Wednesday, September 18, 2019

cuti-cuti timesquare, KL

assalamualaikum and hi!

hari ini hari rabu,
minum banyak air sebab jerebu :P

hah hambik tu pantun hari rabu kita bagi. lolx

2 objek tengah have fun.

weekend baru-baru ni,
kitorang pergi short vacay kat KL je. haha
saja la bawak budak AAs ni jalan-jalan.
jerebu sana-sani kan, so kita ke tempat yang tertutup sikit.
i.e : timesquare, KL.

sebenarnya nak bawak ke berjaya timesquare theme park.
tiket pun harga ok, taklah mahal sangat macam kat genting. LOL
disebabkan nak main kat situ,
kita pun booklah hotel berjaya time square, betul-betul sebelah mall tu je.
so dari hotel turun lif, ada laluan keluar terus ke mall.

hotel ni konsep lebih kepada apartment suite.
macam apartment, tapi ada karpet la. haha
sebab tu dia luas sikit, bagus untuk AAs berlari-larian *hobi diorang*

if dari pintu masuk, ruang depan memanjang macam ni.



to the right dari pintu masuk, ada macam pantry kecik.



to the left ada pintu ke bilik air. biliknya luas jugak. mula-mula ada toilet area.



lepas tu ada pintu lagi ke shower, lepas tu area bath tub.



toiletries dia pun cantik-cantik designnya. natural-ish look la macam tu. i love the font.




soap.


kitorang check-in hari sabtu, pukul 3 petang.
ruang lobi dia memang besar.
tapi check in mengambil masa yang agak lama daripada kebiasaan kalau kita ke hotel-hotel lain.
dan itu jugak menyebabkan queue di check in counters jadi panjang.
bila sy sampai kat depan,
barulah tau kenapa lambat.
bila kita inform nama semua yada-yada, receptionist akan check info kita dalam sistem semua kan.
lepas tu check bilik.
then diorang akan minta deposit.
hat deposit ni yang jadi lambat kot.
RM200 deposit ok.
either you pay it cash, or with card.
lepas tu baru la kena sign form semua tu.
serius memang lambat gileee and orang queue panjang tu boleh nampak ok.
harap pengurusan berjaya time square hotel can do something about this.
especially yang dah book awal dan siap bayar full, just prep siap-siap kunci, form semua, termasuk bilik dah set awal.
tunggu la nanti sy buat review kat agoda. lolx

lepas masuk bilik hotel kitorang, tunggu lepas asar baru nak gerak ke time square.
sebelum tu, kat hotel ni ada 2 blok.
kitorang dapat blok yang lagi satu.
kena naik lif tingkat 15, berjalan dari lobi la merentasi swimming pool,
lepas tu naik lif kat blok lagi satu untuk ke bilik.. haha.
macam explorace je :DD tapi sy ambik tu sebagai exercise dan berjalan dengan happynya *dan lajunya. sebab nak kardio exercise punya pasal. haha*
yang ok tu sebab dapat bilik dekat betul dengan lif, seperti yang direquest.


sampai ke timesquare, kitorang terus ke theme park.

tiket dah beli awal-awal kat wonderfly asia.
situ murah sikit daripada beli kat kaunter.
tapi jangan lupa print ok.
kalau tak, jadi macam kitorang la.
ingatkan boleh je scan kat phone (gara-gara tak baca tulisan kecik kat bawah tu suruh print :P)
rupanya diorang nak yang printed.
nasib baik kat floor tu ada kedai printing.
tapi jenuh la pulak nak menunggu giliran nak print. haha


terus ke tingkat 7, permainan untuk budak-budak.

untuk dewasa, banyak games kat tingkat 5.
pintu masuk theme park pun kat tingkat 5.
tingkat 7 pintu keluar and games untuk budak-budak kecik and family.


ni anaqi tengah naik train. akhirnya dia snap gambar pandang kamera ye :DD



ariana and i.



diorang paling suka main game memancing ni. orang ajak main games lain, dok ralit tangkap ikan pulak. haha



ada jugak tempat main pakai censor tech.



ni kat playground. kena ada stoking (atau beli RM3) dan nak masuk kena bayar RM5 seorang.

playground tu dalam theme park jugak.
and yeah,
memang ada some games yang kena bayar.
contoh plyaground tu, wall climbing and ada games orang dewasa yang canggih-canggih sikit.
tapi mostly kita pakai je tiket yang kita beli tu je and main games yang disediakan.
dengan gelang yang kita pakai,
boleh keluar masuk sampai 2 kali.
tiket dia daily and tamat sehingga jam 10 malam.

kat playground. jadi guardian of the galaxy budak-budak ni.



aiyoh bergayutan dari sana ke mari :P



anaqi's hiding in the basket.

tak lama pun main.
dalam 6.30 petang macam tu kitorang dah nak gerak ke kampong bharu.
dinner la, apa lagi.
kita ni dah la lama gile tak makan kat kg bharu.
rindu ok. haha
ingatkan lepas balik dari makan,
nak masuklah balik theme park.
tapi ariana dok merajuk sebab kitorang nak keluar pi makan tu.
dia bukak gelang tangan dia and dah tak dapat diselamatkan lagi.
sabo je le. lolx
pergi sana naik grab je. tu pun kena hadap jem jugak.

kalau korang yang nak naik public lain,
boleh try monorail imbi ke bukit nenas,
tukar LRT bukit nenas ke kg. bharu (tak ingat nama stesen kg bharu ke atau stesen nama lain. google lah dikau :DD)
jalan dalam 200+meter je ke tempat makan dari stesen LRT kat kg bharu tu.

ya Allahhhhh bahagianya rasaaaa. ahhahahaa

seperti biasa, akan ke restoran fave ai.
iaitu suraya seafood. hahaa
dan akan order benda sama :P
ada beza sikit la rasa daripada yang pernah makan bertahun lepas.
rasa macam yang bertahun lepas tu lagi sedap. haha
tapi yang ni pun sedap jugak.

entah, banyak tempat sy pi,
kenapa makanan tak sama rasa macam dulu-dulu.
may be tukang masak dah pindah.


kitorang order ikan siakap goreng 3 rasa, tomyam ayam, sup ayam untuk AAs, kangkung goreng biasa dengan telur dadar. yums! berbaloi la naik grab redah jem pergi kg. bharu ni. hahaa

babai diet #roadtoringan kalau dah sampai kat suraya seafood ni.. hahah.
kita bayangkan berjalan merata kat timesquare, sampai ke kg bharu tu sebagai pembakaran kalori la ye :P

lepas tu balik hotel,
time budak-budak tu dok main mandi dalam bilik air,
kita pi mall kejap beli skirt kat kedai.
yang bestnya time square ni, baju skirt semua murah-murah.


esoknya. nak ke lif, nampak limpahan air kat satu bilik ni.

agak drama jugaklah pagi tu.
lepas husband call bitau hotel ada limpahan,
lepas kitorang balik dari breakfast tu tengok ramai gile orang berkumpul depan bilik ni.
ada sorang lady ni marah-marah apa ntah.
dia cakap kenapa semua orang cuti, and susah nak contact.
dia nyaris jatuh.
tak sure dia owner ke atau apa.
tapi masa kitorang lalu tengah melimpah air tu,
dengar bunyi paip bukak besar and kuat gile dari dalam.
masa orang berkumpul tu, ada la pihak hotel datang bersihkan karpet yang dah basah.


ni kat restoran tempat breakfast kat hotel.

dari segi pilihan makanan untuk breakfast, heaven la.
banyak gile choice.
sampaikan oatmeal dengan honey pun ada.


ruang makan pun besar. so tak berebut meja walaupun orang ramai.



husband ai yang juga sedang berdiet on off. hihi

then budak-budak pi swimming.
sy dok tunggu, sementara husband gi sauna kejap.




dok pusing, pusing kolam ni sambil gendong adik dia :'D

hari ni and semalam ada terbaca cerita budak meninggal dunia sebab lemas kat hotel.
innalillahi wainnailaihi rajiu'n.
salam takziah untuk keluarga.
Allah lagi sayang.
kalau tengok pattern mana-mana pool kat hotel,
memang pool budak-budak dekat betul dengan pool dewasa.
so kita yang dewasa ni,
sambil tengok anak-anak sendiri, sama-sama la tengokkan budak-budak lain.
sy kalau tengok budak kecik 2 tahun time tu, dok celur-celur kaki kat kolam dewasa,
sy dok peratiiii je.
kot la parents dia tak nampak ke apa. sempat jugak kita tarik kalau jadi apa-apa.
pernah jugak tarik budak kecik yang nak lari pi kolam dalam.
yang kes budak meninggal ni, bapaknya ke toilet kejap.
jangan blame sesapa, sebab Allah dah tetapkan time tu bapaknya nak ke toilet.
terdetik kat hati bapaknya macam tu.
peringatan bersama kalau kita yang sama-sama dok kat pool ni,
main phone pun, jangan lupa pandang-pandang.
anak sendiri, and budak-budak kecik lain.
kalau pool tak de lifeguard macam kat hotel berjaya time square ni lagi lah.
pool dewasa dah la sebesar alam.
so memang kena alert.
ko jerit macam singa pun tak pe demi nak semua orang selamat.
ha gitu :)
usaha, tawakal, yang selebihnya kita berserah pada Allah.


habis dah short vacay kita untuk kali ni..
menandakan habis jugak cuti hari isnin 3 minggu berturut-turut.. hahaha.
babah kata no more bercuti hotel sebab dah habis KPI :DDD
tapi mana nak tau kan.
kot Allah bagi lagi rezeki kita melancong melencong *aamiin* :D

No comments: