'temporary unavailable'.
tapi boleh masuk dalam jugak, dalam tu ada kedai souvenir mengikut tema night at the museum.

tapi kalau korang ketinggalan kedai-kedai souvenir bertema ni, jangan risau.
nanti time nak keluar dari GST, ada satu kedai souvenir besar tepi tu.
semua tema ada jual. haha






di dalam 'museum'.




turun balik ke LIBERTY LANE.. cari makan.




AAs makan hotdog kot ni.








makanan adalah standard harga taman tema. mahal sikit, tapi beli je la kalau lapar. lolx
time masuk entrance GST, tak de check beg atau apa. so boleh je kot kalau korang nak bawa botol air atau light meal dari luar. kat sini boleh beli pakai QR code.




ni depan museum tadi. ada air pancut semua and ala2 berkabus air. memang lawa la.




lepas tu kitorang ke area RIO pulak.. tengok persembahan.
duduk je atas pavement tu. enjoy la jugak.








dah penat berjalan kan, haa kita duduk pulak.




time ni husb lepak restoran dekat2 situ jugak, ada kawan dia hasan & tunangnya, najwa. jumpa diorang kat sini. tapi tak de snap gambar, lupa pulak.




lepas tu sampai la giliran VQ kitorang untuk tengok persembahan di 'sid's playhouse ice age: time warp'.




penuh ye. haha




parents duduk atas, anak2 duduk dalam kerusi buah berangan kat bawah haha.
ada gambar kitorang dengan watak2 ice age, tapi tak upload pulak. malas la nak upload balik. HAHA




time ni kat 'epic voyage to moonhaven', EPIC.


masa masuk tu, kitorang tersilap masuk kat laluan VQ tau (tapi kitorang tak book VQ).
tak de pekerja ke camne time tu kat depan untuk tunjuk laluan mana satu. yakin boleh je kitorang masuk.. bahaha.
kat dalam dah la berjela beratur. nak patah balik sebab salah lane, dah tak boleh sebab ramai orang kat belakang. so kitorang redah je la.
alhamdulillah lepas.


ni lif kat dalam, dari atas. disediakan untuk warga emas, OKU atau sapa2 yang memerlukan.




haa dalam epic voyage ni sila la pakai baju hujan ye. kalau tak nanti basah lencuns.
sy siap2 beli baju hujan mr DIY yang beberapa ringit tu je.. masuk dalam beg sesiap. berguna jugak baju hujan mr DIY ai 🤣 (asal usul bawak baju hujan ni untuk standby pakai kalau hujan kat GST).




semua dapat baju hujan mengikut warna masing2. mana nak dapat mak yang prihatin macam ni, belikan baju hujan untuk semua *gelak tak hengat* 🤣 ni la dia ridenya. enjoyable sangat. ada time tu macam turun menjunam. sy pejam mata laju2 terus. lolx




sooo fairy tale-ish.




lepas2 naik ride kat epic voyage tu, ingat nak ke 'epic hummingbird flyers'.
ni ride pusing2 la gitu. tapi queue dia... tihdakkkkkkk 🤯
terus tak jadi naik. bergambar je la dengan hummingbird ye, anak2. 
🦄




anaqi.




ariana.




di cawan berpusing, 'rio carnaval chaos!', RIO.
warna-warni tempat ni. lawaaa 😍




baju husb dah setema dengan burung kat belakang tu. hihhi




saja snap gambar bebungaan di laluan tepi ni. sebab lawanyalah!








sini pun nak bergambar jugak, kat water fountain.




belakang tu trek ride 'samba gliders'.




ariana.




tiga beranak. ha belakang tu restoran makan2 kat taman RIO. ada tacos di situu.




moh habiskan 'filem' gambar sebelum GST tutup pukul 6 petang. mahhaha




sebelum balik.








nak jugak bergambar di mercu tanda GST. tanda sudah hadir! 😆




AAs tidak mahu ketinggalan nampaknya.



lepas bergambar selori dua, kitorang pun bergegas la pulang.
dak2 pun dah letih, nak balik.

sebelum balik dalam erti kata sebenar tu (😂), kitorang bergambar lagi.
before that dah beli sesiap souvenir. souvenir pun mahalll tak tergamak nak beli banyak. lolx




macam kat las vegas je kan. hiuhiuhiu.




haa kedai coklat pun ada tepi ni.


lepas tu kitorang berjalan la balik melalui kawasan mall, terus ke stesen kereta kabel untuk pulang (ke hotel).
kali ni tak singgah la beliii apa nama kedai burger mahal kat skyavenue mall tu??
haa, five guys! 😂

lalu kat area kedai2 makan before ke stesen kereta kabel (suspected kebanyakan kedai makan ni as non halal sebab ada yang dengan bar macam tu).
tapi this kedai makan caught my eyes sebab ada vibes kat jepun gitu.

 

okkkk tu je sharing kisah kitorang ke genting skyworlds themepark haritu.
overall, memang best, mahal (bahaha sila menabung 😂), dan worth an experience la.
sy memang recommend kalau korang nak pergi cuti2 sekolah ni.
hujung2 tahun ni pulak musim hujan and sejuk.
so most probably berkabus bagai and cantik la.
plus time krismas haritu ada salji tiruan kat GST kan. tak tau la ongoing sampai januari ke tak.

ok itu saja!!

nanti insyaAllah sy sambung cerita makan2 sedap kat genting highlands pulak.

till then!! 👋🏻

No comments: