Sunday, December 01, 2019

staycation di vivatel hotel, kuala lumpur

assalamualakum and hi!

baru balik daripada staycation 1 malam (je haha) kat vivatel hotel, semalam.
tu pun sampai jumaat malam, balik tengah hari sabtu.
sebabnya ada 2 baucer hotel yang berakhir 30 november yang tak dipakai oleh husband.
so habiskan dua-dua tu, booked 2 bilik sekali dan buka pintu tengah.

baru perasan yang bulan november tak de satupun blog entry *sedihhh*
di manakah komitmen jituku terhadap blog ini?? *lempang diri sendiri*
ye, bulan nov memang bulan yang agak sibuk, tak dinafikan.
nanti kita update cerita bulan nov ye :D

bilik vivatel berkonsepkan moden dan centre piece di bilik adalah lukisan bangunan/mercu tanda yang agak besar.

biliknya tak la super besar,
tapi nampak effect besar.
sebabnya dia berkonsep macam terbuka dan banyak cermin.
deco was nice, kemudahan dalam bilik pun lengkap.
iron (steam), peti besi, hairdryer, cermin zoom in zoom out (ntah apa nama cermin tu. yang boleh buat belek-belek muka dalam toilet tu. haha), towel pun sampai 3 jenis dia bagi.
sejadah je tak de dalam bilik ni. kena request kot.

kitorang dapat upgrade bilik di platinum floor (atas sekali tingkat 12).
mungkin sebab check in pun dah lewat malam.


ni bilik sebelah. interconnected by a door.



bilik air konsep terbuka with sliding doors. boleh buka tutup ikut suka hati kau :DD



hampir tertembus sy sebab tak perasan ada cermin perantara between toilet dengan shower HAHA

(dah bagitau.. bilik hotel ni banyak cermin!)


toiletries pun lengkap. kalau syampu siap dengan conditioner, kira lengkap la tu.

bau shampu agak maskulin.
mungkin untuk unisex, tapi bau lebih kepada agak keras.
tau kan macam minyak wangi bau keras? haha
yang ni bau untuk syampu.


semuanya tersusun kemas di atas meja yang panjang.



mesin kopi pun ada.



ni ruangan tv dan tepi tu meja study.



channel tv yang available.

channel vision 4 paling banyak.
kira banyak gila la channel movie korang boleh tengok.
yang lain kebanyakannya channel tv biasa.

tapi plug point cuma ada 1, kalau korang nak charga smart phone dsb.
sila bawa extension kalau ada lebih daripada 1 gadget untuk dicaj.


breakfast.

pilihan makanan breakfast adalah sederhana.
tak terlalu banyak, tak pula terlalu sikit.
hidangan utama macam goreng (nasi dan kwey teow time ni), bubur, nasi lemak, mi dan roti memang ada.


hidangan yang sy suka; roti canai cicah kari sayur! (bahagian vegetarian)

deco untuk interior dan exterior vivatel memang cantik.
contoh kat bahagian luar, banyak cermin, banyak pokok.
kira moden kontemporari la.




gym berkonsepkan terbuka, berada di area swimming pool dan tiada pengawasan. gunakan gym secara sdn. bhd. ya.



pool di memanjang.

we loved it enough.
ada pool budak dan pool dewasa tak melebihi 4ft.








anaqi and his bird 'plam plong' :P



swimmer.

budak ariana ni memang berani.
tengok iklan orang main slide muka hadap ke bawah, kat tv pun..
dia dok ajak pergi main.
"tak takut ke?" i asked.
"tak. nak pergi! jom!" ajaknya. aiyoh!

yang lawaknya masa tengah swim tu,
ariana patah gigi! hahaha
gigi bawah dia belah depan, tepi sikit.
ntah hilang mana gigi dia.
kena sedut kat bawah pool agaknya :P (sebab ai dok cari, tak jumpa)

with ariana.



ni video ariana swim.
saja letak untuk memories.

lepas tu balik, kitorang singgah ikea dan mytown.
dekat je, sebab vivatel ni kat area cheras.
lepas tu nampak pulak ada aeon mall baru bukak kat area taman maluri.
bestlah orang cheras kan.. macam-macam ada. hahaha
bila la aeon nak bukak kat dengkil ni :P

k la tu je. babaiiiiii

No comments: