Sunday, August 28, 2016

weekend post

jumaat minggu ni kitorang balik shah alam sampai sabtu.
husband tak ada pun, dia pergi outstation.
balik ofis tu terus rushed pergi ambik budak-budak ni.
eh singgah pasar dulu, beli nasi kerabu. kihkih
lepas ambik budak-budak, off we go to shah alam.

tapi macam biasalah,
mengadaplah kau jem dari putrajaya ke shah alam tu.
usual days ko boleh sampai sana dalam half an hour macam tu.
but not on friday evening.
ada la dalam sejam setengah jugak.
bottleneck kat jalan menuju tol putrajaya.
entah kenapa jem menggila.
kereta sangat banyak.
pulak tu sekarang diorang ada buat lorong untuk u-turn,
ramai-ramai lalu kawasan tol sebab nak u-turn, menambah jem yang dah sedia ada.
(sebelum ni ada jalan ke kiri untuk u-turn.. sebelum jambatan roboh yang famous itu dibina semula. sekarang pun ada lagi jalan ke kiri tu)

lepas-lepas tol, macam ok sikit.
tapi masuk elite highway balik, jalan slow sampailah ke shah alam.
nak balik malam, malas.
so merasalah jem sekali sekala kan.
apa ada hal. hahahahaa hampas :P


anaqi 'makan' keropok. keropok dah lembik. haha

anaqi ni jenis yang kutip barang tak masuk dalam mulut.
so agak baru lah bila bagi dia keropok dan dia nak makan and pegang sendiri.
tapi kalau benda-benda lain di lantai, dia masih tak masukkan dalam mulut.
good thing la kan, tak ada nak risau dia ambik makan benda yang bukan-bukan macam duit syiling ke, lego ke apa hahaha
but still, kena berwaspada.

banana sepanjang perjalanan tiup wisel kat bubble tu. kuat gile. warkhhh berdesing telinga mama wuih!

ariana panggil bubble as 'babé'.
kiut sangatlah panggil macam tu. haha

then malam semalam balik semula ke putrajaya.
balik tu ariana nak ice cream sundae mc d.
singgah la yang drive-tru kat seksyen 22 tu.
mesin ais krim rosak pulak.
sampai-sampai putrajaya tu teringat ada mc d mc cafe baru bukak dekat-dekat presint 2,.
so let's singgah.

comel la mc d ni.
kat luar banyak kartun-kartun lat.
kereta berbondon jugaklah kat drive-tru.
tapi demi sesuap ais krim sundae untuk anakku (dan double cheese burger untuk husbandku.. ahax), kuhadapkan jua. :P

atas ada playground besar. next time boleh singgah masuk.



helo, mc d!

jeleslah kat penduduk presint 8.
dekat kot.
sy kalau diberi pilihan rumah kat putrajaya,
i will choose the one at presint 8.
yang depan tasik tu. hahaha
(harga dua juta lebih. so simpanlah dua juta tu ye. :DDD)
kedai banyak, dekat dengan sekolah, dekat dengan pasar, dekat dengan jambatan lawa, ada view lawa (kalau hot air balloon fest, boleh nampak kot), now ada mc d pulak dekat-dekat.
shiapa ga mau tinggal di presint 8? :D
*syukorlah awak tinggal kat presint xx, wani.. dekat dengan alamanda kot. bila-bila nak tengok movie, sarung selipar je. hehe*


anaqi tidur dalam kereta.

anaqi ni pulak habit dia kalau nak tidur,
mesti dia blabblab buat bising dulu.
kadang macam menyanyi dalam bahasa dia.
kelakarlah.
lepas tu tetiba 'nyanyian' tu akan stop.
tau-tau dia dah tidur.
ni sekarang dia suka pulak pegang CD.
habit terkini ni, mana nak cari. hahaha


tu tu tengah pegang CD. tak lepas ye! hahaha. yang tangan kecik tu, tangan ariana tengah tepuk-tepuk adik dia.


dan entry akan diakhiri dengan gambar salah satu hadiah birthday daripada husband yang baru nak dibukak hari tu. hahaha
(sebab sayang tu yang tak bukak-bukak. dasarrrrr)

thank you, hun!

boleh bawak ber-smule ni! mihihi *insaflah wani* :P

No comments: