assalamualaikum and hi! :)
benda ni memang annual thing sy.. haha.
every year, akan minta cuti satu hari khusus untuk ke big bad wolf (#BBW) book sale.
tahun ni tak dapat minta cuti *sad face kejap*
sebabnya lepas dah tukar bahagian baharu kat ofis,
unit sy tak ramai orang.
so kalau KPSU (immediate boss) sy tak de kat ofis,
sy kena standby.
kebetulan KPSU sy 2 weeks tak de dan minggu beliau tak de tu,
jatuh pada minggu jualan #BBW2019.
tapi apa ada hal!
kita balunlah jugak hari sabtu untuk pergi! yah haha.
book sale ni kan 24 hours!
siap pakej angkut ariana sekali tahun ni.
sebab percaya yang dia punya tahap endurance tu dah tinggi la sikit untuk bertahan lama menyopping dengan mama dia ni ;D
snap satu kaliii kat depan pintu masuk. |
tarikh kitorang pergi adalah pada hari sabtu, 7 disember 2019.
#BBW2019 bermula 6 sehingga 16 dis tak silapnya.
so sempatlah lagi korang!
malam ni terus gerak pergi! haha
tahun ni ada seksyen magical books. dia macam augmented reality 3D thingy punya buku. |
ulat buku dan seksyen kegemaran beliau. |
seksyen pop-ups bertambah jadi 3 meja tahun ni! weee hoo!
tapi bilangan buku pop-up tak la banyak mana.
sebab dicampur dengan buku-buku flip, peep segala bagai yang bukan pop-up tu.
tapi masuk sekali dalam seksyen pop-up.
jenuh jugaklah sy hunt for pop-up books.
tahun ni tak banyak pop-ups yang sy dapat.. tapi okeylah.
price?
range harga macam tahun lepas lebih kurang.
tapi ada la kenaikan sikit untuk buku-buku tertentu.
jangan gusar! buku 2 ringgit masih ada! haha |
buku 5 ringgit. ai jatuh hati dengan koleksi komik ni. serius! |
komik-komik kat atas ni serius lawak weh.
baru buka 1 komik.. tak habis baca lagi.
sebabnyaaaaa.. tiap kali nak baca je,
AAs (my kids!) dok mengendeng minta dibacakan.
jenuh tiap 1 kotak baca, adaaaa je soalan.
"kenapa dia macam ni.." "kenapa dia macam tu.." "dia cakap apa?" aaaaaa stress acik :DDD
bukan nak tunjuk ni buku cerita hantu, tapi nak cakap harga dia 2 ringgit. novel serammm. haha |
kepada pencinta star wars, banyak jugak la star wars' books and merchandise. |
ni yang terpaling suka. HAHA *word TERPALING tak wujud, btw* :P |
harga dalam 5-7ringgit siapa tak nak beli, sissss :P
sebabnya memang sangat-sangat berguna and harga kat luar dalam RM24.
so beli cepattttt.
walaupun kita-kita ni eksyen cakap terrer buat surat la apa..
tapi buku macam ni detail cerita cara tulis yang betul ok.
b.p. bukan b/p,
minit mesyuarat sepatutnya lurus ke bawah bukan dalam table. dll lagilah.
yang ayat dalam surat.. 'perhatian tuan amatlah dihargai yadayada..' tu pun.. letak bawah sekali kan. yang tu tak de nombor ye! jangan memandai-mandai korang letak nombor! haha
memang bestlah buku ni.
ariana bersama akak meri kismis :D troli dia banyak buku frozen. |
kismis is in the air. |
tahun ni banyak la tin boxes macam ni. harga dalam RM15-25 macam tu tak ingatlah wuiii. tapi dalamnya ada buku, stickers macam tu. |
activity books. |
yes, bendalah ni kat seksyen activity books. pi cari. |
kalau nak buku cover keras, pi ke seksyen board books.
sticker books pun ada seksyennya.
rajin-rajinlah pusing. haha
marvel's. |
sempena ke #BBW2019, terjumpa pulak buku ni.. haha. dalam ni ada macam dress-up jadi wolf la. ada hidung, tangan dia semua, tak silapnya. |
seksyen pop-up book ni ada 1 dekat depan-depan, lagi 2 meja tersorok belah-belah activity books semua tu. memang kena pusing cari. |
kawasan memakankan diri dah lebih tersusun tahun ni. |
stalls dia sederet tu.
so ambik je la makanan ikut stalls mana yang korang suka,
dia akan bagi kertas dengan nombor kod.
then bawak kertas ke kaunter depan dan bayar je :D
antara makanan yang ada:
-nasi ayam chinese dengan mi sup-sup yang chinese tu tak silap, tapi sis tak pandai sebut nama hihi.
-mi goreng, megi goreng mamak, nasi minyak (tapi bila tanya, ayam dia roasted dengan kuah black pepper?? inovasi sangat haha)
-western ada spaghetti bolognese, carbonara, donat, pastry
-nasi lemak bungkus, jagung rebus
-tealive
ada lagi kot tapi mungkin ai is lupa haha
tengah hari dah muncul, kita ngap dulu! :D |
lunch kitorang time tu. |
taste; sedap jugaklah. harga lebih sikit daripada kat luar.
donat tu sebiji RM4, kalau korang nak comparekan.
troli banyak disediakan, tapi kitorang bawak troli pasar sendiri. |
better bawak troli/beg roda sendiri kalau nak beli banyak.
sebabnya nanti nak kena pulangkan balik troli.. bawak sendiri senang, sampai ke parking.
lepas tu, cari parking dekat dengan lif.
so where's the lift?
dekat pintu masuk parking, ke kanan di bahagian depan.
situ lif.
lain semua banyak tangga je.
so korang parking la area-area pintu masuk tu kat hujung-hujung.
kalau B1 penuh, turun je B2.
situ pun banyak parking.
tak yah dok pusing B1 jauh-jauh kalau tak jumpa parking.
sekian tips survival parking di #BBW :D
ramai tak orang? jawapannya bila dah menginjak ke tengah hari, bertambah ramai. haha |
tapi dalam ramai-ramai tu, tetap sistematik dan selesa untuk membeli-belah.
of course kadang-kadang ada orang melintangkan troli,
hadang jalan dan sebagainya.
carilah jalan lorong lain kalau korang nak cepat. haha
tahun ni ada disediakan mesin powerbank ni. |
di #BBW, boleh guna 2 jam free.
lepas tu dia charge korang.
tapi ok la, untuk yang tak bawa powerbank dan bateri phone dah nak bertukar menjadi mayat :P
kat pintu keluar, boleh lekatkan notes/ucapan korang kepada #BBW. comel kan! |
ni ha, kot sesapa nak join contest. |
dan terimalah...
hasil pemburuan big bad wolf!! xD
sy dah susun ikut 'geng'. haha
siri kartun dan komik. |
sy suka buku kartun travel tu.
dah la comel, boleh bagi idea tempat-tempat lawatan yang menarik.
harga kat luar dalam RM20++.
kat #BBW dapat murmur sikit *murah*.
yang bawahnya tu pulak, dah cerita tadi..
ni buku komik black jelly lawak gils!
tak habis baca lagi ni.
sebab kalau nak start baca, confirm anak-anak ai mengendeng minta dibacakan. HAHA
mak-mak lain, diorang cerita bedtime stories fairytale bagai.
ai cerita pasal komik lawak-lawak pulak. HAHA. luar norm sangat :P
then ke buku-buku superserius!
*tapi si pembaca ni tak la serius mana. lolx*
ni buku untuk rujukan diri sendiri. harga memang murah, tapi ilmu tu, mahalllll. |
seleksi buku-buku pop up/flip dan seangkatan dengannya. |
tak banyak kannn.
memang koleksi pop up merosot berbanding tahun-tahun lalu.
tak banyak choice la.
tapi sy puas hati dengan apa yang dijumpai tahun ni.
buku aktiviti/sticker dan ada dictionary supaya budak-budak ni dapat belajar vocab baru, siap dengan gambar. |
dictionary tu best weh.
contoh cicak *kenapa cicakkkk*
dalam ni tunjuk macam-macam jenis cicak dengan nama.
planet, nama-nama planet siap dengan gambar.
memang bestlah.
mama diorang pulak yang melebih-lebih. haha
anddd non-books. tapi dalam bendalah ni semua ada jugak buku dan stickers. |
so tu lah hasil pembelian kat #BBW2019 book sale tahun ni.
bil buku ai naik mendadak tahun ni.. sebab bawak ariana hahaa.
pengsan berjemaah.
lepas tu kawan-kawan dok forward jualan UTUSAN pulak.
dah camne laaa ahkak nak pi beli tu sebab pitih dah dipulun beli kat #BBW2019?? bahhahaha
k tu je lah.
bacalah buku untuk knowledge.
sekian :D
No comments:
Post a Comment