Monday, December 02, 2019

seleksi gambar-gambar ariana dan anaqi yang menimbun dalam phone

assalamualaikum and hi!

hahaha.
memang banyak pun gambar diorang ni.
tapi berbeza cerita :D
sambil-sambil nak update cerita diorang untuk rekod akan datang.

ariana punya update:
-3 batang gigi dah gugur. 2 gigi kapak atas dah tumbuh. 1 gigi bawah baru hilang ditelan air swimming pool kat vivatel hotel, KL :P
-sharp mind. bukan taip sesaja sebab dia anak sisthur (bukan puji anak sendiri).. lolx. tapi perasan dia sangat sharp mind. licik pun ada jugak sana sini.
-sejenis yang minta izin nak buat apa-apa. nak pi toilet pun kabor ke kita. adoi :DD
-dah fight back kalau anaqi buat dia. dulu jenis yang redo menangis mengadu je. kahh
-cepat menghafal. setakat ni dia ingat nombor telefon sy dengan babah dia. sy ajar dia satu-satu sampai dia ingat semua. mengaji pun cepat tangkap.
-boleh membaca dah. tengah tengok improvement dia baca subtitle tv. sebab subtitle tv tu menguji kepantasan membaca HAHA (sy punya indikator je ni). setakat ni separuh daripada subs dia sempat baca.


anaqi punya update:
-dia punya takut/segan ke auntie taska (teacher) dia tak boleh bawa bincang HAHA. kat rumah pulak sesuka hati macam 'ini rumah ana yang punya' :'D takut betul kalau kena gertak nak bitau kat aunty abil segala kenakalan dia kat rumah hahahaa.
-pagi petang siang malam kalau berbalah dengan kakak dia, mesti end up menangis/mengamuk-menangis haha. tengah fikir macam mana nak suh dia kurangkan tantrum tu. padahal dia yang start dulu :PP
-sangat manja dan suka mengendeng kat mama.
-asal snap gambar kat taska je, mesti tak nampak muka dia. sy perasan recently ni la. kan kawan-kawan taska ramai. dia kecik, duduk belakang. dah ajar dia suh ketepikan muka atau ke depan. tetappp jugak tak nampak apa-apa. nampak hujung kepala dia je dalam gambar. AHHAHAAA nanti nak suh dia lompat hari-hari untuk tinggi, senang nak bergambar :DDD
-dia makan okey. tak se-fussy kakak ariana. tapi dua-dua ni sy paksa makan jugak walaupun diorang tak nak. terpaksa pakai kuasa veto. sumbat je dalam mulut demi kemaslahatan perut. lolx
-counting 1,2,3...11,12 dia dah ok. alif ba ta pun ok.

momen tidur dengan babah dalam kereta HAHA. time ni tunggu mama gi toilet kat R&R. pecut nak ke melaka pagi-pagi buta.



tidur berkumpulan HAHAHA. tahun depan pakai carseat okeh!



anaqi and aunty abil beliau. takut apa ntah, aunty abil ni punya la baik :P ni tengah belajar iqra'.



ariana dengan hadiah-hadiah pemberian best friends mama; aunty azra and aunty elia. tenkiuuuu from ariana.



anaqi tidur berkumpulan dengan binbun pula.



ariana dengan binbun. dia ni pantang sampai rumah, mesti cari binbun.



anaqi dalam sut ultraman.



gila-ultraman dengan hot wheels. haha



ni time hari penilaian kat tadika ariana. so far semua banyak improvement.



ariana yang kepenatan, tertidur-duduk di sofa rumah.



anaqi dan rakan-rakan. lolx.



ariana pada hari tradisional taska beliau.



binbun mengenang nasib dibuli ariana dan anaqi. lolx



binbun bermanja dengan anaqi.



anaqi dan permainan-permainannya berpisah tiada.



ariana dan binbun her fave.



ariana dengan ultraman. saja snap nak bagi anaqi jealous HAHA. tapi tak tunjuk lagi gambar ni kat anaqi :P



"ni beg tesco!" ariana membetulkan sy bila sy cakap ke dia, ni beg blue. HAHA. sebab dia baca situ TESCO. duhh :P



phoneku dikerjakan anak-anak dengan pelbagai effects dan filters. adoiyai.



HAHAHAHHAHAHAHHAHA tu je nak cakap.



ariana yang suka menulis. baca buku tak nak, menulis dia suka. lepas tu mintak kita eja macam-macam. huaaa



musim meri kismis menjelma!

sekian gambarrrr HAHA

No comments: