Wednesday, September 25, 2019

review on the new youmee's fragrant shallot noodles

assalamualaikum and hi!

tak sangka, dua paket dah masak. sedap kot!

mengimbau sangat zaman-zaman makan maggi, mamee punya mi segera.. haha.
sekarang dah off instant noodles, off fast food (kadang ada la cicip-cicip tapi tak banyak macam dulu).
back to healthier eating (tak 100% healthy - sebab masih makan makanan bergoreng, but going there lah).

so. youmee ni adalah mi kering (air dry, bukan bergoreng) versi sihat walafiat. hihi
i've been buying it before.
memang serious sihat sebab tak ada wax, perasa tiruan semua tu.
walaupun versi sihat, rasa dia sedap weh sama je macam versi tak sihat (tapi yang ni sihat! faham takkk HAHA)
perisa terbaharu, fragrant shallots (bawang goreng) daripada youmee ni mengingatkan sy kepada mi segera goreng yang berada di pasaran. so memang sedaplah.
tapi bila makan tu tak rasa bersalah sebab bahan-bahan semua semulajadi. lolx


setiap kali order, dia akan sampai dalam bentuk kotak yang kemas macam ni.



each box ada 6 paket mi, harga RM15.80.

memanglah mahal daripada maggi,
tapi dah namanya makanan healthy berpaket :P
kalau healthy masak sendiri lain cerita. tu memang murah. wah haha


sy memang suka packaging youmee. nampak kualiti dia kat situ. and nampak tu logo. mi ini halal ye adik kakak abang :D



bahan-bahan semua memang natural. tu yang sy suka.

sy ni jenis yang kalau makanan tu mahal sikit tak pe,
tapi make sure sedap dan baik la. (halal toyyiban)
memang banyak makanan halal kat malaysia ni,
tapi nak cari yang halal dan BAIK tu tak mudah.
eh mudah kot, kalau kita masak sendiri.. hihi.
tapi kalau nak beli kat luar, agak mencabar jugak.

contoh yang halal tak toyyib (baik)
-fast food
-mi segera yang ada wax, bahan pewarna perisa tiruan
-junk food
-ajinomoto/MSG

contoh yang halal and toyyib (baik)
-ayam no antibiotic/kampung/organik
-garam bukit
-sayur, buah yang tak de bahan kimia
-makanan kat kedai BMS organic.. lolx

tu contoh sikit je, untuk bagi gambaran.
jadi mari berfikir sejenak.
makanan yang kita makan hari-hari tu,
adakah halal dan TOYYIB?

untuk yang allergik apa-apa, boleh baca ni. termasuk juga kebaikan mi ini.



selain fragrant shallot, ada beberapa perisa lain. yang mi kosong pun ada untuk masak sendiri.

tu je review youmee sy. haha
mi ni boleh dibeli secara online kat lazada/shopee.

tata!

No comments: