Tuesday, October 04, 2022

trip ke cameron highlands 2022 - hari pertama

assalamualaikum and hi! :)

hahaa risau kan kalau nak sebut trip cameron highlands (CH) ni.
sebabnya ikutkan sejarah kitorg la,
plan pertama nak ke CH dulu terpaksa cancel sebab betul2 nak start PKP (plan 16 mac 2020, PKP 18 mac). tak jadi pergi.
plan kedua, tak putus asa tu. pergi jugak 16 oktober 2021. balik 18 oktober 2021.
masih dalam PKP, tapi ada kelonggaran.
time tu tak sesak sangat, may be orang takut lagi nak naik sebab COVID-19. lagi satu banyak kes tanah runtuh sebab tengah musim hujan.
balik2 je dari CH, banjir melanda. rumah ditenggelami air.

anddd now.
kami tak serik ke CH lagi. hahaa
bukanlah plan nak ke CH ni bad luck ke apa, tapi takdir ditentukan olehNya. a gitu.
so tak de bad luck, good luck tu semua.
so leggooooo! (ni time cuti sekolah baru2 ni)

macam biasa, kami akan pilih hari khamis untuk memulakan perjalanan.
konon nak elak jem teruk la. padahal cuti sekolah kan. sana sini la jem hahaa.
tapi hari khamis tu kurang sikit keretanya. this was the view.



haa nenek yah pun ada sekali. memang ahli wajib dalam trip ke CH. haha


lokasi pertama yang dituju adalah.. cangg!!

(macam biasa) opah strawberries & jams!
scones hunting. haha
last time pi opah, sedap. this time kita singgah lagi.

kena pergi hari khamis, takut jumaat-sabtu tu penuh.

house of scones di opah strawberries dah siap reno.
banyak skonnya ha.



house of scones ni dok di tepi pintu masuk.
so pengunjung boleh tengok pekerja opah buat skon kat dalam.



tiga jenis skon buat rasa2 (sebab semua orang sama ada tengah diet, atau jaga pemakanan. HAHA)
ni ada skon perisa kopi, cheese dan lemon. sy punya lemon.
yang putih tu whipping cream kot & ada mentega serta jem strawberi.
sedap dan gebuu.



ahli rombongan kita.
nek yah, ariana, babahnya, anaqi and me.



ariana dan nenek yah kesayangan beliau. ahaks



sedapnya skon, nak habis dah.
sapa2 yang kata skon tak sedap, korang salah tempat makan.
silalah try yang kat opah ni. kalau tinggal jauh, kat shopee pun ada jual.



ahha nasi lemak strawberi jangan lupa.
ni yang plate lengkap. ada sambal nasi lemak, sambal strawberi dan serunding strawberi.



ni kiddy plate, untuk budak-budak.
sy ambik plate ni je sebab tak makan banyak. cuma minta tambahan sambal strawberi. dalam RM4+ macam tu.



kiddy plate jugak. ada nugget dan nasi.



lepas dah kenyang makan (alhamdulillah), kitorang gerak ikut jalan belakang nak ke hotel. sesat pulak belah sini. alah lupa nama tempatnya. tapi cantik rumah peranginan ni.


lepas tu kita check in kat hotel century pines resort, CH.

ambik 2 buah bilik saiz deluxe yang bersambung.
sebelah tu untuk nek yah, sebelah lagi kitorang.
tapi dak2 AAs menyibuk nak duduk dengan nek yah diorang. haha

kadang ada yang tanya; which one is better,
stay kat tanah rata (bawah) atau brinchang? (atas)

last trip kitorang dah stay kat brinchang (nova highlands).
kali ni nak try kat tanah rata ni pulak.
suasana lebih mendamaikan dan tak sesak.
dekat dengan kampung taman sedia yang banyak makanan melayu.
cumanya susah sikit la nak naik atas ke arah kea market. jem manjang.


ni lah rupa biliknya di century pines resort. cantik kan.
yang penting bersih. last experience duduk di nova highlands, ngeriii. bilik kotor gile.
orang kata, kalau nak book nova, book dengan owner homestay. jangan direct hotel.
diorang bersihkan ala kadar je. harap now ada improvement la hotel nova oii.



ni pulak bilik nek yah. katil king. besoo.


hotel century pines resort ni, seperti hotel-hotel lain kat CH,
tak ada aircond ye. sebab dah sedia sejuk. kipas tu ada la.
tu pun kipas bilik kitorang laju gile ok. kesejukan keto2 acik. hahaa

iron juga tidak disediakan di dalam bilik.
tapi guests boleh guna iron di bilik iron.
kitorang punya bilik dekat je dengan bilik iron, lif dan gim.


jalan 2, 3 tapak dah sampai bilik iron ni hahaa



ni lah keadaan dalam bilik iron. ada 2 tempat iron baju disediakan, ada penggantung jugak.


asal-asalnya sy bawak ye travel iron ke sana.
lepas tu nak tau apa jadi??
kitorang tertinggal beg baju AAs! HAHAHAHAHAH *gelak berjemaah*
travel iron pun dalam beg tu kekdahnya 🤣
so dak2 AAs terpinga-pinga sebab diorang tak de baju. kahkahh.
gelak kat diri sendiri jugak la, sebab tak pasal-pasal kitorang kena belikan baju baharu untuk AAs.

plan asal malam tu nak makan tomyam,
tak jadi.
tukar plan ke pasar malam golden hills dulu, semata-mata nak mencari baju tidur AAs.


husb, isz layankan je jem dan orang ramai ni.
mujur kitorang dapat parking ye. sekang majlis perbandaran CH dah ada sediakan tempat parking (tanah merah) dekat dengan pasar malam. RM3 per entry, bayar kat pintu keluar.


nah nikmatilah gambar-gambar produk pasar malam golden hills.

ada souvenirs, baju, sayur, buah, pokok, bunga, makanan, ayor (air), macam-macam ada.

cuma jangan expect harga murah la. harga dah naik berbanding dulu.






yang paling best kat CH time sejuk-sejuk ni,
tentulah ubi rebus. jugak jagung susu yang hanya dijumpai di tanah CH.
jagung susu ni kaler je cerah pucat, tapi manis dia.. manis leting ok! harga mahal sikit daripada jagung mutiara.



ada jagung purple jugak. yang ni ai tak pernah rasa.



souvenirs yang melimpah ruah.
sy tak beli souvenirs kat pasar, sebab misi mencari baju budak2.
souvenirs beli kemudian di kea market.



strawberiiii.



madu pun ada.





sayur 4 pek RM10 ni harga standard kat CH.
tapi boleh dapat yang 6 pek RM10 kat kea farm. kedai hujung2 kt parking.





kepada pencinta kaktus, put ur hands up!



kitorang kan sampai kat pasar time petang.
start pukul 6.30 petang camtu, manusia dah melimpah.
ramai weh! xtau la camne encik isz boleh survive,
sebab dia tak suka tempat sesak2 ni. kihkih.



udang goreng pun adaaa. sorrylah ai tak dapat nak makan udang dah skang.
tengok je mampu :P



ni sebenarnya nak order,
tapi tengok ramai gile orang menunggu, tak jadi.



sayur goreng yang dah semakin mahal.





lasttt gambar. ais krim nitrogen.


lepas habis membeli, kitorang pun balik ke hotel,
makan la bendalah2 tapau tu kat hotel. 

ok nanti sambung ke hari kedua di CH pulak!

No comments: