Tuesday, November 16, 2021

bermain di tempat tak ramai orang semasa covid melanda

assalamualaikum and hi! :)

hahhaha saja je letak tajuk gitu.
panjang tak?? :P

mungkin orang dah lost counts ini hari keberapa PKP/PPN.
mungkin jugak orang dah tak tengok statistik kes macam dulu-dulu.
sebab semakin banyak kelonggaran kerajaan dah bagi.
boleh balik kampung, boleh melancong, boleh pergi jalan-jalan.

kitorang pun tak terkecuali.
sebenarnya dah lama budak-budak ni terperap kat rumah time PKP.
and lama jugak tak ke games arcade.

jadi kitorang a few times jugaklah pergi,
sampai husband cakap kitorang dah addicted HAHAA
betul la tu, addicted to fun, ai cakap.


air hockey nama game ni.


ni la tempat lepak kegemaran kitorang.

yes, i will transform these kids to be just like 90s' kids. buahahaa
walaupun tempias anak2 millenia tu tetap ada (i.e main phone. tu pun sebbaik tak de tablet).
jadi sebolehnya sy akan sediakan aktiviti-aktiviti 'memanaskan badan' macam ni yang diorang boleh bergerak, melompat etc etc.
aktiviti yang budak-budak suka, apa lagi.
games, berenang, sports lain tu kekadang la.

hari tu ada la bawak gi jogging.
bising diorang, kata letih la panas la (after 2KM walk hahahaa)

i told them, jangan dok main phone je pagi petang siang malam,
nanti badan lemah, tangan lemah.
pi la keluar sekali sekala main.
(nasihat ni kepada semua anak2 millenia jugak)


suka main kat sini, sebab most games yang simple2 macam ni, baru seringgit. yes, seringgit!
ada jugak yang 2 ringgit, 3 ringgit bergantung kepada kecanggihan game tersebut.




dan semestinya kitorang suka lepak games arcade ni sebab tak ramai orang,
atau kadang tu, tak de orang langsung! :DD
rasa macam VIP yang memiliki game arcade sendiri pulak (tapi kena bayar. lololx)


aktiviti menguatkan otot-otot lengan, laksana penggusti WWE. wahaha



game ultraman kegemaran diorang.
tiap kali main, dapat 1 kad. habis dikumpulnya kad ultraman tu.. ya Rabbi.


datang sini bawak spray sanitizer.
tiap kali nak main, tiap kali mama ni dok spray-spray mesin tu :P
ye serius. sy mengspray mereka. haha


lama dok tunggu budak2 main, kita pun test skill main drum.
punn spray jugak kayu drum tu. hahaha


so tu je la alkisahnya.
walaupun tak pergi berholiday jauh2,
pi mall dekat dengan rumah, main game arcade pun jadiii.


entry ini disudahi dengan gambar makanan :P


roasted veggies. masuk oven sejam setengah.
paling sedap lada benggala yang dah roasted.
rasa dia manis.



ye ini adalah breakfast.
sekali sekala masak western breakfast :P
sosej tu beli kat jaya grocer. tak de pengawet atau pewarna. tapi harga boleh tahan.



brekkie.

 aight, toodles!!

No comments: