Monday, August 29, 2022

main di pantai floria, putrajaya dan lain-lain cerita

assalamualaikum and hi! :)

sebenarnya banyak benda weh nak cerita.
tapi tak terkejar dek jari ini haha.
sebelum tu, pakat-pakat tolong klikkan iklan adsense google yang merata dalam blog ni 😂
dapat 1sen pun jadi. nak rasa ke-hype-an menerima duit daripada adsense yang baru diletakkan di blog, walaupun harapan sifar tu memang ada. wahaha *klik jangan tak klik :b*

so!
bagaimana bulan ogos korang setakat ni?
ingat nak beli jalur gemilang baharu, gantikan yang dah lusuh kena banjir kat pagar rumah tu.


gambar selingan: petang2 ariana and anaqi suka main bola kat neighbourhood ni.
itu la geng2 mereka.


alkisahnya tak berapa lama dulu sebelum husband dan sy kena covid,
kitorang pergi la ke pantai floria, putrajaya.
saja la bagi AAs seronok main2 pasir.
berenang2 tu tak de la sangat.

pantai floria ni bersih, view lawa, tapi tak la besar sangat.
ok la untuk piknik2 family.
bayaran masuk dikenakan, tak silap haritu RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak.
pengurusan pantai floria ni bawah kelab tau.. ala tak ingat namanya.
tapi kelab kat putrajaya ni lah. so kelab tu yang kutip duit untuk maintain pantai ni, may be.
ok la tu, berpatutan kot harga dia.


nah tengoklah gambar2 AAs je banyak. haha



lawa kan view tasik putrajaya. ada jambatan siap.



bentang tikar dan makan breakfast kat sini.
tak panas lit lit pun, tapi bahangnya tetap terasa.



ni ha, lepas bayar dapat gelang macam kat themepark.
kena pakai sepanjang berada di pantai floria.



berkerut muka menahan kebahangan mentari pagi. haha



bawak makanan yang dibeli sebelum tu daripada kedai mek noor nasi dagang, dengkil.
ada nasi dagang, ada nasi minyok, ada kepok lekor ganu. yum2.
nanas tu beli kat pasar sebelum2 tu.



takat situ la boleh main air 'laut' pun (air tasik sebenarnya ðŸ˜‚)



AAs excited nak gi pantai ni sebab last time diorang tak bawak peralatan pantai diorang ni masa gi sunway lagoon. so gigih la bawak semua2 ni semata-mata nak main pasir. haha


lepas main2 air tu, kitorang pun baliklah.
simple je ceritanya. ahahaa

entry diakhiri dengan gambar-gambar makanan.
silakannnnn.

ni time makan kat 4fingers. mahal tapi sedap!



bawak bekal burger gi ofis dan siap tempah grab food beli churros. haha



ni goreng cucur bilis. sedapp.

 

dah, tu je la ceritanya.

till next time! byeee!

No comments: