Friday, January 24, 2020

bekal sekolah ariana

assalamualaikum and hi! :)

sejak ariana bariana kariana masuk sekolah ni,
sy pun gigihlah membuat bekal untuk beliau.. haha.
bila tanya, dia cakap, "nak, nak bekal sekolah pagi. sekolah petang nak beli." lebih kurang macam tu.

pagi dia sekolah agama, petang sekolah kebangsaan.
so oklah, kita prepare bekal untuk waktu rehat dia jam 9.15 pagi.
usually pagi-pagi pukul 6.45 - 7.00 tu, ariana akan makan ringan-ringan dulu atau minum susu je.

pukul berapa si pembuat bekal bangun?
sy akan mulakan gerak kerja (gerak kerja katanya :D) around 5am kalau nak masak tahap intermediate.. yang kena kupas bawang bagai.
kalau goreng benda sedia ada macam kepok lekor ke, nuggets.. turun dapur lambat sikit, dalam 5.30am.

ni lah antara bekal-bekal yang dah disediakan sejak awal minggu hari tu.

bekal ariana.



mi goreng, grapes (dalam bekas kecik) dan susu 'frozen'.

hahaa susu 'frozen' tu memang wajib ada.
dia pun suka minum susu.
buah pun sebolehnya sy akan letak jugak dalam bekal dia.
sebab budak-budak ni kan kurang sikit makan sayur, so kita lebihkan buah.
sayur pulak kita potong kecik-kecik biar tersorok dalam makanan tu. wah haha.


nasi goreng telur, jambu madu, susu (yang ni strawberry banana limited edition). carrot sorok dalam nasi goreng.. ariana kata dia tak suka carrot (anaqi suka). HAHA



bila kemalasan menjelma, kita goreng cucur lemak manis adabi je.



kepok lekor. time bawak bekal ni, memang habis licin. grapes dan keju 'laughing cow' satu kiub. susu.



ulang balik mi goreng. combo dengan kepok keping. grapes dan susu.



nasi goreng ikan bilis, epal, keju dan susu.

yosh kalau goreng-goreng ni,
banyaknya akan buat mi goreng dengan nasi goreng.
ai is tak tau sangat nak masak apa.. menu ariana ni limited sikit.
benda pedas tak makan. haha
so masak yang semuanya tak pedas.

spaghetti carbonara, mangga, susu.



nasi goreng ikan, nuggets, mangga, susu.



yang baru ni punya; cucur lemak manis adabi, mangga, keju dan susu.

agaknya menu bekal ni akan berulang sebab itu yang ariana suka makan.. haha
mungkin akan explore menu lain yang budak-budak suka.
macam chicken grill ke?
burger ayam home made ke?
haa tengoklah kerajinan sisthor macam mana nanti :P

Tuesday, January 14, 2020

lost world of tambun trip - day parks

assalamualaikum and hi! :)

marilah kita menyambung kisah pengembaraan (mengembaralah sangat :P) kat sunway's lost world of tambun (LWoT), ipoh, perak.

we stayed the night at golden roof hotel..
pagi tu mintak jug kettle kat reception counter,
untuk 'masak' youmee perasa bawang goreng HAHAA
youmee ni kira instant noodles versi sihat.
yang tak de wax, MSG semua tu.
husb keluar kejap makan roti canai dengan budak-budak.
kedai mamak tu dekat-dekat area hotel jugak.

rendam dalam bekas yang memang ada dalam paket youmee. very convenient.

lepas dah kenyang perut suka hati,
kita ramai-ramai (4 orang je haha) terus check out hotel.
sebab dah niatnya nak duduk kat dalam LoWT tu dari pagi sampai petang.
baru berbaloi tiketnya.. ye tak. haha


readyyyyyy.

tak sampai 5 minit (tak sampai 3 minit kot??) sampailah kitorang kat pintu masuk LWoT.
mak aih baru pukul 10 pagi kot, kenderaan semua dah menyerbu parking.
progresif rakyat malaysia bab-bab pi berjimba ni. HAHA


here we are! cuaca panas cantik. rentunglah sat lagi ni :P

jangan risau bab rentung.
sebab sebelum ni ada mention,
LWoT ni sejuk dan redup sebab berada dalam kawasan hutan, gunung, bukit bukau semua tu.
so walaupun cuaca panas terik,
duduklah kita kat tempat-tempat yang redup. okekk :DD

membacakan tips orang ramai yang pernah ke LWoT,
pagi-pagi tu sangat sesuai untuk kita pergi ke amusement park dulu.
mainlah segala mainan yang ada kat situ.
sebab pagi tak ramai orang sangat and taklah baju basah lagi.
nanti nak naik tren dll.. then baru mandi.


bawak jugak neck fan tu kot budak-budak ni panas. lagi-lagi anaqi. haha. dia bukan boleh kalau leher berpeluh sikit :P



memandangkan kali ni theme berbie/hot wheels, dalam LWoT juga ada dibuka kedai mainan ni.

harganya tak de la murah mana.
murah lagi harga masa toys r us atau lazada buat promo.. hahah.
tapi since dah sediakan bajet untuk budak-budak ni beli toys,
kira pejam mata pandang kiri kanan je la kita.. *lepas tu buat-buat pengsan* lolx


main benda pusing-pusing ni dengan ariana.



babah dengan anaqi main merry go round dulu.



suasana yang amused di amusement park :P

kat LWoT jugak ada satu area khusus untuk barbie/hot wheels.

pintu gerbang.



ada trek hot wheels.



ada a few props yang comel-comel untuk bergambar.. macam ni.



ariana naik van barbie.



ada mainan barbie jugak.



barbie doll versi 6 tahun-bawak botol air :D



barbie muslimah. kihkih



ken versi malaysia. ahhaha

kat area hot wheels,
budak-budak boleh 'race' basikal dan bergambar kenangan kat podium.

tengah pakai safety gear.



fuhh budak berdua ni masuk race ke.



ariana memang suka main basikal kat sini. banyak kali dia cerita best, best naik basikal.



anaqi race ditemani oleh babahnya, haha.



congrats, winners! babah ceber sebab dapat no. 3 je. rofl.

kat dalam LWoT ni guna sistem digital token or something, kalau nak beli makanan dll.
means kita kena top up gelang tangan kita dan gunakan untuk bayar.
tapi sebenarnya boleh je pakai cash.
nak mudah, pakai token je sebab susah nak bawa cash ke sana ke mari dengan nak main airnya lagi. haha
jangan risau sebab baki token boleh dapat semula, sebelum balik.
tapi alkisahnya babah terlupa nak ambik balik.
ada la baki dalam RM40 dalam tu... *orang kaya baling duit* :P


kemain besar gula-gula kapasnya hui. gula-gula kapas = mama nampak gula je di situ.



chill lepak-lepak makan dulu. ni sebenarnya nak kill the time, tunggu tren. tren bukak dalam pukul 11.30am ke macam tu.



salah satu pool. tengok tu ada bukit-bukit kat belakang. so boleh bayangkan nyamannya tempat ni (walaupun hari tu panas terik sikit. yoshh musim panas dah tibaa)



beli keropok lekor. harga tak la murah mana, tapi masih boleh terima.

dicadangkan korang top up RM50 dulu untuk makan.
kalau tak cukup, tambah lagi.
harga makanan berat macam nasi, burger semua tu around RM10.
kalau pasta, belas-belas RM.
so RM50 tu ok je untuk 4 orang.
unless korang kaki makan dan nak try macam-macam. top up la RM100 kihkih
(tapi top up banyak-banyak nanti terlupa ambik baki macam kitorang.. huaaa lolx)


ok dah berjaya naik tren! (lepas queue lama) anaqi tidur pulaknya.

dia memang waktu tidur dia kalau tengah hari menjelma.
lepas tu bila tengok gambar, dok bising kat kita "kenapa tak kejut anaqi?" haha
kalau korang malas queue, silalah beli tiket fast lane.
RM25 je tak silap, boleh cut queue banyak tempat dan dapat free admission ke rumah hantu, main zipline dan ada lagi tak ingat.
tapi kitorang beratur je sebab awal-awal tu ok la lagi beratur.
kalau dah petang, memang panjang gileeeee.
tren datang setiap 20 minit.


on the train.

sila naik tren kalau korang tak sempat nak berjalan pusing satu LWoT.
kadang ada orang nak focus swim-swim kan,
kadang ada yang nak tengok-tengok tempat dulu, baru dia hop off.
yosh tren ni jugak akan berhenti di beberapa spot.
tapi kalau dah turun tu, chances nak dapat naik balik susah sikit
(sebab semua orang malas nak turun! kihkih)

lalu di dulang tea house. ala tak sempat nak singgah dan makan kat siniii. may be next time. kedai pun nampak penuh.



with em elephants (batu) :D

sebenarnya banyak tempat-tempat haiwan yang kitorang missed untuk pergi/singgah.
sebabnya anaqi tidur,
and lepas tu AAs sibuk nak main air.
may be next time ya :)

time budak-budak ni main air,
sy tinggalkan diorang dengan babah
dan pergi jalan sorang pusing LWoT.
too bad tak bawak telefon sebab tinggal dalam locker haha.

so ada gambar-gambar tak sempat nak snap.
even gambar masa tiger show pun kitorang tak snap :P
(masa ni tak bawak water proof phone case, nak beli kat kedai LWoT sampai 20, 30 ringgit. so tak beli la kita)


ni tempat orang mendulang bijih timah. korang boleh mendulang and ambik gambar kat sini.



adventure park. boleh main zipline, berkayak, stay at glamping..



ni macam luxury glamping ke camne. or a lake house?



the view of dulang tea house from the outside. bolehlah kalau nak duduk-duduk makan makanan ala kopitiam kat sini.



bergambar je la yang sempat. nak singgah tak sempat.



ni pun snap dari tren je.

kalau korang singgah,
boleh bagi haiwan makan etc.

time sy berjalan seorang diri, singgah swan lake.
sebab tiket sy ada dapat 1 makanan ikan percuma.
so pergi redeem makanan ikan tu.
ikan-ikan dalam tasik tu kebulur ke cam ne..
bila kita baling, punyalah banyak ikan muncul.
padat-padat.. semua melompat sebelah menyebelah.
tak kenyanglah kot diorang tu kalau kena berebut ramai-ramai macam tu sekali.
ni kalau tangkap pakai tangan, sure dapat.. haha.
sebab super banyak ikan.

selain tu jugak ada barbie tea party dekat-dekat area swan lake.
manalah sy tau, kalau beli barangan barbie, dapat join barbie tea party.
kitorang beli barangan barbie/hot wheels time nak balik.
masa tu dah nak malam and tea party pun dah tutup.. doink.


gambar pengunjung berenang-renang dan ada jugak yang duduk-duduk (ibu bapa mostly).

the rest, kitorang dok fokus main air (fokus katanya HAHA)
jadi tak bawak telefon.
lepak kat hot springs dengan ada waterfall semua.. fuh memang best.
kalau la LWoT ni dekat klang valley,
harus la beli annual ticket dan datang setiap kali weekend (melampau kau jah HAHA)
ni sebab kat ipoh dan malas nak mengadap jem ke ipoh tu je ha.
walaupun dekat dengan KL/selangor,
tapi time-time cuti tu, hambikkkk dia punya jem. 5 hours pun jadi.

so habis mandi-manda berenang sakan
(oh, solat kita jamak zohor asar. so tunggu je la after zohor baru nak terjun masuk air),
lepas swim-swim, bawak budak-budak shower and changing.
then baru ke kedai mainan barbie/hot wheels.

menunjukkan hasil pembelian masing-masing kat kedai.

then sebelum keluar terus,
akan lalu kat kedai souvenir.
ada la beli fridge magnets semua tu.
korang boleh dapatkan banyak merchandise LWoT kat sini.
harga, ada yang ok, ada yang mahal.
so tengok-tengok la mana yang berkenan di hati.
kalau swim wear, sy rasa harga sangat ok dan banyak choice jugak.
nak beli swim wear kat kedai ni pun boleh.

oh lupa nak cakap.
dari segi pakaian, nampak macam tak berapa strict atau
kena wajib pakai swim wear.. no.
kalau pakai dry fit shirt pun boleh.
sebab nampak ramai je pakai.
kitorang ni je ha yang gigih pakai swim wear hihi
i mean kalau setakat nak main air, pakai dry fit dah ok.
tapi kalau nak main slide semua tu, better pakai swim wear.
nanti sangkut kat slide, tiada siapa peduli. ahhahaha JK.

suasana di dalam kedai souvenir LWoT.



ok nak balik dah!! enjoyed ourselves much! thank youuu, sunway's lost world of tambun.

memang nak datang lagi.
tapi tengoklah.
tengah fikir camne nak mengadap jem tu. HAHA

sebabnyaaa tak puas lagi trip ke ipoh time tu.
asalnya kitorang menginap la kat ipoh city.. kat syeun hotel.
ingat nak bagi budak-budak enjoy mandi pool kat hotel pulak keesokannya.
tapi last minute dapat mesej yang ariana ada hari orientasi the next day.
hotel pulak dah tempah.
so balik daripada LWoT, kitorang stay kat syeun hotel untuk 1 malam.
then esoknya pagi-pagi buta jam 5am,
gerak terus balik ke dengkil. hahah

benda macam ni pernah berlaku sekali sebelum ni..
time tu kitorang kat melaka kot.
then kena rush balik pagi-pagi buta sebab ariana ada graduation day :'DDD
memang 'rushing' dan kami tak dapat dipisahkan (harapnya dapat dipisahkanlahh especially time pergi holidayyy).
tu maknanya, we're humans do plan, but Allah is the best planner.

ok finallll.
nah gambar sikit kat syeun hotel, ipoh.
hotel ni lama, deco lama, tapi ok la ada pool (walaupun tak sempat main) dan harga berpatutan.

suasana dalam bilik hotel. AAs tengah bukak mainan masing-masing.



almari old school. tapi okey je kemas.



di bahagian depan.



bilik air.



ada toiletries.

maka tamatlah cerita LWoT trip kita pada 2019.
overall, we had a great time, walaupun tak lama kat ipoh.
seperti yang orang lain (yang pernah pergi ke LWoT) pernah cakap,
they'll definitely come again.
sebab tempatnya yang cosy dan sangat sesuai untuk keluarga.
kalau rasa nak pengalaman yang lebih kurang,
tapi di tempat yang lebih dekat and luas sikit,
silalah ke sunway lagoon. ahhahaha.
tapi sunway lagoon mahal la sikit. dan lenguh kaki nak jalan :P
tepuk dada tanya lokasi. haha

ok till then!!
ciao!