sebab semua cerita nak masuk dalam entry ni. hahah
bertabahlah ye, tuan empunya blog pemalas lipas nak buat entry banyak-banyak.
kita sekalikan semua kat dalam ni.
kisah pertama adalah makan-makan.
as some people know, sy tengah cuba *cuba je ye haha* mengamalkan pemakanan sihat untuk tempoh sebulan.
for the purpose of detoxing the toxins in the body.
sekali sekala dua kali dua kala je. lolx
tapi ada yang salah faham, ingatkan sy ni berdiet tak cukup makan.
bukan. ni diet ezryl namanya.
diet makan yang sihat-sihat tapi kuantiti sama banyak je dengan apa yang perut perlukan. bahaha
kalau perut lapar, kita makan je sampai kenyang.
tapi makan yang elok-elok je lah.
minyak berlebihan, seafood bercengkerang adalah tidak diamalkan dalam diet ezryl ini.
aiceh macam apa je kan :PPP
ehh cakap diet makan sihat. ni apa ni apa ni? pangg! |
ni adalah makanan 'last kopek' sebelum mulakan diet. kahkah
ketam masak lemak.
sotong tu husband suh masukkan sekali.
lepas tu macam banyak pulakk kacang panjang hampir layu dalam fridge.
sebelum dia bertambah layu, kita masakkanlah dia.
tapi nak masak apa kacang panjang banyak-banyak gini??
haha goreng celur tepung rangup je lah! teknik ni biasanya menjadi! kihhhh |
dan selepas tu,
bermulalah pemakanan sihat kita *kununnya. ohok*
ikan grill, sayur bening-bening je sekarang ni. tumis tak de. haha. *ketam tu semalamnya punya :P* |
ni ikan merah asam rebus. |
ni pulak ikan bawal rebus serai. bahan dia macam nak masak ikan stim, tapi rumah tak de steamer. redah je lah rebus pun. haha |
portugis, italianis, mat sallehis sikit dengan ikan sardin grill dan salad buah. kakaka. ni breakfast. |
first time masak telur dengan minyak sapu sikit je kat non-stick pan. wackttt |
biasa sy goreng telur dengan minyak banyak.
biar kembung-kembung telur, baru sedappp!
ni sebab tengah mengamalkan pemakanan sihat, maka minyak pun kena reduce.
tapi sedap je makan. lapar, semua sedap. haha
sup tulang. pun tumis rempah, tos minyak :D |
di dalam pinggan. |
so diharapkan misi makan makanan sihat selama sebulan ni berjaya.
tapi diet ni tak de strict ke apa.
kalau rasa nak makan yang lain-lain, makan je lah. cuma berpada-padalah.
contoh hari ni ada kenduri kan, kita pulun je la makan makanan kenduri.
takkan ko nak diet kat kenduri pulak. apekahhh :P *sedap kot makanan kenduri!*
ok cerita lain pulak.
kepada mak pak yang berminat nak beli drypers dengan harga murah daripada asal. nah!
you're welcome ;)
ni kat tesco IOI city mall. promo masih berlangsung. |
our shopping time.. together. |
and last but not least,
perjalanan ke dua kenduri hari ni.
sambil berjalan sambil mencari pokéstop.
yosh kitorang berdua *husband and i* main pokémon go.
tu nanti cerita ok.
kebetulan odw ke kenduri tu memang lalu jalan ke bakal rumah yang masih on construction.
masuk ke dalam kejap nak tengok progress.
oh, dah complete 2nd floor rupanya!
last time pergi dulu tak de dinding ke apa 2nd floor tu.
cuma belum cat lagi la.
tu rumah yang hujung sana, dah naik tingkat kedua. |
entry dihabiskan dengan vain selfshots kitorang.. bahaha.
bye!
with ariana. :) |
anddd anaqi. :) |
No comments:
Post a Comment