Monday, October 02, 2017

BANDUNG TRIP : Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo & Airport

yoshh!!

akhirnya entry bandung final menyusul!! kahkah.
setelah lebih sebulan kot. ke dua bulan??! :P

ni semata-mata cerita tentang hari kelima, atau hari akhir trip kitorang ke bandung.
a.k.a. hari mencari ole-ole.
bandung ni terkenal dengan ole-ole makanannya;
paling famous macam brownies dan pisang salai.
kerepek-kerepek pun ada.
so kena beli hari terakhir, barulah fresh.


kartika sari adalah tempat yang agak terkenal untuk beli ole-ole sebegini.

kartika sari ni ada beberapa cawangan kat bandung.
kitorang pun tak tau yang kitorang pergi ni cawangan mana satu.
ikutkan aje supir yang bawak.


bahagian dalam kedai.

husband kata ingatkan super besar kedainya.. rupanya kecil aje.
sekali pusing gitu :)
kat rak-rak tu memang ada macam-macam jenis kerepek.
gula-gula, mainan pun ada.
tu yang kena 'bertarung' dengan budak-budak dulu.
pantang nampak mainan kan. haha


kat dalam ruang kaca, ada kek dan brownies.

hasil reckee reckee blog lain,
orang kata kalau nak beli brownies, beli kat amanda.
pisang salai pulak beli kat kartika sari.
so pisang salai sy beli untuk diri sendiri, family dan ofis daripada KS.
and brownies.. beli kat amanda selepas tu.

tapi sebelum sampai ke amanda.. kita singgah makan durian dulu!
*mata bercahaya. bahaha*

sekarang bukan musim, so tak de la banyak sangat duriannya.

harga pun tak murah, sebab bukan musim.
tapi masih murah banding dengan di malaysia.
kitorang beli durian tembaga.
rasa so-so saja, tapi isi banyak gile.
kenyang kami makan durian aje. lolx




anaqi dah tidur. rugi anaqi, rugi. :P



satu family kitorang, semua sukan makan durian. haha

lepas tu gerak ke amanda pulak.
kedai brownies amanda ni lagi la kecik.
masuk-masuk nampak kaunter.
lepas tu boleh terus order.




variasi brownies yang dijual. sy ambik yang original (coklat).





bila dibawa balik ke malaysia dan dimakan,
memang sedap browniesnya.
tak terlalu manis. just nice.
untuk pisang salai / cheese pulak,
dipotong nipis-nipis dan rangup.
bila makan, rasa macam makan pisang goreng pun ada. sedaplah.
tak rugi beli.
harga? dah lupa. bahaha. dalam RM7 ke RM9 kot duit malaysia.


dan sebelum berangkat ke airport,
kitorang singgah sekali lagi ke wong solo.
sedap kot! harus la pergi dua kali! ikiki.


harga makanan untuk rujukan korang. lolx






tauhu goreng diorang memang sedap. rangup weh!



ada jugak delivery. nampak tu nombor telpon :P



anaqi je yang beraksi, sebab kakaknya ariana dah tidur. hahaha. tag-team diorang ni, tidur ganti-ganti.



kali ni sy dapat set ikan.. hari tu nak beli, tapi ikan dah habis. alhamdulillah, this time ada ikannya.

sedap wuih.
ikan tu digoreng garing.
rasanya sampai ke tulang-tulang nak gigit. hahah
ada rasa macam bawang-bawang putih dalam tepung dia. sedap!


husband punya.


lepas makan, gerak ke airport.
say bye-bye to our supir.
sempat snap sekali.

gambar kenangan husband and AAs dengan iwong. terima kasih atas layanan baik pak iwong!



beli kudapan mee enaaak. makan kat airport dan 1 paket lagi bawak balik. macam mamee ni. sedap! ah apa je yang tak sedap kat bandung ni :P semua sedap.



snap photos sebelum kapal terbang berlepas.



ni time atas langit sana :P ada order flight meal.



anaqi memang tak boleh duduk diam ye dalam kapal terbang. hahaha. tabahlah kita :P



husband yang jugak dah kepenatan macam ai. lolx



dah larut malam dah ni. sempatlah kitorang solat dulu kat aiport bandung sebelum tu.


sampai KLIA, ambik beg, tung tang tung tang tengok dah pukul 12 malam.
sempat ke kedai telefon dan tukar balik simcard malaysia.
nasib baiklah sy apply cuti keesokan harinya.
bolehlah rest lebih sikit.

anaqi pun dok sibuk nak tolak troli. AHAHA!

begitulah percutian kitorang ke bandung.
sebelum ni melancong berdua je,
ni dah berempat.
memang agak keletihan mengejar budak-budak and whatsnot.
but we enjoyed our trip nevertheless.
souvenirs pun ada la beli sikit-sikit untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.

ni t-shirt bandung yang dibeli kat cihampelas sky walk. cantik kan design dia! recommended beli kat situ kalau nak pakai untuk diri sendiri. tahan lama and berkualiti.



ni pulak brownies dan pisang salai / cheese yang sy bawak ke ofis the next two days (1st day ai cuti. wahaha)

till next family trip!



OTHER BANDUNG ENTRIES:

DAY 1 - KLIA

DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas

DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur

DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe

Day 3 - Trans Studio Bandung, Wong Solo, Rumah MODE & Martabak Andir

Day 4 - Farm House Lembang

Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk

Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo & Airport

No comments: