Thursday, October 06, 2022

trip ke cameron highlands 2022 - hari ketiga!

assalamualaikum and hi! :)

muncullah hari ketiga, cameron highlands! yah haha

plan hari ketiga adalah bersiar-siar kat bawah je.
nak naik kang jenuh hadap jem. katanya.
dah suggest kat dreba, gi la awal pagi.
tapi permohonan ditolak.
tak pe la nanti kita buat trip kengkawan je la baru dapat naik kea farm hari2. mih mih


ni generasi telefon namanya 🤣 tak de baby boomer atau gen-Z.
semua sama gen ni. hahaha


next port was to ayahman's.

ayahman ni satu lagi tempat makan di kampung taman sedia,
yang menyajikan skon dan nasi lemak strawberi.

bezanya kat ayahman, boleh ambik sendiri lauk-pauk.
nasi je pekerja tolong sendukkan.


nasi lemak dia kaler hijau.
wani e tak padan dengan dah light breakfast kat hotel ye.
tetap nak ambik nasi lemak 🤣



lauk ayam terdiri daripada ayam goreng ala keepci, ayam goreng berempah (ai ambik ni), ayam masak merah, ayam rendang. banyak wuhh.



cantik la kedai ayahman ni. macam english style kan. belakang tu ladang dia.


kalau rasa-rasa nak makan skon dan pencuci mulut (kek),
punn ada.


harga tidak dipaparkan. kena tanya cashier.
mohon tambah baik letak harga. kalau KPDNHEP sampai ni, takut kena kompaun.
(ke ada buku menu tapi sy tak perasan? ampunn. kihkih)





anaqi tertinggal jaket kat hotel, pakai cardigan mama je la kedahnya 🤣
yang memintal baju tu babahnya kot.
ni kat ladang ayahman.



kalau pergi CH hujung-hujung cuti sekolah,
memang tak merasa la petik strawberi. semua rakyat malaysia dah sapu awal-awal minggu tu. haha
(semua tempat strawberi macam tu)



gambar bukti kehadiran 🤣
cantik kan kedainya!








nahh tu diaa. dengan nasi lemak full set & kek ai ambik ye! bahahaa
*sila insof lepas ni, wani dan berdiet*



hari ketiga tu nak balik dah.
so lepas makan skon, nasi lemak dan kek kat ayahman,
kitorang beli produk2 agro CH kat area kampung taman sedia.
harga mur jugak la macam kat kea.
so kalau rasa malas nak hadap jem naik atas, beli kat kampung taman sedia aje. lolx

woots. ada ubi2, jagung, strawberi semua. boronglah dikau. lolx




produk CH lain pun ada. coklat, teh, gula-gula. dipilih, dipilihhh.



ok la harga kat kampung taman sedia.
kalau jagung susu tu, 11 tongkol dapat RM20. mur la kan.


dapat strawberi rare.
harus ditayang kepada nurtizens. lolx

 

dahh habis dah kisah di CH, cuti sekolah hari tu.
nak tobat datang CH ke camne ni.. melihatkan kemeriahan semua orang bercuti HAHA
tapi tak kot. rasa nak datang lagi nanti.
insyaAllah tahun depan pulak kalau ada rezeki, kesihatan dan sampai usia.
ataupun datang time bukan cuti sekolah. ambik je la cuti sendiri demi elak kesesakan dan stress sana sini hahaa *ai tak stress, ai suka je HAHA. may be sebab hari2 dah biasa pi pasar beli barang. orang ramai tu biasaa* 🤣

k tu je. sampai jumpa lagi, cameron highlands!!

[GAMBAR-GAMBAR TAMBAHAN]







tata yang sebenar!! 🙋🏻‍♀️

No comments: