Wednesday, October 05, 2022

trip ke cameron highlands 2022 - hari kedua

assalamualaikum and hi! :)

sambungan kisah jalan-jalan ke cameron highlands; day two.

ahli-ahli : cik yah (my mom), isz (my husb), AAs (our kiddos), me. buahahaha

kitorang kan stay kat hotel century pines resort.
hotel yang mendamaikan, depan tu ada taman untuk beriadah.
so pagi-pagi tu kitorg pergi exercise dulu kat taman (more to snap gambar je HAHA. babahnya je yang kaki exercise ni).
maka saksikanlah spam gambar-gambar kitorang blended with nature katanya 🤣


ada banyak pokok cantik kat taman ni. yosh that's me.
dengan tak mandinya. bahaha. sejuk kot. pukul 7 baru.



ni lagi la obvious tak mandinya ðŸ˜‚
dengan baju tidur cameron yang baru beli semalam kat pasar malam, sebab beg baju tertinggal kat dengkil. hahahaa haruns.



ada skatepark jugak ye kat sini.
gigih panjat half pipe ni (ke suku pipe??). sebab tak de tangga. tinggi la jugak.
nampak tu, siap bawak buah limau kecik untuk makan.



syok kalau duduk cameron ni. sejuk je.



dah turun dah mamat kecik tak mandi tadi tu. lolx




sempatlah snap view kat taman ni.
petang pun boleh jogging2 jugak kat sini selain pagi. ada trek dia.



banyak pokok pine.
sebab tu kot nama hotel pun century pines.



sebab tu kalau orang balik daripada bercuti, rasa refreshing je.
tak de benda serabut nak fikir. ko tengok pokok je. fikirkan langit je.
aicewah.



satu2nya manusia yang bersenam.
anak beranak dia semuanya bergambar ðŸ¤£



ni pun salah satu pokok yang cantik.
ai memang appreciate sangat alam semulajadi tau.
kalau tak jaga alam ni, ko tengoklah apa jadi.. bencana alam ye.



memang ala2 photoshoot je semua.
ai la tukang directornya. wahaha



banano.



peminatku di mana-mana. lolx



pose jalan, flip muka. hahaa



pose majalah kat tangga.



pose anak posing, babah main game (kot) ðŸ¤£




dua orang random di taman. hahah



mujur tak depang tangan, kalau tidak dah jadi titanic :P




encik isz di depan clock tower.




ehh beliau lagi ðŸ¤£



pose tangga kembali!! lolx (baju PJs pun apa ada hal)



"anaqi, kasi gelak fake satu. AH HAHAHAA."
anaqi : (seperti di gambar)



selesai 'bersenam', kami pun balik ke bilik hotel. ni deco hotel dalam lif. cantik kann.



singgah buffet breakfast kejap kat hotel.


bilik kitorg ni kira cover buffet breakfast untuk 4 orang.
so kanak-kanak sorang kena bayar RM25.
banyak mana je la si anaqi perut kecik tu makan 🤣
tapi 2nd day lepas tu, orang hotel bagi masuk je tak yah bayar pulak.


rasa sikit-sikit, itu konsep sy. bahaha
salad tu bagi neutral makanan2 xbaik dalam perut.



bubur dengan ikan bilis; wajib ambik di mana-mana hotel.


lepas breakfast tu baru la mandi manda and gerak naik ke atas dengan kereta; ke arah kea farm.
pukul 10 pagi la macam tu.
pagi cuti sekolah. hari jumaat.
jem, kau!
tapi cuaca cerah molek la.

dalam 2 jam setengah jugak la kitorang naik. demi kea farm. kahh ðŸ¤£



ni singgah hotel rosa pasadena.
husb nak gi toilet. so sempat snap gambar kemeriahan jem di CH waktu cuti sekolah.
naik helikopter je la gini.



akhirnya sampailah jugak kitorang ke atassss.
usha ais krim duluuu.



orang lain tak nak dah masuk sheep sanctuary. dulu pernah masuk.
tapi anaqi dan sy gigih ye. haha.


tapi kali ni kalau masuk pun, tak berapa berbaloi la banding dulu.
dulu sheep semua dilepaskan kat laluan tepi2 padang.
so banyak la boleh kita belai, usap dan bagi makan.
ni banyak yang dok dalam kandang (may be sebab umat manusia ramai),
dannnn umat manusia ramai sangat (baru cakap tadi hoho).
sheep (sheep ni dah plural ye, tak yah dah 's'. sekian pembelajaran BI hari ni :P)..
sambung. sheep pun sampai naik stress dan dah tak nak makan sebab overload.

sheep terlalu stress sampai berlaga kepala dan lepas tu, sheep ni hantuk kepala dia kat dinding.
cuma sy tak snap gambar la. tu tanda haiwan stress.



anaqi bagi makan sheep kat kandang. sini banyak la sheepnya.
orang pun sama naik ramai. so kejap je la kitorang kat sini.





bawak bendera malaysia, shooting video merdeka untuk contest haha.
alhamdulillah menang nombor 2 dan top 5 like terbanyak.
bebiri pun enterframe kat belakang ðŸ¤£



settle kat sheep sanctuary, kitorang membeli belah kat agro market depan kea.
sini ada la sayur, buah, goreng2an dan rebusan panas. ais krim pun ada.
agro marker, then kea market. semua pergi. beli sayur ala kadar je. beli souvenir jugak.



standard harga strawberi skang.
orang kata kalau beli kat S corner, murah sikit. sila google la mana tu kalau nak beli kat sana.
kitorang tak sempat pergi.





bunga gini masih RM10 sejambak.



sayur, 4 RM10. yg 6 RM10 pun ada, kedai hujung kat kea.



sayur2an untuk dibawa pulang. tu ada ice plant (hijau).
salad yang unik sebab macam ada titisan ais atas dia.
rasa dia masin light2 dan rangup. not to my liking, tapi beli sekadar nak rasa.
dah la mahal RM6. tapi serius, tahan lama bethol dalam fridge.



ni singgah mana ntah tak ingat. konon nak cari pokok berpasu, tak banyak kat sini.
nak singgah tempat lain, dreba dan ahli rombongan dah tak sanggup ðŸ¤£
(kalau ikut hati ni, merata lagi nak pergi. kudratku masih ada. aicewah)
ni gambar anaqi bagi rabbit makan. suka betul dia dengan hewan2 ni.



kedai coklat baru bukak kat area time tunnel.
harga lebih kurang kat langkawi kot. ok la. boleh beli sikit buat jamah.



nah, sis belanja gambar harga coklat kat cameron highlands.
peminat coklat, sila la singgah.





nutella go tu pun ok harga. dalam RM7 kot.


lepas tu perut pun dah kencang bergendang.
let's lunch!
kitorang turun balik ke bawah and pergi ke KHM strawberries.
bukan la nak makan strawberi, tapi kwey teow goreng KHM yang sedap ittew ðŸ¤£
char kwey teow basah2 pun ada,
tapi sebab last time dah try yang basah (sedap!), kita try yang kering pulak (punn sedap!!)

mujur ai tak apa2 walaupun dah telan udang kwey teow tu.
kadang tu allergi terbersin la apa. behave ye allergikku kali ni. lolx

sedap weh! tengoklah kaler dia. vibrant kan!



ahli rombongan makan di KHM. babahnya makan nasi lemak ke tuu.



since budak2 ni macam tak makan apa, sy pi melintas depan KHM, ada jugak kedai makan dalam kampung taman sedia ni.



kedai makan ni kalau malam jual ikan bakar,
siang ada goreng2. siap ada rusa ye. so snap gambar la, apa lagi.
order bungkus untuk AAs, nasi putih dan daging kunyit.
ada few orang time tu, so order dapat lambat sikit.
siap patah balik ke KHM sebab order lambat siap. baik ai pi makan kenyang2 dulu :P



gambar KHM Strawberries dari luar. sy tgh berdiri kat depan kedai goreng2 tu la.
cantik jugak kedainya.


verdict nasi putih and daging kunyit; sedap.

daging jenis goreng garing. cuma portion tersangat la sikit. macam kena catu je gitu hahaa

so lepas dah kenyang, kami pun pulang la ke 'sarang' 🤣


anaqi dan hasil buruan coklatnya. hambikk, sebekas FR dia kaut!



haa ni la iced plant tu. buat makan begitu saja, macam salad.


malam tu pulak, plan nak pi makan masakan panas.
nak try kat restoran ceria maju kat kampung taman sedia.
suka je makan kat area kampung ni, sebab dekat dengan hotel dan banyak pilihan kedai melayu.
tau pasal restoran ni pun kat group FB info cameron highlands.
so mari kita try!

kitorang order: nasi putih, ikan siakap goreng 3 rasa, tomyam ayam, tomyam chiang mai (husb punya, sebab dia tak makan nasi), ayam goreng kunyit dan telur dadar. memang sedap sangat weh.



tomyam chiang mai. berasap!



snap lagi gambar. korang kena try makan kat sini. memang recommended.





ni la rupa bentuk restoran dari luar. hihii



gambar family. eh anaqi tersorok kat belakang mama yang gems. hahaa *ampunn*

 
harga total makanan ni semua, bawah RM100!
tanya harga ikan siakap, RM35 je gais. mur kan.
nek yah belanja. tqq nek yah!

dah, nanti kita sambung cerita hari ketiga kat CH.

to be continued..

No comments: