Monday, April 11, 2022

trip ke farm in the city

assalamualaikum and hi! :)

so ini kisah anak-anak ke farm in the city.
macam biasa, entry kisah yang lalu, sebelum romadon lagi :P

so pada 18 mac 2022, kelab ofis ai buka slot lawatan untuk anak-anak (dan parents yang nak join)
ke farm in the city.
time cuti sekolah, bagi budak2 experience tengok farm animals.

AAs pagi2 buta dah get ready dalam bas.



anak-anak berkumpul di atrium dulu.



bergambar dulu dengan KSU dan pengerusi kelab.



AAs dan kawan-kawan.



dapat breakfast happy meal. masing2 pun happyyy.
amni, afiya, ariana, anaqi.



sekejap je naik bas, sampai sudah ke farm in the city, seri kembangan.
ni budak-budak dok dalam group, sebelum nak masuk ke dalam.



mula2 tengok and pegang pony dulu.



anaqi dapat kangkung dan bagi kura-kura makan.


ada sekor kura-kura tu.. overload makan dah kot.
sebab ramai orang bagi dia makan.
so dia buat bolayan je dengan sayur-mayur yang disuakan ke mulutnya.. haha
binatang lain rakus je makan. :P


with the kambings. lolx



anaqi bagi makan kambing pulak.
dia ni tak takut apa. semua binatang nak pegang and try bagi makan.



ni pulak geng berdua; ariana and afiya.



rusa. anaqi sebut RUSA *baku*
sebab dia belajar gitu kat tadika dia dulu. haha



bebudak lepak dulu makan minum apa yang patut.


bagus jugak sy follow sekali budak2 ni.
sebab dapat tangkap gambar AAs and bagi diorg makan.
mana2 budak2 yang datang sendiri parents tak ikut, tak bawa duit,
join pi tengok rabbit kat belah sana.

maka ibu bapa, kalau diberi peluang join aktiviti dengan anak2, join je le.
banyak manfaatnya. hihi


time ni bagi makan ikan pulak.





anaqi yang belah bawah tu.. haha.



ni pulak anaqi tengah pegang iguana.


memang banyak gambar anaqi,
sebab nak intro dia dengan haiwan2 ni semua.
ariana dok berjalan dengan kawan dia, so biarkan.


sy diberi peluang pegang tiang untuk burung parrot ni. eh parrot ke?



burung ni, dia nak makan phone sy, tau! sabar je la.



kids and raccoons.


raccoon tu pakat2 lepak kat atas je dan ambil kuaci yang diberikan oleh pengunjung.


anaqi nak bagi makan.



anaqi, afiya, dhia, ariana.



dah settle2 tengok haiwan kat dalam, budak2 berkumpul untuk gerak balik.


balik ofis tu dapat nasi ayam pulak.
terbaik laa kelab ofisku!


balik2, anaqi duduk dengan sofea dalam bas.
ariana dengan geng dia la, apa lagi.

 

sekian kisah anak2 ke farm in the city.

kihkih.

No comments: