Wednesday, November 03, 2021

happy birthday, anaqi and vacay

assalamualaikum and hi! :)

30 oktober hari tu birthday anaqi.
we didn't have any extravagant celebration.
just us, and KL vacation. lolx

sebelum tu, sempat beli cuppies untuk kawan-kawan anaqi on friday.

cute cuppies!



tiut miut like you. haha


so on saturday (oct 30th),
kitorang bersiap-siap nak ke KL.
well i always love city vacations.
more relaxed; you just enjoy your time with your loved ones,
tanpa ada distraction yang berlebihan untuk buat aktiviti lain (macam nak kena berjalan jauh-jauh, atau nak kena prepare makanan piknik, atau nak pergi paragliding. HAHA. contoh)
you just lepak and relax in your hotel room.

that's why you best need to choose your rooms, based on your activity.
kalau rasa-rasa banyak nak spend masa untuk buat aktiviti kat luar,
pilih bilik biasa pun ok, saiz doesn't matter.
tapi kalau nak melepak most of the time dalam bilik,
carilah bilik yang lebih selesa.

ok back to birthday boy!

alhamdulillah. happiest birthday to you, anaqi!



we're in the squid game theme this year.


disebabkan tahun ni kita celebrate sempoi-sempoi je,
hadiah tak prepare, kek pun tak tempah.

maka bawaklah AAs ke toys warehouse di jalan raja laut, KL.
pilihlah sendiri mainan yang korang nak. haha


besar jugak kedai ni. 2 tingkat.
selama ni nampak kat website je.


dah settle-settle bayar,
pekerja yang tunggu kat luar pintu akan tolong pasangkan bateri semua.

harga ok la, tak mahal macam mainan branded.
tapi tak de la super murah. ok-ok la.
kalau berminat nak beli kereta letrik, RM500+ dapat jugak kereta letrik yang besar.

mainan apa lagi ada?
ada basikal, kereta motor letrik yang boleh dinaiki,
drone, remote control car, ultraman, avengers, blocks macam lego2 pirate tu,
tracks untuk kereta, trains, mainan2 murah yang jual kat pasar malam,
mainan untuk girls macam masak2, anak patung, music, macam-macam lagilah.


at jalan raja laut.
deret ni banyak jugak kedai mainan and basikal. depan2 tu ada lagi.
tapi tak de la nak menyinggah.
nak parking pun satu hal. ni babahnya tunggu tepi jalan je. haha



depan toy warehouse.


time tu dah dekat pukul 3 petang kot.
dah le kebulur.. hahaha.
so singgah restoran insaf jalan TAR, tapau.
melayang RM60+++.
biasalah restoran insaf, harga pun insaf :P
tapi makan puas hati la. pejam2 mata (sebab sedap).
yang penting air jus mangga dia maintain RM6, tak naik harga.

lepas menapau tu, sampai la kitorang ke hotel dorsett KL.
location kat jalan imbi.

first time kot menginap kat sini.
tak tau pulak hotel ni ada masalah parking.. huahaha.
parking dalam building, seriously limited.
kena parking kat parking terbuka seberang jalan, RM10 per entry or per day kalau tak keluar ke mana-mana.


kat lobi hotel.



nak jugaklah menyelit bergambar. haha


hotel dorsett KL ni tak silap sy dah lama bertapak di KL.
i had a good experience at dorsett putrajaya, so nak try la yang KL punya.


signature hotel, ada burung kat tepi pintu. haha


disebabkan vacation kali ni nak melepak kat hotel je,
we opted for a suite. besar dan selesa sikit untuk budak-budak berkejar-kejaran.




yang penting, pilih bilik yang ada bath tub. budak-budak suka la kan mandi bath tub.



ada 2 tv, satu dalam bilik, satu kat luar.



family photo 1.



family photo 2.



pemandangan dari dalam bilik.



ada meja study.



pemandangan dari tingkap bilik hotel.
ehh nampak macam gambar digital la pulak haha. padahal gambar betul ni :P


channel tv yang disediakan.


ada bawak USB, konon nak tengok movie.
tapi tv kat bilik hotel ni bukan smart tv.
cucuk punya cucuk, tak de USB function hahaa.
tengok je la channel tv mana yang ada ni.


tadi kan cerita tengah kebuluran.
lepas kenyang bergambar bagai (hahahaa hartamas), settle solat zohor,
ai is makan dengan penuh perasaan. ye la, nasi beriyani insaf. lama ok tak makan.
sedapnyaaaaalahhhh. lagi2 ayam goreng dia. yums.



ayam goreng diaaaa *mata keluar cahaya* lolx


so lepas tu kitorang tak de buat apa pun, lepak bilik hotel je.
ingatkan malam nak pergi bersteamboat kat pavillion.
tapi se'eh (kenyang), kang rugi pergi steamboat :P

walaupun begitu, kitorang ada jugak menapau makanan yang light2 untuk dinner.


kek birthday kecil-kecilan untuk anaqi.
daripada ben's.



jadilahh ada kek kecik. buat makan kita-kita je.



anaqi bergambar dengan keknya.
tahun ni tak de kek kartun2 ye. kita celebrate simple dimple je.







budak ni memang hantu kek. haha


so esoknya tu, ready for breakfast.

kat dorsett KL, ada pilihan masa breakfast untuk mengelakkan 'traffic jam' di kala pandemik.
i chose jam 8.30 pagi.
mula-mula ingat nak ambik 7.00 pagi.
tapi memikirkan budak2 ni ntah dah bangun ntahkan tidak,
nak selamat, kita ambik 8.30 pagi je. haha


dia bagi kad macam ni.


since sy ambik pakej hotel ni bawah pakej '3 wishes',
kitorang dapat complimentary breakfast dan late check out.
lagi satu wish tu ai dah lupa apa :P (oh! dapat cookies kot! TQ, dorsett ^^)

cumanya hotel ni terlalu jaga alam sekitar.
nak minta extra towel untuk anak pun, kena charge RM10.
padahal bilik suite. bagi la complimentary towel kan. adoila.
sebelum tu, request balloons 1, 2 biji kat bilik untuk anaqi pun, hotel declined.
hotel kata, musim COVID ni tak buat deco wedding, deco birthday.
alasan dia nak jaga penjarakan?
alasan COVID jaga penjarakan tu kitorang masih di awang2an haha..
sebabnya deco tu dalam bilik. and tak minta deco pun, request 2 biji belon je untuk budak2.
tang mana tak patuh penjarakan?
alasan sangat kan :P
padahal kalau spend time sikit untuk beli belon 2 ketul harga RM2, place it in the room,
dah sangat-sangat thoughtful tau.
i already mentioned ' my 6 year old son's birthday'.
kalau nak banding dengan hotel sunway yang kitorang pergi last 2 weeks,
jauh beza diorang jaga hotel guests.
hope dorsett can improve.
tau la kami ni orang biasa2, tapi mana tau kot satu hari nanti ada VIP lain datang, hotel layan tak layan macam ni.
kan satu kerugian tak dapat recomendation.
ok la panjang lebar pulak tak puas hati ni hahaa.
mana yang baik kita puji, mana yang kurang, kita inform untuk penambahbaikan.


breakfast time! :D



satu nak puji dorsett ni, makanan dia memang ngam.
yang kat putrajaya dulu makan pun sedap.
yang ni, nasi goreng ikan bilis. sedapnya lahai. bertambah makan. thanks, chef!



om nom nom.


selection makanan tak la banyak gile, tapi yang utama2 tu ada..
macam nasi lemak, american breakfast, nasi goreng, mi hun, lauk, bubur, buah, telur, roti tak ingat ada ke tak.
dia tak de la extra extra spreads. but still sedap.
sy suspect hotel dorsett KL ni tengah nak build up balik lepas pandemik sebelum ni.
so all the best to dorsett, semoga dapat keuntungan berganda2 lepas ni.
kitorang pun nak support industri perhotelan tempatan.
tapi hotel kena jaga guests baik-baik. deal? ;)


nah terimalah gambar kitorang ni. hahaha



heyloo delo!



with birthday boy yang dah lapse sehari :P



makan kena laju-laju, sebab jam 9.00 pagi ada tempah swimming pool.


so lepas breakfast,
gerak ke level 4 untuk main pool.
gym pun ada sini.
kena booking pool. supaya tak ramai sangat.
ramai parents dengan anak-anak je. haha





ada kolam untuk budak kecik bawah 1 meter, ada kolam atas 1.2, dan yang dalam pun ada.
boleh pilih ikut kesesuaian.


scenic pool. lolx





mama tukang snap gambar je. hihi



anaqi's layparking besides the pool. aicewah.



so tu la kisah kitorang bercuti pendek kat hotel dorsett, KL.
balik dari pool, lepak bilik, napping, main, sampai le pukul 2p.m. untuk check out.

till next time!

No comments: