hari jumaat 27 disember hari tu merupakan last day anaqi kat taska.
tahun depan dah nak masuk ke tadika lain pulak.
lama jugak anaqi kat TPP ofis sy ni.. sejak dari zaman toddler.
pandangan sy tentang taska di kawasan ofis;
sangat convenient untuk parents, any emergencies senang nak jenguk (sebab dekat),
ibu-ibu yang breastfeed boleh hantar stok susu terus ke taska,
parents yang berkelayakan boleh dapat subsidi daripada ofis
dan yurannya jugak tak semahal day care lain di luar sana.
yuran anaqi cuma RM325 saja sebulan,
dengan kemudahan dan tempat yang cantik (e.g budak-budak ada lockers sendiri dan ruangan yang luas dan open concept -kecuali babies and toddlers duduk dalam bilik diorang)
tapi dengarnya tahun depan ada peningkatan sikit.
ye lah takkan pengasuh tak naik gaji dan perbelanjaan operasi yang lain tak naik kan.
kenaikan berkadaran dengan masa.. standard of living. tee hee
so jumaat hari tu, anaqi bid farewell to all his aunties,
especially aunty abil yang jaga kelas dia.
we will miss you, aunties!
anaqi dengan aunty abil. |
sampai jumpa lagi, aunty abil! maafkan anaqi dan halalkan segala pembelajaran dan makan minum anaqi ^^ |
denga aunty anis pulak. |
aunty anis jaga kelas 4years yang lain,
tapi aunties kat taska ni saling jaga menjaga semua budak-budak jugak.
kalau ada aunty yang cuti, aunties lain back up.
aunty anis jugak dulu jaga kelas kakak anaqi, ariana.
so memang agak close juga dengan aunty anis.
aunty mas, yang juga jaga kelas 4years (tapi bukan kelas anaqi) |
hari jumaat tu memang terkejar-kejar nak buat kad.
hadiah dah siap-siap balut kat rumah.
tapi sebab pagi jumaat dok buat kerja.
beli water color pulak tak de berus..
tengah hari tu terkocoh-kocoh pi beli berus.
balik semula ke ofis waktu rehat, terus menjalankan misi mewarna kad. haha
nasib la sempat kering :DDD
gambar tu pun print laju-laju kat alamanda. |
sebab tu la kalau tanya sy, super power (fiksyen) apa yang sy suka,
sy nak sangat kalau boleh teleport.
sebab sy ni suka pergi merata-rata tempat yang berbeza.
kalau dapat teleport, senang sikit. jimat masa. AHHAHAA
yang ni kad untuk aunty anis pulak. letak gambar ariana sekali, sebab pernah jaga ariana dulu. |
jenuh nak mencari gambar.. mana yang ada dalam handphone je.
sebabnya ada gambar yang dah transfer kat komputer,
ada yang hilang dalam hard disk rosak etc.
stress sisthor nak jaga kemaslahatan gambar.
nak kena subscribe cloud sharing ke cam ne ni.
ke ada yang free? adoila :P
ok dan lasssst sekali.
gambar dengan teman-teman sekelas.
tapi tak semua ada.
ramai dah bercuti hujung tahun.
so mana yang ada je la. haha
sadly tahun depan dah tak setadika dengan kawan-kawan sekelas anaqi.
tak pe lah, jumpa kawan-kawan baru pulak nanti ye.
letak nama supaya esok-esok tak lupa; L2R - anaqi, rizqi, aunty abil, zafirah, adeeb. |
tambahan dalam gambar, amirul hujung kanan sekali. oyesh ada di luar frame, dia tak nak bergambar. lolx |
lagi gambarrr. kita pulun snap banyak-banyak. last day katanya :DD |
andddd final freestyle!! T_T sobss. sampai jumpa lagi, aunty dan kawan-kawan. |
No comments:
Post a Comment