Tuesday, May 10, 2022

raya aidilfitri 2022

CAUTION : GAMBAR RAYA DAN MAKANAN BERTINGKEK-TINGKEK




assalamualaikum and hi! :)

first and foremost, rasanya tak terlewat untuk sy ucapkan SALAM LEBARAN TERKEJUT buat semua pembaca blog kecil2an sy. sorry for all my wrongdoings, salah, silap, terkasar bahasa, terkecik hati and whatsnot. ampun dan maaf dipintaaa.

apa2 pun, sebelum tu,
blog ni telah bertukar wajah setelah sekian lama pakai template lama! *woots!*
so tqsm, template lama yang dihiasi dengan javascript awan2, yang sangat la berjasa selama ni.
dek sukakan sangat template lama, itu yang sy pakai sampai bertahun2.. ahha!

tapi sebab ni dah hari raya, hari kemenangan,
plus hari kebebasan daripada virus durjana COVID-19 (hopefully),
kita tukarlah 'pakaian' baru sekali sekala untuk blog ini.
it's simpler and more neat.
melambangkan yang acik ni dah tua, tak de nak hassle2 semua.
nak simple2 je. haha

so enough ranting, marilah kita ke post HARI RAYAAAA!



yang dua2 kat atas ni adalah kad virtual selamat hari raya kitorang.
jadilah tu kan. haha.

yoshhh warna tema tahun ni adalah kuning pastel/cair/soft/slow :P
disebabkan tahun2 sebelum ni tak pernah lagi ada tema kuning.

dannn tahun ini dalam sejarah juga,
raya this time semua orang label sebagai raya terkejut, raya tiba-tiba, raya panik dan macam-macam lagi nicknames.
sebabnya, dalam kalender tulis raya hari selasa.
tapi bila tengok anak bulan, raya jadi hari isnin! haha.
maka berlari2an lah semua untuk meng-jive-kan planning raya yang dah lari sehari.

betullah, manusia ni hanya merancang. selebihnya Allah's plan. hihi

kami ni tak terkecuali la.
tahun ni raya kat BANTING dulu.. kampung in laws. ye dekat je haha.
so plan2 dia nak balik hari isnin tu la, nak masak2 dulu, bawak balik ke banting.
tetiba malam ahad tu dah umum isnin raya, terus tak sempat nak buat apa,
pack beg dan 'lari' balik kampung. lolx


tapiii rendang trademark ai saban tahun, iaitu daripada resipi mak lang ai ini telah berjaya dimasak awal. hahaha.


ye, rendang ni dimasak pada petang ahad.
masak 3 ekor ayam.
2 ekor nak bawak balik ganu later on (masuk peti ais), seekor tu buat makan berbuka sikit, selebihnya bagi ke jiran2.
jiran2 tepi ai ada yang indians, so every raya biasanya akan bagi diorang juadah raya sikit.

untuk side di banting, baru plan nak masak ayam masak bali, daging kunyit dan sambal goreng jawa.
tapi hajat tak kesampaian.
kita tak bawa balik rendang ke banting, sebab tau every year memang diorang ada masak rendang.
tu yang plan bawa rendang ke ganu.. sebab ganu tak masak rendang. biasa masak kari atau sate pagi2 raya.

ah, tak pe la. makan la apa yang ada. kihkih
sempat tu sy bawa balik sate kajang hj samuri yang ditemui dalam paket baharu.
just tinggal panaskan je. kuah kacang dan sambal dia, semua ada sesiap.


pagi 1 syawal. meriah juga meja makan walaupun raya terkejut.



bonceng motor dengan husband, pergi masjid terdekat untuk solat sunat hari raya.
lupa pulak tu pakai mask! nasib baik la acik2 kat tepi sy okey je. siap ajak share sejadah lagi sebab kena rapatkan saf.




rupa husb wife lepas solat raya. lepas ni ke kuburan pulak, visit kubur arwah FIL.


cuaca cantikk, panas molek.

balik2 dari kubur tu terus mandi balik sebab dah 'berkicap' rasanya hahaha

lepas mandi2 tu baru la siap2 berpakaian raya and get ready untuk beraya.


gambar raya kitorang dengan MIL yang ditangkap oleh ibal, BIL.




nah korang enjoy je la gambar raya ni kalau sudi. hahaha




ni gambar behave sikit. haha


lepas tu kita gerak ke rumah sedara mara terdekat.
biasanya raya2 ni akan ke rumah nenek dulu, tapi neneknya udah tiada,
jadi ke rumah sanak saudara yang lain.


beli mask warna candy ni. semua pastel2. cantik kannn.
tapi lepas tu baru perasan, Allah, tak de warna kuning! maka pakai mask lain. hihu




mask lain. cantik jugak mask ni. sekali sekala pakai mask corak2.


berita berkaitan COVID-19: mulai 1 mei, dah ada sikit kelonggaran dalam SOP.
contohnya optional untuk pakai mask kat luar.
tapi dalam building atau tempat yang sesak, masih kena pakai mask lagi.
lepas tu tak yah dah scan2 QR code mysejahtera.

so boleh kata, tahun 2022 ni merupakan tahun rakyat malaysia dapat beraya balik kampung tanpa sekatan. 2 tahun sebelum ni, beraya kat rumah masing2 je.
apa lagi, berpesta la rakyat malaysia.
jem kat lebuhraya tu jangan cakap la. haha
dengan PM siap bagi tol percuma pada hari sabtu dan ahad. *tq, PM!*
tapi disebabkan cuti tahun ni cantikk je tersusun,
maka orang boleh cuti lama dan tak terkejar2.


anak2. anaqi recycle sampin tahun lepas. kasut diorang pun yang sedia ada je.
dua2 sneakers.




nah! ni la dia rumah kampung yang saban tahun jadi tempat kitorang bergambar. haha




ni kak nora, SIL dengan anak beliau, bella.




mari sambung sesi bergambar!
orang lain dah berjalan ke rumah sebelah pergi beraya,
kita dok sini lagi bergambar tak sudah2. haha




banyak lagi gambar sebenarnya,
tapi kita share dua keping kat blog, sudahlah.
nanti muntah pelangi pulak pembaca dok tengok gambar raya kat tangga banyak sangat. lolx




susunan kasut2 rombongan kitorang beraya.




ini pun tak sempat jahit habis. hahaa
ye sy jahit bunga2an tu. ingat nak tambah pearl2 sikit. tapi tak sempattt.
[baju raya ariana]




time ni beraya kat rumah nenek sar.




tu ila, birasku tengah minum air.
dah cakap tadi, cuaca panas. semua orang kedahagaan.


haha memang ye.
setiap rumah kitorang dok minum air je.
tapi tak bloating pun.
may be sebab cukup2 je air tu dengan musim panas ni.



adik badik husb lepak2 di ruang tamu.




kasut wani dan sandal husb beliau :P


kasut tu asalnya bukanlah kasut raya sangat.
sebab memang tengah memerlukan kasut selepas kasut lama dihanyutkan banjir.
baru la sempat nak beli.
so alang2 beli time raya, jadilah dia KASUT RAYA, nak tak nak. haha

sy skang ni membeli apa2 barang pun secara praktikal.
baik baju, baik kasut.
beli yang akan dipakai selalu dan boleh dipakai bila2 masa.
kalau beli yang terlebih cantik, ntah bila nak pakai, kena tengok masa pulak.
kalau beli yang simple2, keluar jalan mana2 pun boleh pakai. ye dak.


di rumah wak udin dan wak indah.
disebabkan laman rumah yang cantik menghijau, kita buat sesi fotografi lagi.
walaupun time ni orang lain dah masuk dalam rumah untuk makan :DD




husb ai layankan je sesi gambar bergambar ni.
wak indah pun siap support and suh tangkap gambar di sana di sini.


sy ni bukan selalu bergambar posing2 and post kat media sosial.
tidak ye.
time raya ni la yang gambar terlebih sikit. lolx



lawa kan laman dia. ish rasa nak buat macam gini la.
tunggu ada bajet.




terimalah senyumanku yang tak seberapa ni. ahahha




disebabkan tak banyak gambar wefie berempat, kita wefie la sekali sambil2 beraya.


so alhamdulillah in a day,
settle la kitorang beraya ke rumah saudara mara terpilih.
kalau nak gi semua, sehari mana cukup woih.
tahun ni bersederhana je, lagipun family in laws baru kehilangan ayah (FIL).
kira tahun pertama beraya tanpa ayah.
side kami pulak, tahun pertama beraya tanpa tok ki.
so i told my husb, raya ni kita raya kat banting le dulu.
walaupun hat 3 tahun lepas dan sebelum2 ni juga ke banting dulu rayanya.
kita consider benda2 macam ni. no hal.
tak de nak rebut2 raya mana dulu.
tapi tahun depan raya side ai la pulak (kalau Allah lanjutkan usia ni sampai ke tahun depan). hihi
mama pulak, faliq hantar balik ke ganu lebih awal.
sebab ditakdirkan tahun ni semua anak2 beraya di kampung mertua dulu.


2nd day raya! bertolak balik ganuuu.


sempat la balik basuh2 baju, keringkan baju kat dobi dulu.
sempat jugak masak daging kunyit dengan singgang tulang jugak untuk bawak balik ganu sekali dengan rendang.. haha.
tak sangka, robotik jugak kitorang ni. bekerja dengan cekap dan pantas ;DDD

singgah beli KFC kat R&R.




singgang tulang, nukilanku. ahaks.


acik wani memang suka masak2 ni.
makannya tidaklah sangat,
tapi more kepada nak menjamu orang lain makan.
nak2 tengah raya ni, kita celebrate seadanya gitu.


daging kunyik, ganu styeee.
ada tambah kentang dengan carrot sekali.




rendang ayam kampung, bawak balik 2 bekas.
seekor sebekas. ni dipanaskan sikit untuk makan malam tu di kampung felda jerangau, terengganu.




ni lauk pauk yang dibawa balik.




ni pulak semua lauk pauk, ada yang cik mah (aunty) masak.
nampak tu ayam masak merah, ikan goreng.. sedap wohhh.



3rd raya menjelma. (rabu)

esok paginya, sambung panaskan rendang.
siap goreng ketupat palas lagi. ya Allah sedapnyaaaa. goreng garing2.


kalau tanya, tak muak ke makan rendang?
tak ye. rendang ayam resipi mak lang ni, sy tak pernah muak.
sy boleh makan berkali2. kikiki

masak juga nasi goreng ikan, buat breakfast pagi tu.


lepas tu kitorang ke kuala terengganu.
sempatlah beraya kat rumah kawan pejabat, hasnah di kuala berang.

hasnah yang tak putus2 terima kunjungan tetamu.
bizi wizi dia ni. hahah


lepas rumah hasnah, kitorang laju2 gerak ke teluk ketapang pulak.
lahh kedai kepok lekor tok beng tutup lagiii.
baru ingat nak beli kepok lekor goreng panas2. wihihi

lepas tu kitorang terus ke kedai ICT (ikan celup tepung) pok mang kat belakang airport.
memang port wajib ni.
kedainya kecik je, tapi nampak dah expand sikit.
bisnes maju.. alhamdulillah.

nah, gambar ICT buat tatapan semua.


kalau teringin, bolehlah beli tepung ICT pok nong.
ada jual dah lening (sekarang).
try cari kat shopee.


sy makan ikan pari celup tepung.




ni udang celup tepung.


lepas kenyang makang ICT, kita ke rumah tok nun (tok sedara) pulak.

haa ada rezeki dapat makan kepok lekor goreng.
alhamdulillah.


4th raya! (khamis)

kita masak2 pagi ni.. mi hun goreng. yum2.
ni pakai 1 paket mi hun.


kitorang plan gerak awal haritu..
nak balik dah.
plannya singgah ke genting bermalam 1 malam.
then baru heading back to dengkil.

kita snap gambar tok yam kita, jangan lupaaa :)


macam yang diberitahu kat atas tadi,
tahun ni pertama kali kami beraya tanpa tok ki.
baru je lagi tok ki pergi.. sebelum ramadan hari tu.
biasalah, sakit tua. tok ki dan tok yam, dua2 kami sayang.
al-Fatihah untuk tok ki. dan abah. dan ayah (FIL) juga.


ni pula pemandangan di dapur kampung tok.
with my makciks.
kanan ke kiri: me, cik long, cik arah, mama & cik mah.






with durra, SIL.
aiseh tak snap gambar naim haikal (anak sedara) pulak.




with ain pulak, SIL.




tradisinya memang gini,
bila nak bertolak balik tu, dok meriah2 kat depan ni.
bergambar, bersalam dan lain2 lagi.




the kids with faliq & ain.




the kids.




tata, semuaaa. sampai jumpa lagi, insyaAllah.




time ni kat mana ehhh.. temerloh ke..
tapi lepas2 tu, tak tak jem dah.
biasalah, tetiba kereta slow. lepas seketika, kat depan, tengok tak de apa2. hahaha



so settlelah sudah raya di kampung tahun ni.
kita sambung la dengan siri2 jamuan raya and open houses lepas ni.
mana2 yang nak puasa sunat syawal tu, mari2. banyak ganjarannya, insyaAllah.

dah, nanti kita sambung lagi insyaAllah.

toodles! 

No comments: