Wednesday, May 11, 2022

hari ibu dan short trip ke swiss garden hotel, genting

assalamualaikum and hi! :)

think it's not too late to wish every mom in this whole wide universe;
HAPPY MOM'S DAY!!

and to my mama too.. selamat hari ibu! we love ya, nek yah!

ni gambar kitorang ahad baru-baru ni.
singgah shah alam jap jumpa nek yah budak berdua ni. kikiki
 







sambung kisah lain pulak.

so lepas gerak balik daripada beraya kat kampung haritu,
kitorang singgah genting odw.
most of hotel semua sold out ye.
asal2nya pun kitorang plan nak stay kat KTcity (it's kuala terengganu if you're wondering),
tapinya hotel semuapun habis! gila tak gila. haha
nampaknya orang malaysia ni beraya tapi stay hotel.
may be sebab rumah di kampung tak muat semua orang untuk tidur dan sebagainya. idk.

so akhirnya ke genting la kita.
hotel yang available hanya swiss garden.
lain semua, air bnb je gitu yang tinggal (apartments and such).

maka marilah ke swiss garden.
SG ni agak baru la jugak,
dia sebenarnya sebelah windmill apartment. windmill ni banyak jugak air bnb nya.
may be SG ni building windmill yang dibeli oleh hotel? ntoh le, mak minah. haha

so we arrived in genting around 3pm kot macam tu.
tengah2 raya lagi kan, so mana la ada kedai makan sangat.
sudahnya ke food court sebelah KK mart tu, makan nasi goreng ayam goreng (gerai cawangan daripada kedai mamak jugak). sedap le nasi gorengnya, makan panas2. share dengan anaqi. more to paksa dia makan, sebab dia tak nak mulanya.
dah tu katanya lapo. haha
babahnya and ariana makan nasi putih dengan ayam goreng mamak dan kuah kari.

lepas kenyang tu baru gerak masuk hotel.

ramaaaiii orang queue kat kaunterrr.
i was attended by a staff named joe.
setengah jam rasanya beratur. lepas tu dapatlah kitorang masuk ke bilik hotel.


cangg! ni la biliknya. simple and nice kan. sini tak de karpet.




bathroom, untuk tatapan pembaca sekalian. ahaks


kitorang singgah ke genting ni lebih kepada merehatkan diri selepas perjalanan yang panjang.
kira pit stop la sebelum pulang ke selangor.
tak ada pun naik sampai ke atas atau pergi GPO ke.
kitorang just rest2 je kat hotel tu.
harga bilik pun affordable la jugak. tak de la ambik bilik yang mahal2.

harga breakfast buffet kat hotel SG ni adalah RM25 untuk dewasa dan RM12 kanak-kanak.
ok kan harga dia. choice pun boleh tahan banyak.
anaqi makan free je. staff dia bagi free, may be tengok kecik budak ni.. makan pun tak banyak mana.
haha thank you, hotel.

tengoklah tu, secoet dimakannya :P


ariana time ni belum ambik makanan lagi.

ariana makan : cereal dengan susu. nugget. sosej.
anaqi makan : sosej, nugget, telur rebus nasi lemak, timun.


datang pagi2 buta jam 7.30 ni, tak ramai orang lagi.


mujur datang awal,
sebab lepas2 tu ramai gile orang ok.
ada makanan yang habis and lambat sikit topup sebab ramai orang pun.

i love the plates, bowls, cups.
semua colorful. boleh pilih kaler apa nak.


sy pilih pinggan kaler pink. pilih makanan2 berasaskan american breakfast.
kenyang and sedap.


tak cukup dengan breakfast omputih,
lepas tu ambik oriental pulak (bubur nasi) HAHA
sebab sy terpaling suka makan bubur nasi kat hotel punya buffet. ambik sikit seciput pun jadi.

tujuan kitorang keluar breakfast awal tu,
adalah sebab budak2 ni nak pi swim.
menengokkan time check in tu ramai gile orang,
husb kata kita kena gi pool awal jugak ni.
takut 'jeng' poolnya.


seronoklah AAs jumpa heated pool / jacuzzi. so suam2 je airnya.




sebelah tu kolam kanak2, tapi sejuk airnya.
jadi AAs berendam and berenang dalam jacuzzi ni je.




ai jadi pemerhati je. dan photog.




memang lawa view dari tingkat 41 ni. pool kat tingkat 41.


sebenarnya kat tingkat 40 ada viewing deck.
makna kata, nak snap gambar scenery kat situ pun boleh.
dan nak datang ke pool ni, kena naik lif hotel ke tingkat berapa eh.. 38 kot.
lepas tu naik tangga sikit dan lalu ke blok sebelah untuk tukar lif ke tingkat 41 (pool).
jangan risau, sebab ada penanda arah. ikut je.
sila la minta towel daripada housekeeping sebelum mai, sebab kat pool tu tak de disediakan towel.


kalau jalan ke kiri, ada pula pool yang super besar untuk dewasa.
tapi pool ni air sejuk la jugak. haha
landskap cun.




ni juga salah satu landskap.




pokok kemboja kegemaranku. pokok estetik, kata wani e.




husb in jacuzzi.




banano.




aiqiqi.




the mom a.k.a photog.




the dad.




sudahnya balik kesejukan. hahaha




ni gambar AAs time kitorang check out.


balik tu singgah KL pulak, cari makan.
pusing punya pusing pakai google map,
tutup semua kedai makan ye.
yang ada kedai chinese je. bahaha

so balik dengkil, singgah mamak depan rumah tu je.
pukul 12 gitu, makan tengah hari di kedai mamak.
sedap pulak ayam masak cili berempah dia ntah apa namanya. haha
makan dengan peria goreng. surrrr. (ongpenang suka kata surr surr ni kalau sedap. ye tak? ai bukan orang penang :P)

so gitulah ceritanya.
then sambung la bercuti raya sampai hari selasa.
selebihnya hari cuti tu digunakan untuk settle baju2, termasuk gosok baju sekolah yang super banyak, berjalan2 dan berehat2an.

toodles!

No comments: