Monday, August 22, 2022

kena COVID after two years dia datang ke bumi. lolx

assalamualaikum and hi :)

how's everyone? harap semua sihat and happy.
i just had a few 'meh' moments with some people.
but again, tak semua orang dapat memuaskan hati kita.
dan tak semua orang ada common sense dan toleransi yang sewajarnya. so.
bersabarlah, wani e.

btw! i have a few things to update you guys.
biasanya hal-hal yang dah lepaslah. hahaa
biasalah blog ni kan, 'lag' memanjang :P

buat pertama kalinya, sy telah 'berjaya' mendapat virus COVID-19.
well bukanlah berjaya. but you know what i meant.
selepas virus ni menular since 2019, tahun 2022 sy kena.
to be exact, pada 9 ogos (selasa) yang lepas.

insan yang baik hati bernama mee lee (itu kawan sy lah! haha) datang rumah dan dropkan some ubat.


bagaimanakah rasanya demam COVID ni?

walaupun tak pernah kena sebelum2 ni,
tapi sy rasa this time around memang teruk sikit virusnya.
sebab sub varian yang terbaharu ni dah mutated kan.. and last kita2 ni ambik sekali je booster.
so the first three days were the worst.
first day even scarier.. walaupun sy tak hilang deria bau dan rasa tu.
hari pertama sy rasa macam tulang rusuk belah2 jantung ni sakit ngilu macam tu.
demam panas, tapi badan seram sejuk. biji mata sampai sakit sebab demam.
fortunately, batuk dan selesema tak teruk.
cumaaa waktu malam batuk horror, walaupun satu kali je dia menyerang setiap malam.
sampaikan sy tak boleh nak tidur. nasib baik la ada strepsils.

lama jugak sy tak demam.
lama jugak tak makan ubat farmasi.
tapi kali ni sy makan jugaklah ubat moden, sekali dengan tneeq, bawang putih ada la ambik sekali,
dan daily dose of hot honey lemon (pagi), air kelapa (tengah hari).
lemon dengan kelapa tu, kalau tak sakit pun sy akan ambil setiap hari.
since tak boleh keluar, sy memang dah borong sesiap buah kelapa, letak dalam fridge. haha


sup ayam yang dimasak selepas a few days nak mengebah.


iye, memang tak daya le nak masak.
habis duit beli grab food je. dah hujung2 hari kuarantin tu baru la dapat masak mostly.

biasa orang tanya mana dapat virusnya?
kadang ada yang tak tau pun dari mana.
ada yang dok diam2 kat rumah pun kena.
thing is, mula2 husb yang demam.
dia dok kata dia gi pantai floria dengan kitorang haritu.
tapi sebenarnya dia tu gi merata-rata, so tak tau la which tempat.
nak kata pantai, kami2 yang gi ni awal2 tak de pun demamnya.
so yeah, beliau demam dlu and kuarantin dalam bilik.
alhamdulillah AAs (my kids) negatif.
ai dok spray je dettol untuk COVID, di sepanjang laluan ai di rumah.
dan siap spray kawasan AAs duduk. supaya diorang tak kena virus ye. lolx
but me positif prolly sebab ada kontak rapat dengan husb, bagi dia makanan dll. idk.
apapun alim ulama biasa cakap tu asbab aje, hakikatnya dah takdirrr.

so fikir positif je la.
demam2 pun, rasa teruk2 pun,
teruk lagi orang lain hat yang sesak nafas dengan batuk berbulan.
so bersyukur la seminggu lebih dah ok. walaupun kahak dia punya la banyak. nampak sangat kuman overdose. haha


antara makanan yang digrabfoodkan.


so jagalah kesihatan.
bila tak sihat ni, duit mengalir bagaikan air.
beli ubat, beli tu beli ni.
nak masak pun tak larat, kena membeli luar jugak.
nak keluar tak boleh, kena grabfood, jadi mahal sikit harganya. gitula.


sakit-sakit makan tomyam. hahaha



selera macam orang sihat. bubur? apa tu bubur?? ROFL.



ni tang beli ayam grill. gambar makanan lain tak snap.
dok layan pening kepala je baring and tidur manjang.



so yang ingat virus COVID ni kesan dia light-light je sebab dah ambik vaksin,
you guys are def wrong ye.
sebab sub varian, so virus dah lain. dah teruk.
demam pun teruk.
mak kawan, kena COVID lebih kurang time2 kami kena.
sampai sekarang di hospital tak silapnya. teruk katanya. Allah. didoakan baik2 dan cepat sembuh.
so screw you yang dok bagi kerja kat colleague time tau orang tu tengah kuarantin COVID kat rumah. have some heart, will ya??

so yah. tu je la nak cerita untuk rekod sebagai memory.
memory yang harapnya tak berulang la. hahaa
kepada yang diuji dengan sakit dll, semoga baik2 aje ye.
doa banyak2, selebihnya usaha and tawakal.
solat jangan tinggal. time sakit la hang kena solat. bukan sebaliknya.
ok done ceramah ringkas. hihi

tatah!

No comments: