Monday, August 29, 2022

yuki topokki beranak c-zer

assalamualaikum and hi! :)

yoshh sungguh ringkas dan padat tajuk entry ni.
makanya tau la bahawa yuki dah beranak awal-awal bulan ogos haritu.
so kita tepek sini buat kenangan.
sebab in the end, semua anak-anak dia meninggal ye. *sobs*

alkisahnya haritu hari jumaat.
tengah siap2 la pepagi nak gi ofis.
nampak ada kesan darah atas tong sampah kat bilik kucing.
suspect si yuki ni nak bersalin la kot.
habis solat subuh semua tu, keluar seketul anak dia, tapi macam masih dalam kantung dan tak gerak.
so sekor meninggal.

pi ofis, tapi husband ada le kat rumah.
dah lepas2 tu, husb kata tak keluar2 jugak anaknya.
dia suh balik. risau agaknya dok sorang2 dengan kucing yang tak beranak2. hihi

so ai pun minta excuse daripada superior untuk balik.
hantar le ke vet swasta kat dengkil tu.
sebelum tu dok call vet kerajaan. tutup rupanya klinik vet salak tinggi pada hari jumaat. dia bukak isnin-rabu.
so sampai sana, bila scan, doc kata ada dalam 3 ekor, tp sekor je jantung gerak.
lah sudah.
doc kata kena induce 3x selang sejam.
sementara tu balik dulu tunggu. time tu dah nak waktu rehat. tunggu je la kat rumah.

dah sampai timenya, klinik vet call.
katanya dah induce pun tak keluar. aiyoh.
last2 kena c-zer operate. time tu petang sy dah balik semula ke ofis.
so tunggu la habis c-zer and esoknya kitorang ambik dr klinik vet.
rupanya diaorang tak tolong sua anak2 kucing minum susu pun. ya Rabbi. menjerit2 dak2 tu.

oh lupa. ada 3 ekor. 2 selamat, sekor meninggal.
RM600 lebih kurang operate c-zer.
so bawak yuki and babies balik rumah. dah setup sangkar redup untuk dia duduk sementara.
kesian yuki, of course dia dengan sakitnya lepas operate, dengan bengkak susu lagi.
anaknya sekor tak nak minum. sekor tu minum ngamm lepas ajar minum pakai botol.

tapi dah ajal, dua2 meninggal juga.
first yang meninggal, yang tak berapa minum susu tu.
second, hat yang minum susu pun meninggal keesokan paginya. sy check pkul 4pagi macam tu.

nah ada gambar dan video kenang2an.
fyi prosedur c-zer vet ni, dia sekali buang rahim.
so yuki tak boleh pregnant lagi la lepas ni.
melepas nk tengok anak2nya membesar comel2 kan. tak pe la tak de rezeki.
more good things to come, insyaAllah.


2 ekor anak dia. cuuute je.



menyusu je dak2nya.

 

pernah la terbaca,
ada anak2 kucing yang tak ngam dengan jenis darah ibu/ayah dia, sebab jenis darah tak sama.
so kalau ada clash macam ni, pun boleh menyebabkan anak2 kucing mati.
tapi dah macam mana nak tau jenis darah mak ayahnya time nak mating tu kan.
kita bukan orang kaya nak pi buat bloodtest kucing beratus.
so tu salah satu sebab anak kucing tiba2 meninggal, selain dehydrate atau fragile sejuk dsb.
yang ni meningga tak tau punca. dah sampai masa tentunya.

dannnn ada video sikit untuk share. comel jeeee omoooo




sekian.
anak2 yuki dalam kenangan.

No comments: