donning a merdeka scarf. |
hey peeps!
hari merdeka dah lepas, tapi bulan merdeka is still here.
marilah sama-sama terapkan semangat yang extra lebih bulan ni :D
ni pending post untuk sambutan hari merdeka kat taska anaqi pada 30 ogos 2019 hari tu.
kita angkut ariana and babah sekali for support system HAHA
sebab si anaqi ada masuk pertandingan pakaian merdeka.
masuk for fun je.
sy ni memang suka masuk-masuk contest kalau berkelapangan :P
so dalam 3.30pm macam tu, minta kebenaran bos siap-siap,
settlekan kerja dulu,
then pergi turun bawah ke taska.
with erin, ummi adra. |
tudung merdeka tu beli kat jualan, tak silap harga RM10 je.
tapi dia nampak neat dan tak penuh sangat kan.
tapi yang ni saiz segi empat sama bawal.. which i'm so horrible at styling it :D
(tu yang pakai scraf-ring je tu. senang hidup. haha)
ariana ada jugak, and she's insisting nak pakai baju merdeka. ha pakailah. bila lagi nak pakai ye. hihi |
budak-budak masuk dan nyanyikan lagu merdeka. ada juga persembahan zapin. sooo cute! |
anaqi and his merdeka attire. |
kedua-dua baju merdeka ariana dan anaqi, beli online je.
sambil penuh pengharapan supaya dapat saiz yang betul.. haha.
baju ariana beli kat IG ukhuwah_boutique.
harga = RM79.
kalau korang beli kat IG, kena pre-order awal-awal.
sebab biasanya memang jarang ada baju merdeka berjahit cantik yang ready stock.
agaknya kita book baru diorang jahit kot.
yang ariana punya ni, tak sampai sebulan lepas order, dah sampai.
baju dia cantik, tak crowded and nampak neat la.
saiz pun ngam-ngam dan terletak.
puas hati la.
baju anaqi beli kat IG dzulhazdesign_tailor.. harga naik pening = RM140. lololx
baju dia ok la, cantik and terletak.
cuma ada minor error kat sampin, yang asalnya sy dapat besar gedabak ok.
macam saiz budak sekolah rendah punya.
so malam tu gigih la menjahit dan kecikkan.
kita ni dah la buta jahitan, tak de mesin jahit pulak tu.
menjahitlah pakai tangan ikut suka hati.
yang penjual tu just minta maaf je.
bila tanya boleh tukar lain tak, dia tak jawab T_T
satu lagi error kat sampin tu, yang dalam IG = corak dia stripe melintang.
ni dapat yang menegak.
lepas tu bendalah ni sy order 2 bulan sebelum macam tu,
tapi dapat dalam 2 hari sebelum majlis.
mau tak cemas di situ.
then dengan harga RM140, dia bagi baju belah luar je.. yang macam cardigan/jaket tu.
baju dalam kita beli sendiri okkk.
dalam IG tak mention pun pasal baju belah dalam tak disekalikan..
sebab ada gambar model budak yang pakai tu.. ada baju kat dalam warna merah.
so misleading ok.
so far baju dia lawa, puas hati (kecuali sampin).
tapi part customer service, bolehlah diperbaiki lagi.
agaknya sebab banyak sangat order masuk dan tak terkejar.
kalau sy tak PM penjual tanya mana baju, dia pun tak ingat agaknya sy ada beli *tepuk dahi*
kita je la dok remindkan dia dah pos ke belum, dah ada stok ke belum. hailaa.
ariana and bestie, adra. |
walaupun menang saguhati, acik selalu fikir anak acik paling handsome dan baju paling cantik among the bunch.. haha. |
hahaha.
mak mana tak puji anak kan :PP
sebab baju ekau takdo bling-bling, je anaqi. lolx
dengan ekau pakai selipar avengers.
kawan ekau tu pakai sandal melayu.
(patut bawak prop keris je hari tu :DD)
hahh tu dia.. wani e dengan pemenang hadiah saguhati.. menang epal. no. 2, no. 3 semua girls bolot. girl power! *tibe* :P |
ni lah geng empat orang berkumpul.. lolx. babah mai kejap je, lepas tu dia balik ofis ada kerja. |
nak bitau ni.. gigi ariana dua batang kat depan tu dah tercabut. ni kira gambar kenangan la semasa gigi-gigi masih ada.. hahah |
nampak, gigi depan dia berjarak kan.
yang tu sebelum ni rapat, tapi jadi jarak sendiri.
gigi kapak tu pun dah terkedepan sebab ada gigi belakang tumbuh, dah tolak-tolak.
dua batang gigi depan tumbuh sekali.
tu yang jadi lagu tu.
harap tumbuh lurus la gigi tu, ariana oi.
tak larat nak pi hantar buat braces bagai.
ingat braces murah ke. mahal okek.
dengan tak selesa nak makannya lagi.
nak makan panas sangat tak boleh, keras sangat tak boleh.
kan kena tarik nikmat makan tu :P
lepas tu kena pergi klinik berkala.
duit terbang lagi.. haha.
ingat seronok ke budak-budak hipstur tu pakai braces. tak ok.
semangat merdeka kena lebih. haha |
belanja satu gambar pandang arah lain. HAHA. kemain director *sy le tu* |
sorrylah gelap, pencahayaan off kat area ni. tapi disebabkan ada tiang gol tu.. dah cun-cun untuk bergambar. |
last photo.. ariana, anaqi and the gang. |
ok tu lah kisah merdeka at taska anaqi.
sampai jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment