ni cerita percutian merdeka pada dua weekend yang lepas.
ke mana lagi kita kalau bukan tempat fave husband ai, genting. wah haha
beliau suka betul genting, sebab tempat sejuk katanya.
bukit tinggi pun keluar list okey sebab tak berapa sejuk sangat (dengan line telefon tak ada :P)
but that's the perks of bercuti kat tempat tinggi-tinggi ni.
view of course lawa, breeze of course nyaman.
tapi hat nak dapat line tu yang hazabedah sedikit. lolx
fefeeling bergambar kat balkoni dengan latar belakang pokok pine. ahaks |
percutian kali ni, kitorang berjaya membeli bilik deluxe kat awana. hahaa
last time pergi genting, bilik deluxe awana semua sold out.
terpaksa beli bilik suite. terpaksa ok. kahkah
this time beli awal, so price boleh tahan la.. 200 lebih instead of 300 lebih.
agaknya sebab 31 ogos - 2 sept (isnin).. yang 2 sept tu orang tak perasan hari cuti.
so harga masa kitorang beli tu masih tak sampai 300.. alhamdulillah *sebut gaya tok adi tanah kubur* :P
walaupun bilik suite awana best, luas and dekat dengan receptionist,
tapi tak de bath tub. katil king pun sebijik je.
kalau bilik deluxe, ada bath tub.
katil queen 2x pulak tu.
budak-budak tu suka la main air.
tapi yang kali ni, bath tubnya tak de penutup pulak.. doink.
mandi shower hujan-hujan dalam bath tub je la, anak-anak :D (nak request kat hotel, tak rajin. haha)
disebabkan time kitorang sampai tu adalah pada 31 ogos 2019, maka kenalah semangat pakai baju merdeka. |
time ni ada bawa tripod.
so bolehlah guna. hehe
tapi nak cari tripod yang flexible tu la
tripod yang stand panjang ni ambik masa sikit nak tegakkan, nak panjangkan kaki semua.
tapi oklah.
siap bawa props bendera lagi. haa |
so tahun ni memang tak pergilah perarakan merdeka kat putrajaya macam tahun lepas.
sebab dok bercuti ni.
insyaAllah may be next time kita pergi kalau free.
kitorang kalau cuti dalam negara ni, kejap je.
3 hari 2 malam.
ambik betul-betul masa cuti yang ada.
genting ni best sebab banyaklah jugak aktiviti yang boleh dibuat.
kat awana pun banyak pool.. especially untuk budak-budak ni jugak yang suka swim sana sini.
alkisahnya pelampung yang ariana bawak, bocor. nasib baik ada pam letrik hebat ni haha. *ampunn* :D |
bayangkan, pelampung ariana beli RM10 ke, 15 macam tu.
sampai awana, kena beli pelampung baru, standard sama je.. harga RM25. huaa
ariana dan pelampung baru beliau :P |
anaqi pun bawa life jacket spiderman, tapi tak nak pakai. haha. dia lagi suka pakai pelampung bulat rupanya. |
haa yang bergegar blur-blur dalam gambar tu, ariana :PP |
fyi time-time bulan ogos ni sy dah start #roadtoringan
iaitu plan pendietan yang bukan catu makan ye.
ni kadang ramai salah faham,
diet = bukan tak makan.
tapi pilih makanan yang lagi sihat and start to exercise.
ramai kot sy tengok, mula berazam untuk ke arah lebih sihat pada bulan september ni.
i guess semua orang pun insaf lepas raya haji hari tu.
ramai yang naik berat agaknya makan daging, kenduri dan lain-lain lagi. haha
termasuk sy sendiri la tu yang insof :DDD
cerita sy ni, berat naik this year daripada 49kg to 53 point berapa ntah lupa .. kg.
kurasakan diriku sungguh gems.
ramai yang tanya, ko nak road to ringan apa lagi.. dah ringan sangat tu.
banyaklah korang.. haha.
kita sendiri perasan la perubahan-perubahan dia.
nak pakai seluar pun struggle, nak berjalan dah laga peha weh what is thisss.
lagi haru, tanda-tanda double chin sudah mula muncul! *ternganga sebab terkejut*
jadinya kita-kita ni kalau berat naik,
bukan tukar saiz seluar ye.
tapi kena make sure seluar tu muat balik dengan kita.
nak membazir apa beli saiz baru.. hahaha.
sy pun berfikir, ni kalau tak ambik langkah-langkah pencegahan,
mesti naik lagi berat, berkadaran dengan usia and metabolisme yang dah merendah. lolx
punyalah panjang mukadimah,
padahal sebab berkait dengan gambar kat bawah ni je.
kemain suku lagi nasi diambil :P sayur kena mega. |
tu pun dah fikir-fikir,
#roadtoringan ni, nasi kena ambik at least sekali sehari je.
kalau dah makan lunch nasi, malam makan buah. vice versa.
pagi tak yah fikir apa, sebab biasanya makan honey oat je.
road to ringan ni nantilah ai cerita kat entry lain.
menyibuk pulak kat entry genting ni HAHA
with the bunch. |
kitorang kan check in hotel hari sabtu.
sabtu tu rehat-rehat je.
dinner pun tapau kat rajawali restaurant (awana) je.
kalau duduk bilik deluxe, in-room dining tak de.
kena pi tapau sendiri kat restoran :P
kalau ko dok suite baru dia hantarkan (sebab bilik deluxe kat hotel tower yang jauh sikit).
cumanya kalau duduk deluxe,
boleh call dulu restoran sebelum mai ambik tapau.
tak yah la tunggu lama-lama kat restoran tu.
tu hari first.
second day baru pergi berjalan.
ke GPO dulu sebab nak beli kasut ariana dah tercabut.
naik bas shuttle dari hotel ke awana skycentral.
lintas jalan je, terus sampai GPO.
nak lalu bridge kat level atas dari skycentral ke GPO pun boleh. your choice.
kat sana sy banyakk ambik selfshot.
bukanlah sebab vain mahupun mental-selfie HAHA
sy ni jarang selfshot.
tapi sebab tengah mode bercuti, ai gila bergambar la sikit. akkaka
lagipun tak buka tripod sebab kemalasan nak bukak tutup kaki tripod tu.
selfshot je la senang.
contohnya ni ha, tengah selfshot depan kedai typo. |
kali ni pergi GPO tak ada aim nak beli apapun.
just jalan, beli mainan untuk ariana and anaqi.
diorang ni pah ceroh nak mainan je. pening ai. haha
nak beli nike sneakers pun macam tak de yang berkenan.
kalau ada design cantik, tak de saiz pulak. deng :P
bergambar dengan pokok pulakkk. |
time ni anaqi follow ai, ariana follow husband cari kasut. |
kitorang memang buat ala-ala explorace.
sorang team A, sorang team B.
senang seperate sebab jimat masa.
kita pi jalan kedai dia, depa pi cari kasut.
sebab lepas tu nak naik genting.
taknak lah berlama-lama kat GPO.
jumpa fountain pun nak bergambar jugakk. |
love this photo sebab air tengah 'menari' cantik. |
then kitorang balik ke skycentral tingkat atas,
sebab nak catch kereta kabel untuk naik ke genting.
budak-budak dah mode layu mata.
anaqi la.
ariana masih bertahan lagi.
bergilir dukung dengan husband. |
queue adalah super duper extra and ultra panjangggg ok.
dia punya tempat queue tu kan macam zig zag.
ko bayangkan dari sini, jalan sampai hujung.
lepas tu dah sampai hujung, pusing pulak balik ke hujung sini.
lorong dia adalah dalam 20 zig zag macam tu *ke.. lebih??*
dekat sejam je berdiri queue.
jadi bayangkan la.
sejam pergi, sejam balik.
next time kalau peak time macam ni,
kitorang ambik express lane je la.
bayar lebih pun tak pe.
masa itu platinum. haila.
nampak ha selautan manusia di belakang. selfshot ni memang saja nak tunjuk gambar orang yang ramai tu. |
masih tak jemu beratur. jemu sebenarnya.. ahaha. tapi nak buat macam mana. dah sangkut kat tengah-tengah ni :D |
anaqi memang dah pengsan awal. lolx |
trying the low angle. |
minilove on a cable car. |
selepas beberapa ketika,
sampailah kitorang kat resort world genting kat belah atas.. alhamdulillah.
orang memang ramai la.
dengan tak makan lunch lagi.
dok pergi turun tengok food court dia yang kat bawah shopping mall tu.
sikit je kedainya.
dah tu yang kedai nasi berlauk punn orang queue panjang.
kedai nasi ayam tak de pulak.
tengok macam tak de yang menarik,
naik balik pergi skytropolis.
part makan tu nanti-nanti je lah. haha
kat depan pintu masuk skytropolis. |
ni second time ke skytropolis.
first time, masih ada beberapa permainan yang belum siap.
yang kali ni, punn ada mainan yang tutup.
even yang kitorang dok main masa 1st time datang dulu pun ada yang tutup.. apakah.
ferris wheel. |
ni kalau nak check ketinggian anak-anak dengan game yang boleh main. |
game untuk budak-budak ni.. ada yang kena ditemani orang dewasa (so kena beli tiket jugak untuk dewasa tu).
RM60 untuk all-day-pass.. harga sama dewasa/kanak-kanak.
kalau nak beli 1 game pun boleh.. RM15 per game.
kalau rasa-rasa tak boleh main semua game, belilah yang per game tu je.
lagi-lagi yang melibatkan ketinggian ni.
pulak tu, ada few game tutup.
so memang berbaloi (sikit la) beli yang per game instead of 60.
sebab kalau 60 darab 4 orang tak ke naya.
hahaha. beli tu boleh, tapi rugi sebab tak main.
ai banyak bergambar je. main game seketul je, teman ariana. lain, AAs main sendiri. |
marry-go-round dengan lampu-lampu. woots! |
main game cawan dengan ariana. pengsan acik, satu game RM15. |
lepak dengan anaqi sambil tunggu ariana queue main. |
sorrylah, dah cakap awal tadi, sy banyak ambik gambar selfshot HAHA |
dan selepas main sana-sini,
kitorang ingat nak pi makan kat GPO je lah.
walaupun tahu harga makanan kat sana, harga zionis. lolx
sebelum naik cable car tu, berlaku la drama kat sky avenue mall tu.
kereta hot wheels yang anaqi beli, ntah macam mana termasuk kat pengadang kaca yang mengadap ke bawah.
benda tu macam tersangkut kat tengah-tengah antara kaca dengan bahagian luar ok.
so gigih kuis dari luar, pakai kayu tripod, pakai wayar kabel charger yang kebetulan bawa dalam beg.
mama to the rescue sangat.
babah pun ada tolong kuis jugak. haha
sampai kat GPO, cari nasi ayam satu set RM16. |
set tu pun.. ada tambahan sayur je.
air beli asing.
sabarkan je la. set la sangat :DD
mahal kan harga makanan kat genting.
haa angguk laju-laju, cepat! lolx
balik hotel tu collapse. haha
malam pun tak makan apa sangat, just makan buah.
agaknya sebab over-exhausted,
lepas tu tak makan malam,
dengan dukung anaqi siangnya..
esoknya bangun, badan sakit-sakit.
badan masuk angin.
2 hari jugaklah nak ok kan balik daripada angin ni.
memang horror.
nasib baik dah siap-siap ambik cuti hari selasa. huu T_T
nak basuh baju apa pun tak larat bila balik rumah, sebab rasa berangin je. lolx
ni pinggan breakfast hari ketiga.. hari nak check out. ada nasi lemak.. yums. nasi masih suku, sayur lebih. |
genting peeps *tibe* :D nampak tu, budak berdua siap-siap nak pergi swimming. haha |
you know why i want to start my #roadtoringan? see that upper arm??! lolx |
kids were busy playing, sebelum pulang ke sarang tengah hari tu. |
all in all, we had a terrific 3-day hol.
nak pergi vacation lagi, tapi kena pi carik duit dulu.
hahaha
bye!
No comments:
Post a Comment