Wednesday, December 07, 2022

breakfast di sunway resort hotel dan main slime di sunway lagoon

assalamualaikum and hi! :)

kembali lagi kita. biasanya sebulan sekali baru nak berupdate hahaa

so kali ni kita mengimbas kisah di bulan oktober yang lalu.
ada satu lagi baucer hotel sunway belum redeem.
so kali ni kita stay di sunway pyramid hotel.
cumanya kalau nak makan breakfast, sunway pyramid hotel tak sediakan.
dia minta kita ke sunway resort hotel di sebelah.

so let's la kita :P

lokasi restorannya di aras bawah. kena menapak sikit je dari sunway pyramid hotel.
ruang yang luas, pilihan makanan yang banyak. guests pun ramai.
jadi sila datang awal sebelum jam 9 pagi. kalau tak, memang queue panjang kat luar kena menunggu.


alhamdulillah kitorang datang awal,
jadi time datang tu tak ada queue ke apa. masuk je terus.
this was my first time having a breakfast at sunway resort.
verdict, memang super best. sebab kepelbagaian menu dia tu. rambang mata seyh.

korang bayangkan, even telur mata pun chef susun ikut kegaringan,
termasuk kegaringan di bahagian depan dan belakang.
jadi boleh pilih ikut kesukaan masing-masing.
nak kata, sampai tahap situ teliti dia. sampaikan telur pun boleh pilih ikut preference kita.

duduk di bahagian dalam. penuh dah meja.



tempat makan yang terbaik jugak untuk manusia-manusia yang jaga makan dan badan macam isz hihi.
susu ada pelbagai. yang sy ambil tu, susu soya.
yang jaga makan, oat sejuk dia sedap gile. pelbagai jenis yoghurt yang sedap. buah pun macam-macam.. bukan setakat tembikai, papaya dengan epal je. roti pun pelbagai jenis. wholemeal semua ada.



my must-take. semestinya bubur.
pergi hotel mana-mana, mesti nak rasa bubur dia.



ni kitorang lagi, breakfast hari kedua. bahaha



pinggan kitorang. sedap kan!



ni nak tunjuk. condiments untuk bubur. gile banyak!
korang pilih je nak apa.


dah, habis kisah makan-makan sarapan :P

tujuan kitorang ke sunway, semestinya pergi mandi manda sunway lagoon.

disebabkan kerap sangat pergi sunway lagoon ni, tak de la tangkap gambar beria sangat kali ni. haha
cuma that time, sempat la dak2 AAs ni main slime.
sebab 'jadual' slime di taman nickelodeon adalah pada jam 3.00 petang.
ditakdirkan pulak kitorang ada kt sana pukul 3.00 tu.

nah tengok la gambar dak2 ni. lolx

anaqi.



me. datang awal, so tak de orang pun kat tempat ni. tempat lain ada la, tapi pagi2 ni tak ramai orang lagi.



rendam kaki sat.



tempat kegemaran budak2.. pool dengan playground.
tak hafal nama taman2 dia.. walaupun dah beberapa kali ke sunway lagoon. hihi



bulan 10 tu kan ada perayaan deepavali.
so deco-deco kat situ ada la kedeepaan sikit.



ni dekat2 pintu masuk.



anaqi and mama.



sempat la order laksa johor kat sunway lagoon.
sedap la jugak.



excited audience. tunggu slime keluar.



haa tu dia slime!!



semua berebut nak mandi air hijau haha.
truthfully bukan la slime betul2.. tapi air berwarna hijau. but yet, semua excited la sebab mana pernah jumpa air kaler hijau.









haa mainlah korang di situ sampai menggigil. lolx



lepas2 tu pergi redeem animal feed kit pulak, untuk bagi hehaiwan makan. ahaks

begitulah kisahnya.

kita sambung di lain entry pulak, insyaAllah. tatah!

No comments: